Friday, April 30, 2021

SANTUN RAMADHAN YTL CONSTRUCTION

 27 April 2021 (Selasa)

Alhamdulillah terima kasih kepada YTL Construction atas kesudian hadir ke darwa. Program ini merupakan satu usaha kebajikan bagi menyantuni wanita yang kurang bernasib baik, perkongsian tentang pengalaman hidup dan peluang kedua. 

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada pihak YTL Construction yang diwakili oleh Pn Natasha Zulkifli (Pengarah Pihak Berkepentingan & Komunikasi Strategi), Pn Roslita Aida Rahim (Ketua Bahagian Latihan & Pembangunan Pekerja YTL Construstion), Pn Nina Jamil (Pengurus Komunikasi) dan Pn Iylia Izani (Pegawai Komunikasi)

Jazakallah Khairan

















REZEKI RAMADHAN KAREEM

28 April 2021 (Rabu)
Alhamdulillah syukur ke hadrata Ilahi sepanjang bulan Ramadhan ini tidak putus-putus Darul Wardah menerima sumbangan daripada perseorangan dan syarikat. Pelbagai bentuk sumbangan yang diterima sama ada dalam bentuk makanan, barangan dapur, barangan bayi dan baju raya.

Kami mendoakan mereka (penyumbang) dimurahkan rezeki dikurniakan kesihatan baik dan sentiasa berada dalam rahmat Allah. "Hanya ini (doa) yang mampu kami lakukan bagi membalas jasa baik mereka yang memberikan sumbangan kepada pelatih darwa"

Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahal orang yang berpuasa tersebut" (HR Khuzaimah)

Terima kasih kepada semua penyumbang 
# AKIKAHDATOSITI&DK
#TEAMDAPURPANAS
#SAHABATHOSPITALKLANG
#ENKAMARUL
#MAKNDAKCATERING
#MAIS
#OKONOMIYAKI
#PEKAWANIS
#PRIHATINDARWA

























TADABBUR ALQURAN MASJID ANNAIM

 24 April 2021 (Sabtu)

Alhamdulillah terima kasih diucapkan kepada AJK Masjid AnNaim yang telah menjemput darwa untuk sertai dalam majlis ilmu ini. Semoga kita semua mendapat keberkahan dalam bulan mulia ini. Pengisian yang turut ada adalah Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Tasbih.

Surat yang dikupas dalam forum ini adalah Surah AlIkhlas yang merupakan Surat Makkiyah dan mengandungi empat ayat. Surah ini diangkat sebagai satu surah yang menegakkan kemurnian tauhid kepada Allah.
















TADARUS ALQURAN RAMADHAN 1442H

 22 April 2021 (Khamis)

Bulan suci Ramadhan selalu ditunggu kedatangannya oleh umat Islam kerana terdapat banyak kebaikan didalamnya. Salah satu amal kebaikan di bulan Ramadhan yang banyak dijalankan seorang Muslim adalah dengan tadarus AlQuran. Tadarus AlQuran bermaksud membaca AlQuran, memahami dan mengkaji kandungan AlQuran.

Membaca AlQuran adalah sebaik ibadat untuk taqarrub kepada Allah. Ganjaran yang Allah beri kepada pembaca kalamNya ini adalah setiap huruf dikurniakan satu kebaikan yang digandakan kepada 10. Sudah tentu jika dipadukan kelebihan ini dan kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan akan memberi satu kepuasan kepada mereka yang merebut peluang tadarus AlQuran dibulan Ramadhan.

Alhamdulillah syukur ya Allah dikesempatan bulan Ramadhan ini setiap hari pelatih darwa merebut peluang untuk bertadarus bersama bagi memperoleh keberkatan dan pahala di bulan Ramadhan.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...