Wednesday, April 18, 2018

PROGRAM SANTAI MESRA BERSAMA PEGAWAI PERUBATAN DAERAH KLANG




17 APRIL 2018


Program santai mesra bersama pelatih Darwa tentang topik kesihatan dari Doktor Pakar Perubatan,Pegawai JKSP dan Pegawai Psikologi Pejabat Daerah Klang Selangor.


Banyak info dan nasihat yang diberikan oleh para doktor kepada pelatih-pelatih Darwa. Jutaan terima kasih diucapkan atas kelapangan masa juga segala curahan ilmu buat kami disini. Semoga dipermudahkan urusan setiap kalian. InsyaAllah.










PERSIDANGAN NGO-i MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

16 APRIL 2018. 

Isnin, 16 April 2018 telah berlangsung Persidangan NGO-i Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Penyampaian Sijil Pendaftaran NGO-i MAIS bertujuan untuk tingkat usaha dakwah. Program tahunan MAIS ini berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dihadiri lebih 70 NGO Islam seluruh Selangor.

Alhamdulillah, Darul Wardah salah satu daripadanya. 





Puan Nisha selaku Pengurus Darul Wardah menerima sijil pendaftaran NGO-i MAIS

Wednesday, April 4, 2018

KONVENSYEN RUMAH PEMULIHAN AR-RIQAB



SELASA 3 APRIL 2018


Sebanyak 28 Rumah Pemulihan Ar-riqab (RPA) di Selangor menerima bantuan berjumlah RM2.8 juta daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pengerusi MAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata jumlah itu adalah bantuan Geran Sukuan 2018 bernilai RM996,000 yang diserahkan kepada 17 RPA dan Geran Tahunan 2018 berjumlah RM852,000 diserahkan kepada 10 lagi RPA.

Katanya, dana berkenaan bertujuan membantu golongan asnaf riqab yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan, pencegahan dan kawalan agar mereka kembali ke pangkal jalan.

-BERITA HARIAN ONLINE-


Alhamdulillah, Darul Wardah juga merupakan salah sebuah Rumah Pemulihan Ar-riqab yang menerima Sumbangan Geraan Sukuan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atas dana yang diberikan. Semoga usaha daripada semua pihak diberkati Allah. Alhamdulillah 'ala kulli hal.





Ustaz Zawawi menerima dana untuk Darul Wardah



PROGRAM PEMIMPIN BELIA DINAMIK



1 APRIL 2018 AHAD



Bertempat di Masjid An-Naim Jalan Kebun, telah diadakan Program Belia Dinamik anjuran Exco Pembangunan Modal Insan Selangor dan Rumah Perlindungan & Pemulihan Darul Wardah.



Program bermula jam 8.30 pagi hingga 3.30 ptg. Dimulakan dengan aktiviti tadabbur Surah Ar-Rahman dengan bantuan fasilitator.







Selesai tadabbur Surah Ar-Rahman, aktiviti Dapur Belia pula diadakan untuk para peserta. Para peserta didedahkan dengan cara membuat kuih donut. Aktiviti kemahiran seperti ini juga penting untuk para belia sebagai persediaan menghadapi dunia luar yang semakin mencabar.







LAWATAN ILMIAH UIAM



31 MAC 2018 SABTU



Darul Wardah menerima kunjungan daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Turut hadir pensyarah mereka iaitu Dr. Azam Othman. 


Pelbagai aktiviti LDK dijalankan sepanjang program berlangsung. Diharapkan kesemua pihak mendapat manfaat dari aktiviti ini.


Moga masyarakat menyedari wujudnya masalah sosial dalam kalangan remaja dan sama-sama dapat membantu mereka dalam proses pemulihan ini. InsyaAllah 


Monday, March 26, 2018

PROGRAM INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK



24 MAC 2018 SABTU


Seawal jam 8 pagi Sabtu lalu, semua pelatih dan staff Darul Wardah berpeluang ke Program Intervensi Awal Kanak-Kanak : "Super Atuk Super Nenek" di Bangi Convention Centre. Program anjuran MBI, Wadah Salwa, P.T.N.S serta Kids Campus Sdn.Bhd mendedahkan tentang penjagaan bayi yang betul dari panel-panel yang profesional. 



Panel pertama dalam slot Perkembangan Kanak-Kanak Secara Holistik, merupakan Pakar Industri Negara Pendidikan Awal Kanak-Kanak iaitu Puan Hajah Mahanom Basri. Beliau banyak mendedahkan tentang teknik urutan yang betul untuk bayi dan juga kepentingan berinteraksi dengan bayi sejak dari awal kelahirannya. 





sedikit aktiviti semasa slot bersama Puan Mahanom



Panel yang kedua dalam slot Oh Datuk Oh Nenek Kami Sayang pula merupakan Ex GM TM, Executive Director Malaysian Water Academy iaitu Tuan Hj Shaharis Saad. Beliau menegaskan pentingnya perasaan sayang kepada kanak-kanak secara semulajadi bukan paksaan, kerana kanak-kanak boleh merasakan perasaan paksaan itu sekaligus menjauhkan dirinya daripada kita.




Tuan Hj Shaharis dalam slotnya



Sementara itu, di slot yang terakhir; Kepelbagaian Keistimewaan Kanak-Kanak dan Cara Super Grandpa & Super Grandma Memainkan Peranan menampilkan, Dr. Catur Setiowargo iaitu Perunding Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Beliau banyak mendedahkan tentang simptom-simptom kanak-kanak Syndrome Down, ADHD, Autism dan sebagainya. Ibu bapa perlu peka dengan setiap perkembangan kanak-kanak supaya dapat mengesan sekiranya terdapat simptom-simpton penyakit yang disebutkan. 



Bersama para pelatih Darul Wardah


Selesai semua slot, hadirnya Datin Seri Shamsida Taharin, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), memeriahkan lagi suasana dengan ucapan perasmiannya dan juga penyampaian hadiah kepada panel-panel jemputan.


Alhamdulillah, terlalu banyak ilmu yang diperolehi sepanjang seminar ini. Diharapkan ilmu yang diberi dapat dipraktikkan untuk kebaikan anak-anak syurga kelak. InsyaAllah 😊





















Thursday, March 22, 2018

LAWATAN BAKTI BELIA



KHAMIS 22 MAC 2018


Selain Darul Wardah dikunjungi tetamu, hari ini juga, 2 orang pelajar praktikal di Darul Wardah dari Universiti Sains Islam Malaysia berpeluang mengikuti program Lawatan Bakti Belia di Bait Salam Rumah Mualaf, Jalan Kebun Shah Alam.


Program ilmiah ini dianjurkan oleh Kelab Remaja Srikandi Masjid An-Naim. Program ini sudah dijalankan hingga siri ke 3 setakat ini.



Peserta berpeluang mengikuti Klinik Surah al- Fatihah dan juga sesi taaruf bersama warga mualaf. Sudah tentu ini membuka jalan dakwah untuk mereka yang menyertainya.




Besar harapan agar masyarakat lebih terbuka menyantuni golongan mualaf ini dengan hikmah dan contoh teladan yang baik. Mudah-mudahan pelajar praktikal di Darul Wardah mendapat segala ilmu bermanfaat dari mula hingga akhir. InsyaAllah.



Semoga sama-sama kita ditetapkan hati dalam jalan dakwah ini. InsyaAllah






LAWATAN PENSYARAH USAS



22 MAC 2018 KHAMIS


Assalammualaikum pengunjung-pengunjung DARWA 😊


Alhamdulillah pagi ini kami dikunjungi oleh Cik Nor Hidayah binti Azmi pensyarah dari Universiti Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar Perak.


Kunjugan ini adalah untuk melengkapkan proses penilaian latihan industri 2 orang pelajar USAS di Darul Wardah.


Diharapkan latihan industri ini memberi pengalaman yang berharga untuk mereka. Sekaligus menyemai semangat untuk bersama membantu proses pemulihan pelatih-pelatih di Darul Wardah.


Terima kasih atas kunjungan Cik Nor Hidayah. Semoga Allah memberkati kunjugan ini. InsyaAllah 😊









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...