Wednesday, April 10, 2019

LAWATAN DARI JOGJAKARTA

28 Mac 2019


Hari ini Darul Wardah dikunjungi keluarga daripada Jogjakarta. Mereka bertadarus bersama pelatih juga memberikan tazkirah kepada warga DARWA. Jutaan terima kasih kami ucapkan kerana sudi bertandang menjenguk kami disini. Semoga sentiasa dalam keberkatan.











Tuesday, March 26, 2019

BICARA CINTA DI SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH

22 Mac 2019.

Jelajah Bicara Cinta di SMK Tengku Ampuan Jemaah. Alhamdulillah, mendapat respon yang sangat positif dari pihak sekolah dan pelajar. Didoakan semua jiwa yang mendengar tadi terhindar daripada perkara-perkara terlarang. Semoga setiap hati yang mendengar sentiasa dibimbing Allah. InsyaAllah. Teruskan menyokong usaha pencegahan dari kami.














Monday, March 18, 2019

ZIARAH KASIH DARI MERU



16 Mac 2019

Program Ziarah Kasih dari Kumpulan Tadabbur Dun Meru. Dihadiri oleh kumpulan Muslimat seramai 44 orang dan turut hadir YB Tuan Mohd Fakhrulrazi bin Mohd Mokhtar dan isteri. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas kunjungan ini. Moga berkekalan silaturahim.












KULIAH DHUHA & SOLAT SUNAT DHUHA PERDANA



16 Mac 2019
Darul Wardah menghadiri Kuliah Dhuha dan Solat Sunat Dhuha Perdana di Masjid An-Naim Jalan Kebun.

Majlis dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha bersama Ustazah Hazlina dan juga munajat untuk wanita-wanita seluruh dunia, Palestin, Uyghur, Syiria, Palu, Kashmir dan lain-lain.

Kemudian disambung dengan Kuliah Dhuha oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin, Pendakwah & Mantan Juruhebah IKIM FM dengan tajuk Sumbangan Sahibiyyah dalam Perkembangan Islam. Turut diadakan penyampaian Anugerah Khas dan Tokoh Wanita kepada mereka yang layak.

Alhamdulillah. Program yang sangat bermanfaat untuk setiap ummah. Tahniah untuk setiap jiwa yang menjayakan program ini. Moga diberkati.
















JELAJAH BICARA CINTA DI MERU

14 Mac 2019, Khamis.


Jelajah Bicara Cinta: Katakan Tidak pada Zina, Arak dan Dadah bersama peserta Penduduk Meru seramai 150 orang di Surau Taman Alam Nyata. Anjuran PKM & Group Tadabbur DUN Meru. Bersama penceramah Norhidayah Sumairi.




MAJLIS ZIKIR DAN SELAWAT BULANAN



Sekitar Majlis Zikir dan Selawat Bulanan di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar Selangor pada 14 Mac 2019.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...