Tuesday, March 9, 2021

Program Jati Diri

 9 Mac 2021

Program Jati Diri diadakan selama 2 hari 1 malam. Program ini dijalankan bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelatih disamping dapat merehatkan minda mereka dengan kehidupan alam sekitar. Aktiviti luar juga membantu pelatih dengan membuka minda dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta memberi sedikit sebanyak pengalaman terhadap diri setiap individu.

Objektif utama program ini adalah mendedahkan potensi diri setiap pelatih dalam bagaimana cara mendekatkan diri dengan Allah. Disamping ia memupuk disiplin dan sahsiah diri pelatih dalam menangani cabaran kehidupan. Kewibawaan individu membentuk generasi yang cemerlang di masa akan datang.

Alhamdulillah program ini telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program dan pengisian slot yang mantap. Semoga Darwa terus maju dan melahirkan insan yang berkualiti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. InsyaAllah
































Hari Wanita

 8 Mac 2021

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia 2021 kepada seluruh wanita di dunia dari kami warga Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor.

"Wanita Terus Bangkit Mendepani Cabaran"

Daripada Abdullah bin 'Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah"(HR Muslim)



Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat

8 Mac 2021

Kita tidak perlu memelihara sifat dengki terhadap nikmat yang ada ditangan orang lain kerana walau bagaimana cara pun usaha kita untuk merebut itu darinya hanya sia-sia sahaja. Allah tidak pernah salah alamat dalam memberi rezeki kepada hambaNya. Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang, terutamanya kepada Team Dapur Panas yang selalu mengirimkan makanan pada hari Jumaat kepada pelatih Darwa. Kali ini manta Chef Hotel Concorde yang masak. Alhamdulillah syukur selalu..

"Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan ingatlah Allah jualah yang menyempit dan meluaskan pemberian rezeki dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan"(AlBaqarah 2:245)

Terima kasih kepada Semua Penyumbang :)














Kelas Bakeri dan Dekorasi Kek

 7 Mac

Bukan semua orang ada bakat semulajadi buat kek, mesti jadi cantik..yang berpengalaman pun boleh buat silap adakalanya. Membakar kek suatu kerja yang dikira mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila ia dikeluarkan dari ketuhar? Stress kan sebab asyik tak jadi huhu

Apa yang diperlukan adalah ilmu kemahiran. Dengan pengalaman dan kemahiran yang dipelajari oleh pelatih di sini, insyaAllah akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan boleh menjadikan sumber pencarian rezeki apabila mereka keluar nanti. 

Selesai sudah sesi 2 dan sesi 3 kelas bakeri dan dekorasi kek di Darul Wardah. Alhamdulillah hasil dekorasi yang sangat memuaskan daripada hasil air tangan jari-jemari pelatih-pelatih Darul Wardah. Terima kasih kepada Guru, Puan Ina











Rezeki melimpah ruah dari Hamba-hamba Allah

 2 Mac

Orang yang berjaya dalam hidup sebenarnya mereka yang banyak memberi. Hakikat itu bukan sahaja dilihat dari sudut material semata-mata, malah turut terpakai dari sudut ilmu, iman dan takwa. Islam adalah agama yang sinonim dengan amalan memberi.

Lihat sahaja kepada sejarah hidup Rasulullah SAW yang sanggup mengorbankan tenaga dan harta Baginda untuk umatnya. Sifat memberi Rasulullah SAW itu bukan setakat ketika Baginda dalam keadaan ketika memiliki sahaja malah ketika susah Baginda tetap memberi dengan penuh kesyukuran. Baginda akan memberi tanpa berasa sedikit pun kekurangan.

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Tidak berlalu hari-hari tatkala manusia berpagi-pagi melainkan turun dua malaikat dan satu malaikat berdoa:"Ya Allah, berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (iaitu mendema atau menyedekahkan ) hartanya. Kemudian malaikat yang kedua berdoa:" Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil."(Riwayat Bukhori)

Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga Tuan/Puan dibalas dengan kebaikan dunia akhirat. Aaminn ya Allah

















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...