Friday, January 15, 2021

FORUM ISLAH MASTATO'TUM

 27 September 2020

Program bermula dengan persembahan syair dan nasyid daripada pelatih. Seterusnya forum disampaikan oleh Moderator USTAZ ASHRAF AHMAD HADI (ASATIZAH SELANGOR) dan USTAZAH HAZLINA ABD RAZAK (PENGERUSI DARWA). Tetamu kehormat YB USTZ MOHD ZAWAWI AHMAD MUGHNI (ADUN SG KANDIS. Semoga kesemua peserta mendapat manfaat. InsyaAllah.






PROGRAM PEMANTAPAN ROHANI

 24 September 2020

Alhamdulillah selesai program pemantapan Rohani daripada Ustazah Hazlina yang menerapkan Pelatih Spiritual dan Asertif dalam kalangan murid sekolah tingkatan 3 hingga 5.




PROGRAM SUKARELAWAN "HAPPY CIRCLE"

 20 September 2020

Terima kasih atas kehadiran bekas tenaga pengajar Darwa iaitu Cikgu Nazihah, Cikgu Aliya dan Puan Ruslina dalam mengadakan program berilmu ini. Program ini dinamakan "Happy Circle" yang bertujuan menekankan kekuatan jati diri pelatih di Darul Wardah. Terima kasih cikgu-cikgu.





SAMBUTAN HARI MALAYSIA

 16 September 2020

Tahniah diucapkan kepada semua team dan pelatih dalam menyertai pertandingan sempena Hari Malaysia. Kali ini pihak pengurusan telah membuat kelainan dengan memilih beberapa etnik bagi negeri SABAH dan SARAWAK. Etnik yang terlibat adalah KAUM TIDONG, DAYAK IBAN, MELANAU, ORANG ULU, TUMBONUO, BAJAU dan RUNGUS. Manakala acara yang diadakan pula adalah:

1) Pembentangan Asal-usul Etnik

2) Peragaan Pakaian

3) Bahasa

4) Tarian

Dalam setiap acara, kesemua peserta perlulah bekerjasama memberi idea dan cetusan pendapat mengikut kreativiti ahli kumpulan masing-masing, Pakaian yang diperagakan oleh kami dijahit sendiri dengan menggunakan kain perca. Ternyata kesemua ahli hebat dan kreatif sekali. Tahniah SEMUA.









TADABUR ALQURAN SURAH AT-TAKATHUR

 16 SEPTEMBER 2020

Pelatih berpeluang mengikuti forum tadabur yang disampaikan oleh Ustazah Hazlina di Masjid ANNAIM Jalan Kebun. Moga mendapat manfaat dan menambahkan ilmu para jemaah masjid bagi memahami maksud dalam surah terseubt. 

Ayat ini menekankan golongan yang bersaing untuk menyatakan "harta aku lebih banyak dari kamu". Meskipun ia sudah banyak dan mencukupi, tetapi mereka tetap berlumba-lumba untuk menambah apa yang telah mereka miliki agar mereka dapat berbangga dengannya. Dua nasihat yang dapat diperoleh dalam surah ini iaitu:

1) Tidak berlebihan dengan urusan dunia berbanding agama

2) Menziarah kubur kerana hal demikian dapat mengingatkan kepada kematian dan akhirat





SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

 31 Ogos 2020

Alhamdulillah selesai sambutan hari kemerdekaan di Darwa dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua team dan kesemua pelatih. Terdapat 5 pertandingan yang dipertandingkan iaitu:

1) Nyanyian Patriotik

2) Pakaian Beragam

3) Sajak Patriotik

4) Lakonan

5) Masakan

Hakikat kemerdekaan bukan sekadar kebebasan dari penjajahan sama ada bangsa, fikiran atau budaya. Namun sebaliknya menurut perspektif ISLAM, ia bermakna kebebasan manusia untuk menikmati kehidupaan sesuai menurut fitrahnya yang menjadi asas matlamat sebenar penciptaanNYA oleh ALLAH.





SUMBANGAN IKAN TALAPIA

 28 OGOS

Alhamdulillah. Rezeki pelatih menerima 5 kotak ikan talapia daripada Team Iman Insani. Terima kasih diucapkan dan moga dimurahkan rezeki kalian berlipat ganda. Bersyukurlah setiap hari dengan segala apa yang kita ada sebelum kita kehilangan kesemuanya.






SUMBANGAN KAIN PERCA

 28 OGOS 2020

Alhamdulillah Darwa menerima sumbangan kain langsir dan kain perca dari hamba ALLAH ynag budiman. InsyaAllah akan dimanfaatkan oleh pelatih sebaik mungkin. Moga dibalas dengan kebaikan. "Sesungguhnya sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api" (Hadis Riwayat AtTirmidzi)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...