Friday, January 15, 2021

SAMBUTAN HARI MALAYSIA

 16 September 2020

Tahniah diucapkan kepada semua team dan pelatih dalam menyertai pertandingan sempena Hari Malaysia. Kali ini pihak pengurusan telah membuat kelainan dengan memilih beberapa etnik bagi negeri SABAH dan SARAWAK. Etnik yang terlibat adalah KAUM TIDONG, DAYAK IBAN, MELANAU, ORANG ULU, TUMBONUO, BAJAU dan RUNGUS. Manakala acara yang diadakan pula adalah:

1) Pembentangan Asal-usul Etnik

2) Peragaan Pakaian

3) Bahasa

4) Tarian

Dalam setiap acara, kesemua peserta perlulah bekerjasama memberi idea dan cetusan pendapat mengikut kreativiti ahli kumpulan masing-masing, Pakaian yang diperagakan oleh kami dijahit sendiri dengan menggunakan kain perca. Ternyata kesemua ahli hebat dan kreatif sekali. Tahniah SEMUA.









TADABUR ALQURAN SURAH AT-TAKATHUR

 16 SEPTEMBER 2020

Pelatih berpeluang mengikuti forum tadabur yang disampaikan oleh Ustazah Hazlina di Masjid ANNAIM Jalan Kebun. Moga mendapat manfaat dan menambahkan ilmu para jemaah masjid bagi memahami maksud dalam surah terseubt. 

Ayat ini menekankan golongan yang bersaing untuk menyatakan "harta aku lebih banyak dari kamu". Meskipun ia sudah banyak dan mencukupi, tetapi mereka tetap berlumba-lumba untuk menambah apa yang telah mereka miliki agar mereka dapat berbangga dengannya. Dua nasihat yang dapat diperoleh dalam surah ini iaitu:

1) Tidak berlebihan dengan urusan dunia berbanding agama

2) Menziarah kubur kerana hal demikian dapat mengingatkan kepada kematian dan akhirat





SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

 31 Ogos 2020

Alhamdulillah selesai sambutan hari kemerdekaan di Darwa dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua team dan kesemua pelatih. Terdapat 5 pertandingan yang dipertandingkan iaitu:

1) Nyanyian Patriotik

2) Pakaian Beragam

3) Sajak Patriotik

4) Lakonan

5) Masakan

Hakikat kemerdekaan bukan sekadar kebebasan dari penjajahan sama ada bangsa, fikiran atau budaya. Namun sebaliknya menurut perspektif ISLAM, ia bermakna kebebasan manusia untuk menikmati kehidupaan sesuai menurut fitrahnya yang menjadi asas matlamat sebenar penciptaanNYA oleh ALLAH.





SUMBANGAN IKAN TALAPIA

 28 OGOS

Alhamdulillah. Rezeki pelatih menerima 5 kotak ikan talapia daripada Team Iman Insani. Terima kasih diucapkan dan moga dimurahkan rezeki kalian berlipat ganda. Bersyukurlah setiap hari dengan segala apa yang kita ada sebelum kita kehilangan kesemuanya.






SUMBANGAN KAIN PERCA

 28 OGOS 2020

Alhamdulillah Darwa menerima sumbangan kain langsir dan kain perca dari hamba ALLAH ynag budiman. InsyaAllah akan dimanfaatkan oleh pelatih sebaik mungkin. Moga dibalas dengan kebaikan. "Sesungguhnya sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api" (Hadis Riwayat AtTirmidzi)




Monday, August 17, 2020

CSR Puspanita

11 Ogos 2020

 *CSR BERSAMA PUSPANITA*

Ya Allah, sungguh banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami. Tetapi mungkin kita yang tidak menyedarinya. Kita yang tidak mensyukurinya. Kita yang tidak pernah berpuas hati dengan nikmat itu.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat"
(Ibrahim:7)

Terima kasih diucapkan atas kehadiran para tetamu pada hari ini dari puspanita dengan satu tujuan untuk menyampaikan sumbangan dalam pelbagai bentuk seperti barangan bayi, keperluan dapur, barangan elektrik, keperluan pelatih dan wang tunai..semoga usaha murni ini berterusan dan semoga dibalas dengan kebaikan.🤲











Kunjungan Ustazah Asni

 3 Ogos 2020

*Kunjungan sukarela dari Ustazah Asni Mansor*

Alhamdulilah syukur, Ustazah Asni meluangkan masa untuk berjumpa dengan pelatih darwa dengan memberikan sedikit tazkirah ringkas serta memberi kata-kata motivasi untuk membangkitkan semangat untuk terus kuat dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup. Dengan kata-kata nasihat dan bimbingan yang diberikan oleh beliau itu diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelatih darwa. Syukran Jazilan..👍




Salam AidilAdha dari Perantauan

31 Julai 2020

*Salam Aidiladha dari warga darwa*

Daging dan darah binatang qurban atau hadiah itu tidak sekali2 akan sampai kepada Allah swt, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang2 itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuknya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik2nya) kapda orang2 yang berusaha supaya baik amalnya. (Surah alhajj ayat 37)












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...