Friday, January 15, 2021

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2020/1442H

 28 Oktober 2020

Salam selawat keatas junjungan nabi Muhammad s.a.w. Pelbagai aktivit yang dijalankan bagi mengimarahkan sambutan kelahiran Rasulullah. Ternyata semua pelatih dan guru pembimbing kreatif. Lukisan dilukis sendiri. Nasyid alunan sendiri. Tahniah semua! Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah:

1) Perarakan selawat
2) Peragaan pakaian
3) Pertandingan sepanduk
4) Pertandingan sepanduk
5) Hafazan AlQuran
6) Gubahan Selawat









PROGRAM BAHASA ASIA TENGGARA

 9 Oktober 2020

Selain dari kelasa BAHASA ARAB, pelatih juga didedahkan dengan belajar bahasa yang lain iaitu BAHASA ASIA TENGGARA dan BAHASA ASIA TIMUR. Kali ini, para guru mencabut undi dan bahasa yang terpilih adalah BAHASA MYANMAR, FILIPINA, KEMBOJA, THAILAND dan VIETNAM.

Dengan mempelajari bahasa ini, bukan sahaja dapat menambahkan ilmu, bahkan dapat mengasah bakat dan keyakinan semua orang. Menguasai bahasa lain sedikit demi sedikit dapat memberi kelebihan kepada seseorang individu itu. Tahniah SEMUA.







KUNJUNGAN HORMAT DARWA KE JKSP DAN PIHAK HTAR, KLANG

 1 OKTOBER 2020

Darwa membuat kunjungan hormat ke hospital Klang bagi memperkenalkan Darul Wardah dan berbincang tentang SOP terkini yang ditetapkan oleh pihak JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN. Pertemuan ini melibatkan DR RAZIS RAMLI (PENOLONG PENGARAH HTAR), KETUA JABATAN JKSP, PEGAWAI JKSP, dan KETUA JURURAWAT. Semoga jalinan hubungan ini berterusan dalam membantu UMMAH.





MINI WORKSHOP DAN PEMBERIAN SUMBANGAN

 28 September 2020

Darwa menerima kunjungan daripada PROF NAJIBAH, DR ABDUL WAHED dan DR IYAD untuk menjalankan kajian penyelidikan mereka. Tajuk kajian mereka adalah berkaitan remaja hamil luar nikah dan masalah pembuangan bayi. Dalam masa yang sama, mereka turut memberi sumbangan kepada Darwa. Syukran. Alhamdulillah.




FORUM ISLAH MASTATO'TUM

 27 September 2020

Program bermula dengan persembahan syair dan nasyid daripada pelatih. Seterusnya forum disampaikan oleh Moderator USTAZ ASHRAF AHMAD HADI (ASATIZAH SELANGOR) dan USTAZAH HAZLINA ABD RAZAK (PENGERUSI DARWA). Tetamu kehormat YB USTZ MOHD ZAWAWI AHMAD MUGHNI (ADUN SG KANDIS. Semoga kesemua peserta mendapat manfaat. InsyaAllah.






PROGRAM PEMANTAPAN ROHANI

 24 September 2020

Alhamdulillah selesai program pemantapan Rohani daripada Ustazah Hazlina yang menerapkan Pelatih Spiritual dan Asertif dalam kalangan murid sekolah tingkatan 3 hingga 5.




PROGRAM SUKARELAWAN "HAPPY CIRCLE"

 20 September 2020

Terima kasih atas kehadiran bekas tenaga pengajar Darwa iaitu Cikgu Nazihah, Cikgu Aliya dan Puan Ruslina dalam mengadakan program berilmu ini. Program ini dinamakan "Happy Circle" yang bertujuan menekankan kekuatan jati diri pelatih di Darul Wardah. Terima kasih cikgu-cikgu.





SAMBUTAN HARI MALAYSIA

 16 September 2020

Tahniah diucapkan kepada semua team dan pelatih dalam menyertai pertandingan sempena Hari Malaysia. Kali ini pihak pengurusan telah membuat kelainan dengan memilih beberapa etnik bagi negeri SABAH dan SARAWAK. Etnik yang terlibat adalah KAUM TIDONG, DAYAK IBAN, MELANAU, ORANG ULU, TUMBONUO, BAJAU dan RUNGUS. Manakala acara yang diadakan pula adalah:

1) Pembentangan Asal-usul Etnik

2) Peragaan Pakaian

3) Bahasa

4) Tarian

Dalam setiap acara, kesemua peserta perlulah bekerjasama memberi idea dan cetusan pendapat mengikut kreativiti ahli kumpulan masing-masing, Pakaian yang diperagakan oleh kami dijahit sendiri dengan menggunakan kain perca. Ternyata kesemua ahli hebat dan kreatif sekali. Tahniah SEMUA.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...