Tuesday, March 9, 2021

Rezeki melimpah ruah dari Hamba-hamba Allah

 2 Mac

Orang yang berjaya dalam hidup sebenarnya mereka yang banyak memberi. Hakikat itu bukan sahaja dilihat dari sudut material semata-mata, malah turut terpakai dari sudut ilmu, iman dan takwa. Islam adalah agama yang sinonim dengan amalan memberi.

Lihat sahaja kepada sejarah hidup Rasulullah SAW yang sanggup mengorbankan tenaga dan harta Baginda untuk umatnya. Sifat memberi Rasulullah SAW itu bukan setakat ketika Baginda dalam keadaan ketika memiliki sahaja malah ketika susah Baginda tetap memberi dengan penuh kesyukuran. Baginda akan memberi tanpa berasa sedikit pun kekurangan.

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Tidak berlalu hari-hari tatkala manusia berpagi-pagi melainkan turun dua malaikat dan satu malaikat berdoa:"Ya Allah, berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (iaitu mendema atau menyedekahkan ) hartanya. Kemudian malaikat yang kedua berdoa:" Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil."(Riwayat Bukhori)

Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga Tuan/Puan dibalas dengan kebaikan dunia akhirat. Aaminn ya Allah

















Thursday, February 11, 2021

KELAS KEMAHIRAN BAKERY DAN DEKORASI KEK

 7 Februari 2021

Selain daripada mempelajari bidang ilmiah spiritual di darwa, pihak darwa juga menyediakan kelas kemahiran untuk pelatih. Dengan itu, program ini direka untuk melengkapkan pelatih dengan kemahiran yang diperlukan untuk membuat kek, pencuci mulut, kuih muih dan pelbagai lagi juadah lain.

pelatih dibahagikan kepada 3 kumpulan. Terdapat tiga jenis bentuk kek yang dihasilkan antaranya, kek bentuk segi empat, bentuk bulat, dan bentuk hati. Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan kerana kek nya ada rasa hehe. Semoga semua pelatih gembira dengan hasil kerja mereka.












THE WAKAF BUKU

4 Februari 2021

Terima kasih kepada penyumbang buku-buku ilmiah untuk bacaan para pelatih dan simpanan perpustakaan Darul Wardah. InsyaAllah kesemua ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi impak yang positif kepada para pelatih. Tidak kira apa sahaja bacaan yang kita peroleh, InsyaAllah jika dihadamkan dengan baik akan menjurus kepada kebaikan dunia akhirat. 





DIY KRAFTANGAN PELATIH

 4 Februari 2021

Alhamdulillah, selesai tugasan kraftangan pelatih dengan jayanya setiap pelatih diberi tugasan untuk mencipta apa sahaja bentuk kraftangan menggunakan barangan terpakai seperti kain perca. Pelbagai hasil yang telah ditunjukkan antaranya, baju anak, tilam bayi, bekas pensel, frame gambar, baju melayu dan lain-lain lagi. Ternyata mereka semua sangat kreatif dan boleh menghasilkan pelbagai kraftangan. 






Thursday, January 28, 2021

PROJEK WAQAF TANGKI AIR

 28 Januari 2021

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNYA dihadirkan insan-insan yang sanggup memberi sumbangan waqaf dalam menyediakan kemudahan atau kelengkapan bagi memenuhi keperluan harian para pelatih di darwa. Tangki air ini berfungsi sebagai tempat simpanan air untuk memudahkan mereka menggunakannnya semasa ketiadaan air.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seseorang manusia (ISLAM) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan doa anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya" (HADIS RIWAYAT MUSLIM)

Semoga Allah membalas jasa tuan & puan yang menjayakan projek waqaf ini dengan memberikan pahala yang akan sentiasa mengalir selama seluruh pelatih menggunakan tangki tersebut untuk kegunaan harian dan beribadah. INSYAALLAH. 







SUMBANGAN MAKANAN DARI TEAM DAPUR PANAS

 27 Januari 2020

Allah menciptakan makhluNYA di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk. Allah sesekali tidak membiarkan makhlukNYA hidup tanpa kurniaan rezeki.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada TEAM DAPUR PANAS yang tidak jemu berkongsi rezeki dan memberi sumbangan dalam bentuk makanan kepada pelatih. Hampir setiap bulan ada sahaja makanan yang diberikan kepada semua pelatih. Hanya doa dan ucapan terima kasih mampu kami titipkan. Semoga dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak.






Friday, January 15, 2021

SOLAT SUNAT TAUBAT & MANDI TAUBAT

 22 Disember 2020

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH pelatih diberi peluang untuk sertai program ini yang dikendalikan oleh USTAZAH HAZLINA. Alunan zikrullah memenuhi ruang Darul Wardah. Moga program ini diredhai ALLAH.






PROGRAM MOTIVASI DAKWAH DAN KEPIMPINAN

 13 Disember 2020

Terima kasih diucapkan kepada EN NABIL dan TEAM CIKGU NAZIHAH, CIKGU ALIYA, dan CIKGU ANIS berkongsi tentang perancangan masa hadapan. EN NABIL berkongsi tentang peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh pelatih selepas menamatkan pemulihan. Semoga mendapat pencerahan dan manfaat daripada perkongsian tersebut.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...