Wednesday, April 22, 2020

Perkongsian Resepi oleh Ustazah Hazlina


2 April 2020 (Khamis)

REZEKI akan melimpah jika dibahagi, ILMU akan bertambah jika dikongsi, KASIH SAYANG akan bercambah jika diberi..Syukran Jazilan Ustazah Hazlina. Semoga dimurahkan REZEKI..

Alunan Asmaul Husna daripada Puteri-puteri Darwa

2 April 2020 (Khamis)

Alunan Asmaul Husna daripada pelatih DARWA dijadikan rutin harian kelas mereka....
Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.
Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil.” – Sahih Bukhari

Pemberian Sumbangan Ubi Kayu, Pisang Tanduk & Roti

31 Mac 2020 (Selasa)

Alhamdulilah rezeki Allah itu luas, kita sebagai hamba Allah nikmatilah dengan kesyukuran..hari ni dapat ubi kayu, pisang tanduk dan roti..kepada pemberi, semoga Allah membalas dengan kebaikan.Aamin..



Pengedaran Makanan Percuma

27 Mac 2020 (Jumaat)


Hari ke-2, KAMI PRIHATIN!!..Darwa bantu mengedarkan makanan PERCUMA secara drive thru kepada golongan yang memerlukan. Kali ini bagi Lrg Haji Yusof dan Lrg Haji Kasim Jalan Kebun..Terima kasih kepada para penyumbang iaitu INSAF, PEJABAT DUN SG KANDIS DAN YAYASAN FOODBANK MALAYSIA..






Penerimaan Sumbangan Roti Gadenia

26 Mac 2020 (Khamis)

Tatkala semua orang sibuk mencari roti gardenia..hari ini 26 Mac 2020..Pn. Zarina telah memberi sumbangan roti ini kepada semua pelatih darul wardah..Alhamdulilah syukur selalu..Jazakallahu khairan..semoga Allah swt membalas dengan kebaikan.



Rezeki Sayur Bayam dari Hamba Allah untuk Semua Masyarakat

26 Mac 2020 (Khamis)

Alhamdulilah rezeki lagi untuk anak2 DARWA menerima sayur bayam dari hamba Allah dan kami berkongsi rezeki ini dengan orang-orang yang memerlukan..Semoga dimurahkan rezeki.




Sumbangan Makanan Percuma oleh INSAF untuk rakyat Jalan Kebun

26 Mac 2020 (Khamis)

Darul Wardah bantu mengedarkan makanan tengah hari secara PERCUMA yang disumbangkan oleh pihak INSAF kepada penduduk Lorong Hj Taib dan lorong Hj Mughni jalan kebun secara drive thru..




Sumbangan Makanan Tengah Hari daripada Hamba Allah

26 Mac 2020 (Khamis)

Alhamdulilah syukur kepada Allah swt ada pihak yang memberi sumbangan makanan tengah hari kepada semua pelatih darul wardah sepanjang tempoh PKP COVID-19 ini..semoga Allah swt membalas dengan kebaikan dan semoga Allah swt akan memberi ganjaran dengan balasan yang terbaik.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...