Wednesday, August 11, 2021

PROGRAM REMAJA BERWAWASAN

15 Julai 2021 (Khamis-Jumaat)

Alhamdulillah terdapat 6 orang senior Darwa telah ditugaskan untuk menjalankan satu program yang bertajuk Remaja Berwawasan selama 2 hari 1 malam.

Mereka ditugaskan untuk mengendalikan program tersebut dengan memilih Pengarah Program dan ajk-ajk lain untuk menjayakan program tersebut.

Objektif utama program ini adalah untuk melatih sifat kepimpinan dalam kalangan pelatih, untuk membuka minda dan mengenali potensi diri, untuk memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturrahim diantara mereka. Ternyata kesemua peserta memberikan kerjasama dan menunjukkan semangat saling hormat-menghormati kepada para fasi walaupun dalam kalangan mereka sendiri.

Antara pengisiannya adalah ice breaking, ceramah motivasi, kuliah dhuha, kuliah magrib, latihan dalam kumpulan, solat berjemaah, riadah sukan serta sketsa malam kebudayaan. Tahniah diucapkan kepada para pelatih Darwa yang berjaya menguruskan dan menjalankan program tersebut dengan baik!


























SUKAN TAHUNAN DARWA 2021

8 Julai 2021 (Khamis)

Setiap tahun Darwa akan menjalankan program sukan tahunan antara pelatih. Seperti biasa terdapat 4 buah rumah sukan yang dipilih.

Pada tahun ini pihak pengurusan membuat sedikit kelainan iaitu setiap rumah mestilah membuat hiasan rumah masing-masing di kawasan porch. Mereka menggunakan barangan terpakai yang sedia ada dan barangan kitar semula. Ternyata kreatif dan menarik dengan hiasan mengikut tema.

Terdapat 12 permainan sukaneka yang dipertandingkan. Kesemua peserta bekerjasama dan bersemangat semasa permainan ini dijalankan. Tahun ini, Rumah Hijau menjuarai diikuti dengan Rumah Biru, Merah dan Kuning. Semoga semangat berpasukan ini dapat disemat dalam diri pelatih dan menjadikan mereka lebih bekerjasama dalam apa jua keadaan sekalipun.

Darwa terus maju! Majulah sukan untuk negara!































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...