Monday, August 17, 2020

Kempen Tarbiah Sentap

15 Mei 2020

KEMPEN TARBIAH CORNER INITIATIVE DARIPADA TARBIAH SENTAP!!

Sempena Ramadan ini team tarbiah sentap ada hadiah istimewa Ramadan dan Hari Raya untuk para pelatih Darul Wardah iaitu Hoodies Tarbiah Sentap serta sumbangan buku dan Al Quran. JazakAllahu khairan..moga dibalas dengan kebaikan.🤲

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan bagi memberi manfaat kepada yang memerlukan.




Friday, August 14, 2020

Hina Kerana Maksiat

6 Mei 2020

Kadang-kadang orang yang hebat pun buat salah, bukan kerana mereka teruk tapi kerana mereka juga manusia. Antara kita tiada yang sempurna.

Manusia boleh melupakan beribu kebaikan hanya dengan satu kesilapan, Allah swt mampu mengampunkan beribu kesalahan hanya dengan "TAUBAT NASUHA"..

Ustazah Hazlina berbicara tentang "Hina kerana maksiat" Tanyalah Ustaz di tv3.




Tuesday, August 11, 2020

Sumbangan 500 pek bubur lambuk

 4 MEI 2020 (ISNIN)

Sumbangan 500 pek bubur lambuk telah diedarkan kepada penduduk kampung dan keluarga yang memerlukan..Diucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Taqwa dengan kerjasama Darul Wardah sendiri..Alhamdulilah hari ini selesai pengedarannya..Esok akan ada lagi batch kedua 500 pek lagi bubur lambuk. Semoga dibalas dengan kebaikan dalam berkongsi rezeki. 🤲

Kebiasaanya kita mendengar orang berkata, dalam rezeki kita ada rezeki orang. Secara ringkas kita lihat ada bahagian rezeki kita yang mungkin berkongsi dengan orang iaitu yang wajib adalah zakat dari bahagian rezeki wajib diberi kepada asnaf, yang sunat ialah sedekah jariah dan yang harus adalah bila kita belanjakan untuk membeli barang atau membayar perkhidmatan. Jadi Allah kekadang menurunkan rezeki terus kepada hambanya, kekadang rezeki hambanya turun menerusi orang lain, yang inilah yang disebut dalam rezeki kita ada rezeki orang.

Dengan memberi, kita akan merasa lebih tenang, rezeki akan menjadi lebih lapang dan hati kita akan lebih gembira tatkala melihat orang yang menerima pemberian dari kita mengukir senyuman dan mengucapkan terima kasih. Rasulullah saw juga pernah berpesan, jangan takut untuk berkongsi, kerana dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.

#prihatinfromdarwa
#berkongsirezeki
#kitajagakita
#pkpfasa4






Perkongsian Jiwa Tauhid

1 Mei 2020

Perkongsian ilmu yang akan disampaikan oleh Ustazah Hazlina di live ikim.fm pada 1 Mei 2020 (Jumaat) dengan tajuk "Berprestasi Tinggi". Moga bermanfaat untuk kita semua.



Friday, May 1, 2020

Senyumlah Wahai puteri-puteri Darwa, Masih Ramai yang Menyayangi Anda

Ibadah yang dilakukan manusia bukan hanya ibadah yang bersifat habluminaullah atau hubungan terhadap Allah, melainkan yang berhubungan dengan manusia. Hubungan sesama manusia ini pun harus dilakukan dan bernilai di mata Allah. Salah satunya adalah ibadah sedekah, iaitu ibadah yang berorientasi sosial, membawakan kebaikan dan manfaat kepada sesama manusia. Sedekah juga merupakan implementasi dari Rukun Islam, Dasar Hukum Islam, Fungsi Iman Kepada Allah SWT, Sumber Syariat Islam, dan Rukun Iman.
Terima kasih diucapkan pada Pn.Yus sedekahkan juadah berbuka puasa untuk pelatih hari ini "nasi ayam penyet" dan juga tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada petugas darwa yang sangat prihatin. Semoga semuanya dibalas dengan kebaikan. Amin..🤲






Sinari Hidupmu dengan Al-Quran Kareem

Penuhkan Ramadhan dengan amalan-amalan seperti tahajud, solat tarawih berjemaah bersama keluarga, bertadarus mengkhatamkan Al Quran dan sebagainya. Moga kita semua mendapat keredhaan Allah swt.
Membudayakan pembacaan al-Quran adalah suatu amalan yang sangat dituntut. Allah S.W.T menjanjikan kepada orang yang membaca al-Quran ini dengan pelbagai ganjaran dan darjat yang tinggi.
Oleh itu, menjadi amalan bagi semua pelatih darul wardah di bulan ramadhan mulia ini untuk sama sama bertadarus mengkhatamkan 30 juz Al Quran..Alhamdulilah..🤲😍






Rezeki Iftar Ramadhan dari para Hamba Allah yang Dermawan

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah swt untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, yaitu dermawan. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah. Ketahuilah bahwa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah Ta’ala, sebagaimana hadits:
‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)

Terima kasih diucapkan kepada ;
Team Dapur Panas
Dapur Kasih
Yayasan Kasih Tauhid
Jiran darwa
Staf darwa








Sambutan Hari Buku Sedunia

28 April 2020 (Selasa)
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ . الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. (Surah Al ‘Alaq : 3 – 4)
Hari Buku Sedunia yang diwartakan pada 23 April setiap tahun oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertujuan untuk meningkatkan minat masyarakat dunia terhadap budaya membaca dan mencintai buku.
Anak-anak darwa juga tidak terkecuali menjadikan amalan membaca sebagai rutin harian bagi mereka walau di mana pun berada dalam musim PKP ini bagi menambah ilmu pengetahuan.👍👍👍👍👍



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...