Wednesday, September 4, 2019

SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH



31 Ogos 2019
Sambutan Kemerdekaan ke 62 dan Sambutan Maal Hijrah 1441H.

Darul Wardah telah menyertai Perarakan Hari Kebangsaan anjuran Masjid An-Naim Jalan kebun dengan kerjasama MPKK, MPP Zon 11 dan Pejabat dun pada 31 Ogos yang lalu.
Kami telah menghantar kontinjen seramai 26 orang termasuk pelatih dan staf. Sepanduk dan pakaian untuk perarakan tersebut dibuat dan dicipta sendiri oleh pelatih dan staf.


Alhamdulillah Darul Wardah telah menjadi juara perarakan pada hari tersebut.

Kami turut menghadiri Forum Dhuha Perdana di Masjid An-Naim dengan tajuk " Sudah Tiba Masa KIta Berubah" yang disampaikan oleh ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Shamsul Debat, Adam Corrie dan Zul Handyblack.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas penganjuran program bermanfaat ini. Moga kemerdekaan dan penghijrahan membawa sinar baru untuk anak-anak Darul Wardah.















Monday, August 26, 2019

SODEXO SERVATHON 2019



24 Ogos 2019
Syukur Alhamdulillah, Darul Wardah termasuk dalam 6 buah Pertubuhan Kebajikan yang dipilih untuk menghadiri acara tahunan Sodexo Malaysia yang dinamakan Sodexo Servathon 2019 berlangsung di Menara Zurich Kuala Lumpur Sabtu yang lepas. Kami dibawa pergi dan pulang menaiki bas yang disediakan pihak Sodexo.

Sodexo telah menubuhkan Yayasan STOP Hunger pada tahun 1999 dan program Servathon telah menjadi satu program global organisasi pada setiap tahun. Syukur, Darul Wardah berpeluang menjadi sebahagiannya pada tahun ini.


Pelbagai acara permainan dan kelas masakan diadakan pada hari tersebut yang dianjurkan untuk meraikan para peserta yang dijemput. Sejurus selepas itu, semua jemputan diraikan dengan sama-sama menikmati makanan tengah hari yang turut disediakan oleh kakitangan Sodexo.

Sebelum bersurai, setiap pertubuhan membawa pulang sumbangan dalam pelbagai bentuk seperti alat tulis, barangan makanan kering, makanan sejuk beku, pakaian dan pelbagai lagi. Alhamdulillah kami di Darul Wardah sangat bersyukur atas sumbangan diberikan dan akan digunakan sebaiknya disini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Sodexo Malaysia atas jemputan ini. Kami sangat gembira dan bersyukur berpeluang menjadi sebahagian daripada acara tahunan Sodexo Servathon. Terima kasih tidak terhingga atas jemputan dan layanan yang terbaik kepada kami. Semoga Sodexo Malaysia terus maju dan diperluaskan rezeki. Moga dapat berjumpa lagi. 😊














Monday, August 19, 2019

LAWATAN BERSIRI FMS

15 Ogos 2019

Lawatan bersiri FMS daripada Pegawai Perubatan Daerah Klang. Kali ini dengan tajuk HIV & Remaja : Isu Realiti dan Cabaran. Penerangan yang sangat baik daripada doktor-doktor yang datang dan pelatih juga dapat menjalani ujian saringan HIV pada waktu tersebut. Pendekatan dan pengisian yang sangat diperlukan. Terima kasih kami ucapkan atas kesudian menabur bakti kepada kami disini. Sentiasa dalam keberkatan InsyaAllah.








KELAS TADABBUR SURAH AL MASAD



8 Ogos 2019


Kelas Tadabbur Surah Al Masad oleh Ustazah Hazlina di Masjid An-Naim Jalan Kebun. Banyak ilmu diperolehi untuk dijadikan panduan dalam hidup. Alhamdulillah.







SOLAT DHUHA DAN SOLAT HAJAT PERDANA

4 Ogos 2019


Darul Wardah turut serta Program Solat Dhuha dan solat Hajat Perdana untuk UPSR PMR SPM dan lain-lain di Masjid An-Naim Jalan Kebun. Moga kejayaan milik bersama. InsyaAllah.






Thursday, July 25, 2019

MARI MENGAJI TV ALHIJRAH



25 Julai 2019


Ustazah Hazlina di TV Alhijrah dalam Rancangan Assalammualaikum, Segmen Mari Mengaji. Alhamdulillah.





Monday, July 22, 2019

BICARA CINTA RAHMAH



21 Julai 2019


Sekitar Bicara Cinta Rahmah oleh Ustazah Hazlina di AYG Ken Rimba, Padang Jawa.

#Remajaannur








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...