Thursday, May 15, 2014

PROGRAM IHTIFAL PERDANA 2013 ANTARA RUMAH PERLINDUNGAN DAN KEBAJIKAN ISLAM


Program dianjurkan oleh Dar Assaadah dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 
9 OKTOBER 2014 






Bertolak dari Darul Wardah dengan bas

Sarapan pagi di Das Assaadah 

Jamuan yang disediakan oleh Das Assaadah

Peserta Darul Wardah dalam pertandingan sulaman  manik leher baju kurung 

Hasil yang membanggakan - tempat pertama 



Tempat Pertama - Pertandingan Memasak Hidangan Petang 


Tempat Pertama - Pertandingan Sulaman Manik 

Tempat Ketiga - Pertandingan Kuiz Agama

Saguhati - Pertandingan Nasyid 

 

Pada program tersebut Darul Wardah telah ditabalkan memenangi tempat ketiga secara keseluruhan. Pencapaian yang sangat membanggakan dan syabas kepada semua yang mengambil bahagian dan terima kasih kepada semua sukarelawan dan mereka yang menyokong dan membantu kami.  





Monday, February 24, 2014

Perasmian Cawangan Baru Darwa Johor



Alhamdulillah pada hari Sabtu, 8 Februari 2014 bersamaan 8 Rabiulakhir 1435H, Darul Wardah secara rasminya telah membuka cawangan di Johor bertempat di Pontian. Perasmian di mulakan dengan bacaan doa, ucapan wakil penduduk dan juga ucapan Perasmian oleh Ustazah Hazlina Abd Razak selaku pengasas Darwa. Majlis perasmian ini dihadiri oleh wakil Darwa Selangor dan juga Ahli jawatankuasa baru Darwa Johor.

Rumah perlindungan yang bertempat di Pontian ini boleh memuatkan 15 orang penghuni.  Kemudahan rumah seperti bilik air dan tandas, dapur, ruang tamu, ruang pejabat, bilik solat dan beberapa kemudahan asas disediakan bagi memberi keselesaan kepada pnghuni. 

Dengan adanya cawangan ini diharapkan dapat memberi perlindungan sementara dan sokongan moral kepada saudara baru (mualaf) dan wanita teraniaya. Memberi perlindungan dan pemulihan kepada wanita mengandung tanpa nikah, membantu dan membimbing remaja perempuan yang tersasar daripada cara hidup Islam untuk kembali kepada Islam yang syumul.

Antara tetamu yang hadir

Ahli Jawatankuasa Darul Wardah Johor

PENGERUSI                           :    MISKIAH BINTI JURI
TIMBALAN PENGERUSI      :    NUR HANIS BINTI MOHAMMAD RADZI
SETIAUSAHA                        :    RASHIDAH BINTI ADON @ MOHD DON
TIMB SETIAUSAHA              :    RAFIDAH BINTI HUSIN
BENDAHARI                          :    NOOR AMIRA DIANA BINTI JALANI

AJK EX-OFFICIO                    : YDP ABIM BATU PAHAT
                                                    KETUA HELWA ABIM BATU PAHAT
                                                    FAIZUL AMIN BIN ANUAR
                                                    ZOOLHILMI  AHMED
                                                    ROSMIYATI BINTI BILLAK
                                                    SITI KHADIJAH TAMAM
                                                    JAMALUDIN SONGIP
                                                    SANIF BIN BASAR

Friday, December 6, 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DARUL WARDAH


28 RAMADAN 1434H / 6 OGOS 2013


KENANGAN KEKAL SEPANJANG HAYAT...









Majlis dimulakan dengan nasyid Asma' al Husna oleh penghuni Darul Wardah dan ibu bapa yang hadir 




Doa dibacakan oleh salah seorang penghuni Darul Wardah







 Antara penghuni Darul Wardah yang mengambil bahagian 





Sedikit ucapan dan tazkirah daripada Ustazah Hazlina sempena Aidil Fitri

 

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku undurkan waktu
Akan ku tebus segala salah silapku
Padamu ayah dan ibu ku

Alangkah indahnya hidup ini
Bila dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengharungi hidupku

Wahai ayah ku wahai ibu ku
Ku rindu menatap wajahmu
Wahai ayah ku wahai ibu ku
Kami rindu padamu

Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim

Alangkah indahnya hidup ini
Bila dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ungkapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu.

Wahai ayah ku wahai ibu ku
Ku rindu menatap wajahmu
Wahai ayah ku wahai ibu ku
Kami sayang padamu

Ku tahu cintamu kepada kami
Selalu kasihi kami
Ku tahu bimbangnya engkau tentang kami
Doakanlah kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kau redha diriku
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran keredhaanmu

Wahai ayah ku wahai ibu ku
Ku rindu menatap wajahmu
Wahai ayah ku wahai ibu ku
Kami kasih padamu

Wahai ayah ku wahai ibu ku
Terimalah kami sebagai anakmu
Wahai ayah ku wahai ibu ku
Ampunilah dosa-dosa ku

Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim 





Pemberian bunga telur kepada ibu dan bapa sebagai tanda penghargaan



Cenderahati kreatif penghuni khas untuk Ustazah Hazlina 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...