Thursday, February 20, 2020
Doa Lindung Penyakit & Wabak Corona Virus
27 Januari 2020
Allahhu Akbar, ujian demi ujian, pelbagai penyakit muncul di saat akhir zaman. Kali ini dengan wabak Corona Virus.
Ayuh amalkan perkongsian doa daripada Ustazah Hazlina , DOA UNTUK MENGHINDARI WABAK DAN PENYAKIT MERBAHAYA. InsyaAllah mari kita sama-sama amalkan. Moga Allah lindungi kita semua. Aaminn.
Wednesday, January 15, 2020
Program CSR (Baking) anjuran UTM, Kuala Lumpur
11 Januari 2020
Program bermula jam 9 pagi selesai pelatih Darwa solat sunat dhuha. Program dimulakan dengan pembahagian 2 buah kumpulan. Kumpulan pertama membuat mochi. Kumpulan kedua membuat kek pandan cheese leleh.
Setelah setiap kumpulan sudah menimba dan merasai ilmu yang dipelajari, mereka akan bertukar kumpulan. Setiap daripada pelatih mendapat ilmu dan juga makanan hasil dari air tangan mereka sendiri dengan bantuan dari pelajar UTM KL.
Syukur alhamdulillah terima kasih di atas penganjuran program ini. Moga Allah membalas jasa budi baik mereka dunia akhirat.
Monday, December 30, 2019
PROGRAM ALLAH SAYANG KITA
27 Disember 2019
Program Allah Sayang Kita daripada Fakulti Pendidikan Islam UKM.
Program bermula selepas Maghrib hingga selepas Isyak. Dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan Slot Kenali Diri sebelum berhenti untuk Solat Isyak berjemaah. Slot Wasiat Iman dimulakan sejurus selesai Solat Isyak,dimana di dalam slot ini mereka membawa para pelatih mengingati kematian. Dengan itu, nilai kehidupan dan anugerah nyawa yang diberikan akan terasa lebih berharga unuuk dimanfaatkan dalam sisa baki umur yang tidak tahu penghujungnya.
Alhamdulillah. Pengisian yang sangat bermanfaat dan diharapkan pelatih dapat meraih semangat baru dan kekal positif untuk berubah walau ada sejarah hitam yang pernah berlaku dalam kehidupan mereka.
Terima kasih atas penganjuran program ini. Semoga setiap jiwa yang menjayakannya mendapat kebaikan dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)































