29 JULAI 2020
*PROGRAM SURAT CINTA UNTUK DARWA (USIM)*
29 JULAI 2020
*PROGRAM SURAT CINTA UNTUK DARWA (USIM)*
24 Julai
*PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA KECERIAAN DARWA*🌹🌹🌹
Alhamdulilah selesai aktiviti keceriaan yang dilakukan oleh semua staf darwa dan guru-guru praktikal bersama pelatih. Keceriaan darwa tidak diabaikan untuk menjadikan darwa yang ceria, indah, bersih dan persekitaran yang kondusif. Tujuan program ini dijalankan bagi memastikan setiap warga darwa bekerjasama membersihkan persekitaran darul wardah serta dapat mengeratkan ukhwah antara satu sama lain. Secara tidak langsung dapat memberikan ketenangan dan keindahan serta terapi buat semua pelatih dan staf bertugas. Aktiviti ini dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap ahli kumpulan perlu berganding bahu untuk menceriakan kawasan masing-masing..Terima kasih diucapkan kepada semua staf darwa dan para pelatih yang disayangi..Hanya Allah swt yang mampu membalas segala kebaikan mereka semua.
17 Julai 2020
Pelatih darwa diberi tugasan untuk mereka cipta satu gubahan coklat mengikut kreativiti ahli kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan dibekalkan dengan pelbagai coklat dan barangan yang terpakai. Ternyata semua pelatih dapat memberi kerjasama yang baik dalam kumpulan serta menunjukkan bakat masing-masing. Kreativiti adalah kemampuan mencipta yang berkaitan mencuba dan didorong oleh motivasi,idea, kesungguhan serta latihan berterusan melalui latihan minda dan pengasahan bakat.
11 Julai 2020
🎊EXPLORACE GAMES DARWA🎊
Kali ini Darwa membuat kelainan dengan memilih aktiviti explorace untuk dijadikan aktiviti riadah bagi pelatih dan bertanding mengikut kumpulan rumah pasukan masing-masing. Aktiviti explorace ini lebih kepada membina team building sesama ahli, menguji kesabaran dan kekuatan mental serta fizikal ahli, membuktikan keazaman dan fokus peserta bahawa, nothing is impossible. Objektif lainnya juga ialah melihat kreativiti, inovasi dan pemikiran kritis pada setiap ahli dan kumpulan. Tugasan yang diberikan oleh fasilitator merupakan gabungan aktiviti yang dipadukan bagi menguji ketahanan dan kreativiti para peserta. Aktiviti explorace ini memerlukan para pemainnya bergerak ke sana dan ke mari bagi menyiapkan aktiviti atau tugasan di setiap check point. Terdapat 8 check point yang diberikan dan perlu diselesaikan oleh semua ahli rumah sukan dengan jayanya.
10 Julai 2020
Alhamdulilah..terima kasih Ustazah Hazlina meluangkan masa bersama pelatih untuk solat sunat tasbih dan menyampaikan tazkirah ringkas..moga mendapat manfaat untuk mereka semua.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“ ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
Rasulullah SAW menyebutkan bahwa bersedekah adalah bukti kejujuran dan keikhlasan akhlak seorang muslim, seperti di sebutkan dalam hadits di bawah ini :
Abu Malik Al-Harits bin ‘Ashim Al-Asy’ari RA berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Kesucian itu sebagian dari iman, dan kalimat alhamdulillah memenuhi timbangan. Kalimat subhanallah dan alhamdulillah memenuhi ruang yang ada di antara langit dan bumi. Shalat itu cahaya, sedekah itu bukti, sabar itu cerminan, Al-Qur’an itu hujjah yang akan membela atau menuntutmu. Setiap manusia bekerja. Ada yang menjual dirinya, ada yang membebaskan dirinya, dan ada pula yang menghancurkan dirinya.” (HR. Muslim)
Anak-anak sebenarnya dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibarat sehelai kain putih yang suci lagi bersih dari sebarang kekotoran samada zahir ataupun batin, maka menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkan samada untuk membentuknya menjadi insan berjaya ataupun tidak. Anak juga adalah anugerah Allah swt yang terindah, jadi jangan persiakan amanah yang boleh menjadi asbab untuk kamu ke syurga Nya.
Anak yang soleh akan memberi manafaat yang amat besar kepada kedua ibu bapa. Sabda Rasulullah SAW:
15 Mei 2020
Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).