Friday, February 27, 2009

PROGRAM YOUNG ABIM CAMP




Kepada semua Kerabat ABIM Selangor dan Wilayah,
Dipersilakan untuk mendaftarkan anak tuan/puan segera untuk solidariti dan proses sepadu bina IQ,EQ dan SQ.
Mohon dipanjangkan kepada semua yang berminat.
JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI !
Syukran.HUBUNGI SEKRETARIAT ABIM SELANGOR
03 5511 8994

ISLAM DICEMBURUI SOKMO

Malam tadi wak menghadiri kelas pengajian di Masjid. Topik yang dibincangkan ialah Tafsir ayat Al Quran dari Surah Al Infitar. Temanya bercerita tentang kebenaran Hari Qiamat. Biasanya Surau Al Falah ni ramai juga pendengar setianya.kadang mencapai 70 orang. Kira ramai tu. Kebanyakan surau, pendengarnya cuma 10-15 orang sahaja.

Sebenarnya Wak yang sampaikan kuliah tu. Wak bukanlah orang yang alim sangat cuma nak kongsi dengan orang sedikit ilmu yang Wak ada. Wak tau yang datang mendengar kuliah pun ramai yang hebat dan alim. Tapi Wak rasa Wak nak belajar lagi tentang Al Quran. Lagi banyak Wak mengajar lagi banyak wak apat ilmu. Betullah kata Saidina Ali pesan, Ilmu bila disampaikan akan bertambah.

Wak rasa betul keagungan ALlah bila Wak baca kisah keengganan orang Yahudi dan Nasrani untuk mengakui kebenaran Al Quran. Padahal mereka tahu sangat tentang itu. Bahkan hari ini mereka sering cari pasal untuk memperolok-olokkan Islam. Tak cukup dengan kata-kata mereka tambah dengan lukisan, filem dan macam-macama lagi.

Padahal Orang Islam tidak pernah mengejek-ngejek agama mereka! Betultak?

Tuesday, February 24, 2009

Asertif bukannya Agresif

Adakalanya seseorang tidak dapat bezakan antara sikap asertif dengan sikap agresif walaupun pada perkataannya adalah berbeza, tetapi masih ada kalangan orang faham bahawa tindakan-tindakan agresif itu adalah ini diperolehi dengan jelas dalam perbincangan ketika bengkel-bengkel latihan asertif diadakan.

Fahaman ini biasanya lahir sebabkan kita tidak mengetahui ciri-cirinya kerana ukuran asertif ataupun agresif hendaklah diukur melalui ciri-cirinya yang telah dibentuk oleh ajaran agama dan juga budaya masyarakat setempat, implikasi terhadap diri dan juga terhadap orang lain

Agresif menggambarkan kemarahan dan kekecewaan yang bertujuan melukai orang lain ataupun bagi melepas emosi yang terpendam।

Tingkah laku agresif kebiasaannya memberi kejayaan yang sementara kepada pelakunya. Dalam banyak kes tingkah laku agresif ini boleh menghalang dan menghadkan perhubungan antara pelaku dengan orang lain, berkelahi apabila sasarannya bertindak balas.

Kemudian berkemungkinan tingkahlaku ini akan menjadi peneguh untuk terus bertingkah laku agresif.Wujudnya perselisihan dipejabat antara rakan sekerja , saperti berkelahi , acum- mengacum, fitnah-menfitnah samada ketara atau tidak, adalah lahir daripada tingkahlaku agresif samada disedari atau tidak oleh pelaku-pelaku agresif.

Berlainan pula dengan tingkahlaku asertif yang dapat melahirkan iklim bekerja yang baik dan boleh diterima oleh semua anggota rakan-rakan sekerja.Sesaorang yang bertingkahlaku asertif selalunya memberi kejayaan dalam matlamat sesaorang, jika sekiranya gagal sekali pun ia tidak akan kecewa dan juga ia tetap mempunyai harga diri.

Yang menjadi lebih penting adalah tingkahlaku ini dapat membina perasaan yang baik kepada pelakunya. Apabila sesuatu kerja tidak menjadi maka sesaorang yang asertif tidak akan berputus asa sebaliknya terus berusaha mencari jalan untuk mengatasinya. Perlakuan asertif dapat membantu pelaku membuat keputusan yang lebih tepat , mempunyai hubungan yang sihat dan tulin dengan orang lain.Ia mempunyai gaya kepimpinan yang lebih baik, tidak mendesak serta mempunyai kesedaran tentang kelebihan dan kelemahannya.

Mempunyai harga diri, dapat mengatasi konflik dengan lebih berkesan dan mempunyai matlamat hidup yang objektif serta realistik. Tingkahlaku dan sikap asertif bukan sahaja menjadikan sesaorang itu dapat mengawal diri dan emosinya dengan baik, tetapi juga dapat memperlihatkan tingkahlakunya yang boleh membantu orang lain untuk membina diri mereka dan menjadi orang lain selesa berhubung dengan orang yang aserif itu.

Sangat ketara perbezaannya jika kita bersikap dengan sikap agresif yang mana kita lebih cenderong untuk menyalahkan orang lain apabila sesuatu kerja tidak berjaya. Walaupun kesilapan nyata berlaku dari diri kita, tetapi pelaku agresif masih mahu bertindak dengan mengamalkan helah bela diri, yang mana penggunaan helah bela diri ini memberi kejayaan kepada pelaku agresifbuat sementara waktu, bertujuan menyelamat diri.

Jika kita melakukan sesuatu secara tidak jujur, maka kita tidak mempunyai harga diri lagi kerana kita bukan seorang yang benar dan jujur. Yang penting , kita perlu mendidik hati bukannya hanya memujuk hati , kerana apabila hati telah dididik dengan asertif, melalui pengetahuan dan latihan maka tingkahlaku kita akan menunjukkan tingkahlaku asertif.

Amat sukar untuk kita bertingkahlaku asertif selagi kita tidak dapat membentuk sikap yang asertif. Sikap ini akan melahirkan tingkahlaku, sikap adalah lahir dari kerja hati dan tingkah laku adalah perbuatan yang ditunjukan melalui tuturkata (verbal), samada ketika memulakan percakapan , membalas percakapan orang lain , meminta pertolongan , menolak permintaan dan sebagainya.Begitu juga tingkahlaku yang ditunjukan melalui bahasa badan (unverbal).

Sebagai ukuran kita tentang betapa pentingnya kita belajar membentuk hati supaya bersikap asertif , sepertimana yang diberi jaga oleh Nabi Muhammad (saw) yang bermaksud “ sesungguhnya didalam badan ada seketul daging, apabila baik ia maka baiklah seluruh anggota badan, apabila rosak ia maka rosaklah seluruh anggota badan , ia adalah hati.


Inayah Allah

Pertemuan dengan Mawar nampaknya tidak berjalan seperti yang di harapkan. Kak wardah dan Kak Ayad pulang dengan pelbagai perasaan, sedih, terkilan , kecewa , hampa, semuanya berbaur menjadi satu. kak Wardah meminta kak Ayad menurunkan kak Wardah di Mydin Mall USJ. Sementara Kak Ayad terus ke tempat kerjanya. Tak lupa kak Wardah memesankan kak Ayad supaya memperbanyakkan bacaan ayat 128-129 surah At taubah. Itu ayat pendinding diri. sebenarnya pesanan tu untuk diri sendiri.Tak lupa juga kak wardah minta kak ayad buat laporan polis. just for covering report.

Kak Wardah menuju ke musolla mydin Mall. usai Solat Zohor, kak wardah solat hajat, agar inayah Allah diturunkan kepada hambanya, especially mawar . Apa jadi pada mawar agaknya.?
Setelah solat dan munajat yang panjang, baru terasa aura ketenangan dan kekuatan dari dalam jiwa.
sambil menunggu suami kak Wardah datang menjemput, kak wardah sempat membeli bunga-bunga yang banyak dijual kat Mydin.

Pertamanya, memang nak hias rumah, sebab mak ayah dari kampung nak datang.Rumah kena cantik dan kemas....nanti bising pula orang tua, banyak sangat buat kerja luar ( baca.... kerja dakwah ) sampai rumah tak terbela.....he...he..he ., maklumlah tak ada maid.
Keduanya , kalau kak wardah stress salah satu cara, nak hilangkannya adalah dengan menghias rumah, tukar langsir, angkat sofa, alih almari....pendek kata semua tenaga negatif yang ada dalam badan dialirkan dengan membuat kerja-kerja tu.

jam 3.30 petang , kelibat house mate mula kelihatan di mata. Sambil berbual-bual dan memikirkan strategi untuk mendepani kes ini, tiba-tiba hanndset kak wardah berbunyi.

" Hello......Assalamualaikum ! Saya kawan ofis mawar!. Kak wardah,! majikan saya nak bercakap dengan kak Wardah....!
" ok!.......
.......
bersambung

ugutan cedera

kes minggu ni, sungguh mencabar, bermula dengan tele kaunseling selama 3 minggu.Kak wardah mengambil keputusan untuk bertemu dengan pengadu yang Kak Wardah sebut nama sebagai mawar. Ditemani Kak Ayad jam 1.20 tengah hari kami berjumpa untuk makan tengah hari.Selang 2 minit tiba-tiba kak wardah disergah dengan kasar oleh seorang lelaki.Berambut pendek ala abang FRU, seluar jeans lusuh, t shirt ketat,mata merah bersigai. Orangnya berbadan kecil dan berkulit gelap.Ditangannya terkepit dua helmet.lelaki tersebut mula memaki hamun dikhalayak ramai. sekali dia mengugut untuk mencederakan kami.

lelaki tersebut bertanyakan identiti Kak wardah. kalau ikutkan provokasi dia, mahu terbakar jiwa dan membuat tindakan melulu. Lelaki tersebut berusaha menakut-nakutkan kami.Pantas dia mengambil gambar Kak Wardah dan Kak Ayad dengan menggunakan mobile phone.

Berulang kali lelaki tersebut mengugut untuk mencederakan kami, berteriak-teriak dan menjerit-jerit ke arah kami. Dia merentap tangan Mawar dan memberi amaran akan memukulnya jika Mawar enggan mengikutinya. Bimbang dengan perlakuan kasar yang boleh berubah menjadi ganas, kak Wardah menasihati Mawar untuk naik ke tempat kerjanya.
Mawar menghulurkan sekeping envelop. Melihatkan mawar menghulurkan envelop, lelaki tersebut menjadi semakin marah, dan mula mengancam Mawar supaya mengambil semula envelop tersebut......

Kak wardah memberitahu lelaki tersebut,envelop tersebut milik peribadi kak Wardah.Jika dia mahu memiliki envelop itu , dia harus mengambilnya melalui perintah polis.
Kak wardah melihat Mawar mengigil ketakutan. airmatanya luruh di pipi.kak wardah menyuruhnya segera naik ke pejabat, sebelum lelaki tersebut membelasahnya separuh mati seperti yang biasa dilakukan sebelum ini

.........Ah Ya Rabbi , berikan aku jalan mengatasi kebuntuan ini....ajaran Tauhid 50 sifat yang tersemat sedari kecil ternyata sangat berguna bagi mengatasi suasana seperti ini. Sungguh ketika diancam, diugut, digertak.....bukan tidak takut.Bukan tidak gusar. semua kebimbangan itu terhapus bila mengingatkan Tiada yang lebih Besar melainkan Allah Yang Lebih Besar, Tiada yang mematikan, Melainkan Allah yang Menghidup dan mematikan, sesuatu tidak bisa berlaku meliankan dengan izin Allah jua...

Muka mawar yang putih, pucat seperti mayat diheret lelaki itu.....

bersambung

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...