Thursday, September 9, 2021

2-ND DOSE VAKSIN WARGA DARWA

 24 Ogos 2021 (Selasa)

Alhamdulillah syukur nikmat, pelatih Darul Wardah telah selesai mendapatkan dos vaksin yang kedua (Sinovac) di De Palma Hotel Shah Alam. Ikhtiar yang terbaik. Semoga semua diberi kesihatan yang baik oleh Allah Taala.








SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-64

 31 Ogos 2021 (Selasa)

Sambutan hari Kemerdekaan pada tahun ini bertemakan Malaysia Prihatin yang membawa seribu satu makna di sebalik gabungan dua perkataan ini iaitu Malaysia dan Prihatin. Dua perkataan ini memberi makna signifikan kepada keadaan semasa rakyat Malaysia yang hingga kini masih bersama-sama bertarung dan berdepan dengan pandemik Cov-19. Tema sambutan kemerdekaan tahun ini menggambarkan sika prihatin semua pihak termasuk masyarakat, kerajaan dan badan bukan kerajaan berganding bahu membendung penyebaran Cov-19 bagi memastikan kelestarian hidup kita terpelihara.

Pelatih Darwa meraikan hari merdeka tahun ini secara bersederhana merasakan cinta pada tanah air. Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan antara mereka seperti ciptaan logo kumpulan melambangkan kemerdekaan, sajak, nyanyian, sketsa, dan juga pakaian yang bertemakan patriotik yang telah digayakan oleh semua bayi dalam setiap kumpulan. Tidak dilupakan hasil kreativiti pelbagai corak roti jala jalur gemilang.

Tahniah diucapkan kepada semua pelatih dan guru pembimbing yang memberi kerjasama dalam menjayakan program tersebut.

















Wednesday, September 8, 2021

SUMBANGAN ORANG RAMAI

 16 Ogos 2021 (Isnin)

Bersyukur dengan segala pemberian nikmat yang diberikan oleh Allah kerana setiap musibah turun dengan seribu kali hikmah disebaliknya.

Seperti firman Allah: "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." [Surah Ibrahim, 14:7]

Tidak ada sesuatu perkara yang terjadi di atas muka bumi ini tanpa keizinanNya. Oleh itu, kita sebagai hambaNya haruslah menanamkan sifat syukur dalam diri masing-masing.

Terima kasih kepada semua penyumbang. Moga kalian diliimpahkan rezeki oleh Allah Taala berlipat kali ganda. InsyaAllah.















Wednesday, August 11, 2021

SALAM MAAL HIJRAH 1443H

10 Ogos 2021 (Selasa)

Alhamdulillah sempena 1 Muharram sambutan Maal Hijrah, pengurusan Darwa telah membuat pertandingan diantara pelatih seperti Daie Darwa dan Nasyid. Semua berjalan lancar dengan kehadiran YB Tuan Mohd Zawawi Ahmad Mughni Adun Sg Kandis dan Ustazah Hazlina dengan ucapan dan tazkirah ringkas.

Salam Maal Hijrah buat seluruh umat Islam. Semoga kesungguhan dan ketakwaan kita dalam menghayati dan menteladani hikmah disebalik peristiwa Hijrah akan menjadikan umat Islam lebih cemerlang dan diberkati Allah Taala dunia akhirat. Marilah kita sentiasa berdoa agar tanah air kita berada dibawah lindungan rahmat Allah Taala.

Sesungguhnya orang yang beriman dan orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah, ayat 218)




















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...