Monday, August 13, 2018
SECANGKIR TEH @ DARUL WARDAH, SHAH ALAM
SECANGKIR TEH @ DARUL WARDAH, SHAH ALAM






Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada Cikgu Junaidah dan team atas perkongsian yang diberikan.
CERAMAH MOTIVASI DARIPADA YB USTAZ ZAWAWI DAN USTAZAH HAZLINA
11 Ogos 2018
YB Ustaz Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni bersama Ustazah Hazlina memberikan ceramah motivasi kepada anak-anak Lorong Ikhlas Johan Setia yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM serta Peperiksaan Akhir Tahun 2018. Moga sentuhan yang diberikan kepada mereka membina semangat baru untuk mereka lebih bersedia menghadapi peperiksaan. Semoga semuanya dipermudahkan urusan hendaknya. InsyaAllah.
Monday, August 6, 2018
LIGHT HER WAY HOME
6 Ogos 2018.
Alhamdulillah. Projek Mini Garden di laman Darul Wardah sudah dirasmikan dengan sempurna sebentar tadi. Program yang dinamakan " Light Her Way Home" anjuran Pelajar Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dengan usahasama Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikutur, Jabatan Pertanian Malaysia telah dijalankan sejak 2 bulan yang lepas. Program ini adalah bersempena dengan Corporate Social Responsibility (CSR) Yayasan Tenaga Nasioanal 2018. Program yang dijalankan secara berperingkat ini bermula daripada semaian biji benih di Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur (PTIF) sehinggalah majlis perasmian di Darul Wardah sebentar tadi. Mini Garden yang mereka lakukan ini lengkap dengan pemasangan 'ecopond', pemasangan lampu solar serta pemasangan pergola dan 'pavements'. Majlis perasmian tadi disempurnakan oleh Datuk Dr. Shaari Md Nor iaitu Pengarah Yayasan Nasional. Turut hadir wakil staf dari Jabatan Pertanian Malaysia. Pelajar Uniten juga sempat mengadakan demonstrasi pencegahan jenayah kepada para pelatih Darul Wardah. Mereka juga mengadakan sharing session mengenai Solar dan Home Plantatic. Satu program yang sangat memberangsangkan daripada mereka, juga satu usaha murni yang sangat membanggakan. Kami disini merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kerana memilih Darul Wardah terlibat dalam projek ini. Kami mendoakan usaha murni ini diberkati dan semoga Allah memberikan rezeki yang berterusan kepada kalian. Tahniah kerana berjaya melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang masyarakat negara dan juga kebajikan sosial. Semoga kalian sentiasa dalam perlindungan dan keberkatan. Darul Wardah akan berusaha sebaiknya menjaga projek mereka ini disini. Sebuah Garden yang sangat indah, strategik,moden, sedap mata memandang dan sesuai untuk terapi pemulihan spiritual anak-anak DARWA. Alhamdulillah. Alf syukran pelajar Yayasan Tenaga Nasional. 

Friday, August 3, 2018
JALINAN KOLOBRASI BERSAMA KOLEJ KOMUNITI KLANG
3 Ogos 2018
Hari ini Darul Wardah dikunjungi pihak Kolej Komuniti Klang untuk menjalinkan kolobrasi strategik di antara kedua-dua belah pihak. Kolej Komuniti Klang telah memberikan kursus pendek secara percuma kepada pelatih Darul Wardah. Semua bahan-bahan disediakan oleh pihak Kolej Komuniti Klang. Disamping itu, para pelatih juga diberikan sijil setelah setelah selesai kursus pendek ini. Pengarah Kolej Komuniti Klang iaitu Tuan Rahizam bin Karim turut turun padang ke Darul Wardah. Beliau sempat memberikan kata-kata semangat kepada para pelatih disini. Turut hadir rakan sekerja beliau Puan Zailah, Puan Nik, dan juga Puan Aina. Hari ini kursus yang diadakan adalah Jahitan Kraf Felt. Pelatih tekun mengambil ilmu dari tenaga pengajar dan sangat berminat dgn kursus yang diadakan. Program yang sangat berfaedah untuk pelatih kerana dapat membuka peluang kerjaya untuk mereka setelah keluar nanti. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Kolej Komuniti Klang atas jalinan kolobrasi ini. Moga Allah membalas jasa kalian. 

Monday, July 30, 2018
PROGRAM KELUARGA INSAN WANITA
28 dan 29 Julai yang baru berlalu, Pelatih dan staf DARWA berkampung di Hotel Carlton Shah Alam bagi menghadiri Program Keluarga Insan Wanita anjuran PUSBA. Pelbagai pengisian modul diterapkan kepada pelatih untuk membina jati diri dan mengenal potensi dalam diri masing-masing. 2 hari 1 malam yang penuh pengisian. Semoga pulang semula ke Darul Wardah dengan semangat jati diri yang tinggi. Moga Allah mudahkan setiap usaha untuk berubah. InsyaAllah.
Friday, July 27, 2018
KEKAL SUCI JAUHI ZINA
Rabu yang lepas, Darul Wardah berpeluang berprogram di Sabak Bernam. Forum Keluarga Sakinah bertemakan "Kekal Suci Jauhi Zina ini" diadakan di SMK Ungku Aziz Sabak Bernam. Turut hadir sebagai panel ialah Kaunselor Pusat Perlindungan Wanita Sabak Bernam,Noor Huda bt Tajudin dan juga Ustazah Suzana Gazali Kaunselor PAID & Penulis Sabak Bernam. Forum berakhir dengan harapan anak-anak yang mendengar dan juga di luar sana memelihara diri sebaiknya sekaligus menghindari kancah zina. Anda Bijak Jauhi Zina. Doa dari kami sentiasa mengiringi.
DARUL WARDAH DI BULETIN UTAMA TV3
Klik link berikut untuk menonton Darul Wardah di Buletin Utama TV3
https://www.facebook.com/BeritaTV3/videos/2311415432206958/UzpfSTExNDk3MDAyODYzNDA5MToxMzE0NTgyNjk1MzM5NDc5/
Subscribe to:
Comments (Atom)