Thursday, July 5, 2018

TEMU RAMAH BERSAMA WARTAWAN SINAR HARIAN



Baru sahaja selesai sesi temu bual wartawan Sinar Harian, Puan Ainol bersama Ustazah Hazlina dan juga pelatih DARWA. Moga pencerahan yang diberi memberi manfaat kepada ummah. Terima kasih atas kunjungan dan ruang yang diberikan.







Tuesday, July 3, 2018

JAWATAN KOSONG



Jawatan kosong @ Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Seksyen 30 Shah Alam Selangor

*WARDEN SEPENUH MASA*
✅Tarikh mula kerja : 6 Julai 2018
✅KRITERIA :
1) Wanita bujang
2) Berdisiplin tinggi
3) Rasional & sabar
4) Boleh mengajar dalam bidang Pengajian Islam
5) Mempunyai lesen kereta dan boleh memandu
6) Boleh bekerja lebih masa
7) Bersedia untuk pertukaran shift pagi dan malam
(Pagi: 8.00pg - 8.00mlm)
(Malam:8.00mlm - 8.00pg)


FAEDAH YANG DITAWARKAN (sepenuh masa shj)
🔸️Gaji RM1000 - RM1300 (termasuk kwsp dan socso)
🔸️Tempat tinggal disediakan

====================
Berminat? Hantarkan resume ke email darulwardah@gmail.com

Pertanyaan;

Puan Hidayah
(0193636394)wassup shj

Monday, July 2, 2018

PROJEK DARI PELAJAR UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

29 Jun 2018
Jumaat yang lepas berjalannya kerja-kerja Fasa 1, dari Pelajar Universiti Tenaga Nasional untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan di DARWA. Mereka melakukan Projek Mini Garden dan Kolam Ikan dimana ia juga mendapat tajaan dari Pejabat Pertanian. Alhamdulillah. Teruja menunggu siapnya projek ini. Moga semuanya berjalan lancar hingga ke akhirnya.






WAQAF ZURIAT CARE



29 Jun 2018

Alhamdulillah.... Syukran pada pewaqaf
Darul wardah menerima manafaatnya.. 
Waqaf Zuriat care...


Dua wanita kecil molek... 
Berjiwa besar dan berhati Waja... 
Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail.. 
TPM Malaysia wanita pertama

Dato Paduka Sakdiah Sheikh Bekir
Ceo dalam dunia korporat sebaris dgn pengasas body shop.. World.. 
Muslimah yg layak di panuti...


LAWATAN DARI PEGAWAI PERUBATAN DAERAH KLANG

28 Jun 2018
Baru sahaja selesai Program Lawatan dari Pegawai Perubatan Daerah Klang ke Darul Wardah. Mereka membincangkan tajuk mengenai Saringan Pencegahan Kanser, Family Planning dan juga Masalah Keputihan. Ilmu yang sangat berguna daripada doktor-doktor perubatan dan juga dari Pegawai Kerja Sosial Perubatan. Imu yang bermanfaat dikongsikan mereka kepada pelatih-pelatih Darul Wardah. Jutaan terima kasih diucapkan atas kesudian mereka menyumbangkan tenaga dan ilmu kepada kami disini. Alhamdulillah.







Thursday, June 21, 2018

SUMBANGAN DARI MAIS



20 Jun 2018

Belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin muslimat. Moga lebaran ini membawa seribu makna. Alhamdulillah menerima sumbangan hari raya dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Alf syukran diucapkan atas sumbangan ini.


PROJEK KUIH RAYA DARWA




Hari raya bakal tiba, kuih raya pasti antara antara juadah penting untuk tetamu di hari raya. Anak-anak Darul Wardah tidak ketinggalan membuat sendiri kuih raya dalam Projek Kuih Raya DARWA. Antara kuih yang sempat mereka siapkan adalah kuih samperit, kuih suji dan juga cornflakes madu. Alhamdulillah hasil yang memuaskan. Moga lebaran nanti lebih bermakna. InsyaAllah.




REZEKI DI BULAN RAMADHAN



Antara sumbangan yang berikan kepada Darul Wardah sepanjang bulan Ramadhan berupa makanan mentah, makanan iftar, keperluan bayi, keperluan pelatih, alat tulis, ubat-ubatan, langsir, wang tunai dan juga pakaian. Alhamdulillah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang terlibat. Moga diperluaskan rezeki kalian semuanya. InsyaAllah. Akan kami manfaatkan sepenuhnya segala sumbangan yang telah diberikan. Syukur.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...