Thursday, December 2, 2021

MAJLIS SANTUNI RUMAH PERLINDUNGAN DAN PEMULIHAN SELANGOR

23 November 2021 (Selasa)

Syukur alhamdulillah dan ucapan setinggi terima kasih kepada pihak kerajaan negeri Selangor atas sumbangan yang diberikan kepada rumah-rumah ar Riqab MAIS.

Terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor kerana telah mengambil inisiatif untuk membantu golongan asnaf arRiqab. Semoga sumbangan yang diberikan menjadi suntikan semangat kepada semua pengusaha dan pengurus rumah pemulihan dan perlindungan untuk meneruskan bakti serta keringat dalam memastikan golongan asnaf arRiqab terus terpelihara.




 

PROGRAM PENERAPAN BUDAYA

19 November 2021 (Jumaat)

Sempena sambutan Deepavali, darwa telah mengadakan satu program penerapan budaya. Tujuan program ini bertujuan mengasah bakat dan kemahiran pelatih dalam meningkatkan keyakinan dalam diri masing-masing serta semangat kerjasama antara satu lain. Terdapat 4 kumpulan yang terlibat.

Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah:
1) Lakonan - Bajrangi Baijan, Kya Kehna, Dangal, Tare Zamen Par
2) Tarian - Koi Ladki Hai, Koi Mil Gaya, Nasha Yeh Pyar Ka, Chammak Chalo
3) Nyanyian - Aankhein Khuli, Hum Sath Hein, Ladki Badi Anjani Hai, Pya pya
4) Makanan - Kerala syle chicken, Chettinad gheen chicken, Muttor kheema, Uppu kholi varuval
5) Pakaian - Salwar kameez, Punjabi, Sari, Curidar suit

Kesemua aktiviti ini diadakan bagi mengadakan jalinan kerjasama serta mencungkil bakat pelatih. Sedikit sebanyak memberi pengajaran dan nilai murni dalam diri mereka. Bukan sahaja di Malaysia hidup bermasyarakat, bahkan di darul wardah juga terdapat pelbagai budaya keluarga berbeza dan disinilah kita menerima kekurangan serta kelebihan diantara satu sama lain. Tahniah diucapkan dan terima kasih kepada semua guru pembimbing.





 

PROGRAM KAMI PEDULI @KAFETEEN LPPKN KUALA LUMPUR

17 November 2021 (Rabu)

Alhamdulillah telah selesai dengan jayanya program Kami Peduli daripada pihak warga kerja LPPKN @kafeteen. Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan dan perkhidmatan klinikal terutamanya dari penjagaan kebersihan wanita secara percuma. Juga terdapat terapi mindan dan teen sharing kepada pelatih-pelatih darul wardah. 

Terima kasih kepada para doktor, jururawat dan sukarelawan yang bertungkus lumus hadir bagi menjayakan program ini. Kesemua pelatih mendapat pemeriksaan klinik secara personal serta disediakan kit perubatan yang bersesuaian untuk kegunaan pelatih yang menghadapi masalah kesihatan. Disamping itu, juga terdapat perkongsian cara pengurusan stress dan uji minda.

Kami mendoakan usaha murni ini akan berterusan bukan sahaja di darulwardah bahkan di rumah-rumah pemulihan yang lain. Ianya secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan diri setiap individu. Semoga team LPPKN diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih diucapkan atas sumbangan yang diberikan.




 

CSR SYARIKAT PANDA LOGISTIK

15 November 2021 (Isnin)

Tiada kata dan tutur bicara yang lebih baik dari ucapan jutaan terima kasih kepada warga kerja Panda Logistik yang sudi turun memberi sumbangan kepada darul wardah khususnya untuk barangan penggunaan harian pelatih.

Ya Allah, kami bersyukur. Cukup lah rezeki seperti air mengalir, sentiasa ada biarpun sedikit tetapi berterusan. Moga para penyumbang dibalas dengan kebaikan daripada Allah swt.




 

KELAS PENGUKUHAN AKIDAH

12 November 2021 (Jumaat)

Semoga apa yang dipelajari mendapat manfaat untuk pelatih darwa. Apakah sebenarnya maksud sifat 20?

Sifat 20 adalah salah satu konsep ilmu yang ciptaannya sangat ajaib, di dalam mentafsir kaedah mengenal Allah melalui ilmu makrifat.

Sifat 20 dicipta oleh ilham para sufi dan para auliya' terdahulu, bagi tujuan mengajar kita menuju jalan mengenal Allah. Barang siapa mempelajari sifat 20 dengan bersungguh-sungguh, beserta faham akan maksudnya yang tersurat dan tersirat, insyaAllah ia akan dapat mengenal Allah swt dengan nyata dan terang.




 

Monday, November 29, 2021

NAZIRAN DARI ARRIQAB MAIS

10 November 2021 (Rabu)

Terima kasih diucapkan kepada Pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atas kunjungan hormat ke darul wardah. Sesungguhnya segala jasa dan bakti tuan/puan sangatlah bermakna dan akan dikenang sebagai satu sumbangan yang amat dihargai.

Semoga kerjasama dan sokongan padu seperti ini akan berterusan di masa akan datang dan semoga apa yang diberikan ini mendapat redha Allah swt dan digantikan dengan yang jauh lebih baik. Sekian ucapan terima kasih yang dapat kami sampaikan. Jika terdapat sebarang kekurangan, kami mohon maaf sebesar-besarnya.

 




FORUM MAULIDUR RASUL DI MASJID ANNAIM JALAN KEBUN

7 November 2021 (Ahad)

Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini adalah Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti selari dengan konsep keluarga Malaysia yang menekankan 3 teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran. Kesemua nilai itu selari dengan dengan 20 nilai lain seperti amalan ihsan, beriman, kasih sayang dan bermusyawarah.





PROGRAM MAULIDUR RASUL (DARWA) 1443H/2021

27 Oktober 2021 (Rabu)

Sambutan maulidur rasul adalah sambutan yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah saw, menurut pandangan sebahagian ulama seperti Imam alSuyuti beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya. 

Ini kerana ia bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad saw. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda, "Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku menjadi orang yang paling disayanginya melebihi ahli keluarganya sendiri dan hartanya dan manusia keseluruhannya" (Riwayat Muslim)

Salah satu tanda seseorang itu menyayangi Rasulullah saw adalah dirinya merasa gembira dengan kelahiran Rasulullah saw serta berbangga dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah saw.












 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...