Thursday, March 22, 2018

LAWATAN PENSYARAH USAS



22 MAC 2018 KHAMIS


Assalammualaikum pengunjung-pengunjung DARWA 😊


Alhamdulillah pagi ini kami dikunjungi oleh Cik Nor Hidayah binti Azmi pensyarah dari Universiti Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar Perak.


Kunjugan ini adalah untuk melengkapkan proses penilaian latihan industri 2 orang pelajar USAS di Darul Wardah.


Diharapkan latihan industri ini memberi pengalaman yang berharga untuk mereka. Sekaligus menyemai semangat untuk bersama membantu proses pemulihan pelatih-pelatih di Darul Wardah.


Terima kasih atas kunjungan Cik Nor Hidayah. Semoga Allah memberkati kunjugan ini. InsyaAllah 😊









Monday, March 12, 2018

PROGRAM TAUTAN HATI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SABTU 10 MAC 2018

Alhamdulillah, Sabtu baru-baru ini baru sahaja berjalan program daripada Pelajar Praktikum Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Program dijalankan berobjektif untuk memahami isu-isu yang dihadapi oleh remaja di pusat pemulihan selain untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling kepada mereka. Sekaligus dapat memberikan sokongan sosio-emosi kepada mereka di pusat pemulihan ini. 

Kaunseling kelompok antara salah satu aktiviti dijalankan kepada pelatih

Program ini diharap dapat memberi kefahaman tentang isu-isu yang dihadapi oleh remaja dan memberi sokongan terutama dari segi sosio-emosi kepada peserta sesuai dengan objektif penganjurannya. InsyaAllah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia atas kesudian menganjurkan program untuk anak-anak pelatih Darul Wardah. 

PROGRAM DARI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SABTU 3 MAC 2018

Darul Wardah tidak putus-putus menerima kunjungan ilmiah dari pelbagai pihak. Alhamdulillah Sabtu 3 Mac 2018 En Zool Hilmi bin Mohd Nadzir dari Universiti Sains Malaysia telah mengadakan program di Darul Wardah untuk kursusnya dalam bahagian Sains Kemasyarakatan.






Semoga pencerahan ilmu yang disampaikan oleh Encik Zool Hilmi dapat memberikan impak positif kepada pelatih Darul Wardah khususnya. InsyAllah.

Terima kasih diucapakan kepada Encik Zool Hilmi atas kesudian mengadakan program di Darul Wardah. 😊



Thursday, March 1, 2018

SEKELUARGA TOLAK PORNOGRAFI



AHAD 25 FEBRUARI 2018



Alhamdulillah, Ahad yang lepas, Darul Wardah diberi kesempatan menyertai Program Kempen 'Sekeluarga Tolak Pornografi'. Program berlangsung di Masjid An- Naim Jalan Kebun Shah Alam anjuran bersama WADAH Selangor, Unisel, Smart Selangor, MBI dan juga AJK Masjid An- Naim Jalan Kebun.




Objektif utama penganjuran kempen ini adalah untuk mendidik masyarakat dan keluarga agar menghindari aktiviti pornografi yang semakin membarah dan memberikan kesan negatif kepada peningkatan gejala sosial dalam kalangan masyarakat.




Bertitik tolak dari itu, menggununglah harapan kami agar setiap daripada anggota masyarakat dapat memainkan peranan yang penting agar budaya yang tidak sihat ini mampu ditegah. Mudah-mudahkan segala perkongsian dapat dijadikan panduan dan amalan kepada semua yang hadir. InsyaAllah.








Wednesday, February 21, 2018

REZEKI PULUT KUNING

21 FEBRUARI 2018

Alhamdulillah, Darul Wardah sentiasa diperluaskan rezeki. Hari ini kami mendapat pulut kuning bersama kari ayam hasil sumbangan Puan Adzrin.

Baunya pon sudah mengancam, apatah lagi rasanya.

Syukur dengan nikmat Allah.

Semoga diperluaskan dan dimewahkan rezeki Puan Adzrin sekeluarga. Amin




LAWATAN LEMBAGA PELAWAT AR-RIQAB

20 FEBRUARI 2018

Rabu, 20 Februari 2018, Darul Wardah menerima lawatan daripada Lembaga Pelawat Ar-Riqab. 

Syukran dengan kunjungan serta sarana dan  maklumbalas. 

Giatkan ummah dengan dakwah.

Maaf dengan segala kekurangan.


Image result for kuntum khairu ummah

Lembaga Pelawat di Pejabat Pengurusan Darul Wardah


Sedang menandatangani Buku Pelawat Darul Wardah


Jamuan bersama Lembaga Pelawat

Cenderahati untuk Lembaga Pelawat



Lembaga Pelawat Ar- Riqab bersama Ustazah Hazlina ,Ustaz Zawawi dan Puan Nisha di rumah pelatih Darul Wardah


Monday, February 19, 2018

PROGRAM BELIA BAKTI DI BAIT AL MAWADDAH



KHAMIS 15 FEBRUARI 2018



Salam mesra untuk semua pengunjung blog Darul Wardah 😊


Pada hari Khamis yang lepas, Darul Wardah berkesempatan mengikuti Program Belia Bakti di Bait al-Mawaddah Warga Emas Jalan Kebun anjuran Lajnah Muslimat dan Lajnah Keceriaan Masjid An-Naim.


Peserta berpeluang berkenalan dengan warga emas Bait al-Mawaddah serta beramah mesra dengan mereka. Turut diadakan aktiviti bersama mereka seperti menghasilkan kraftangan dari reben. 

Program seperti ini dapat menjejak kasih sayang warga tua serta memberikan mereka secebis kasih sayang dan perhatian daripada masyarakat sekeliling. Kemahiran berkomunikasi yang baik dengan warga emas juga dapat dipraktikkan melalui program seperti ini. 

Jasa ibu dan ayah tak terhingga sepanjang masa. Hargai ibu dan bapa selagi mereka masih bernyawa. Kasih ibu menenangkan, kasih ayah menguatkan. Semoga mereka diberi kesihatan yang baik hingga ke akhirnya. Amin.

Sesi beramah mesra dengan warga emas



Warga emas Bait al-Mawaddah
















Wednesday, February 14, 2018

TERAPI ASMAUL HUSNA



12 JANUARI 2018. ISNIN



Alhamdulillah, Darul Wardah tidak putus-putus menerima tetamu dan juga sumbangan dari pelbagai pihak. Isnin 12 Januari 2018 satu program Terapi Asmaul-Husna telah dijalankan di Darul Wardah melibatkan semua penghuni DARWA. Program ini diketuai oleh Puan Rosmawati, mantan PTD di KPWK putrajaya. Katanya, " saya menemui insight melalui AsmaulHusna". 


Darul Wardah juga menerima sumbangan Tafsir Al-Quran, buku Ku Seru Namamu Ya Allah, Al- Mathurat dan juga Asmaul-Husna.
Sumbangan buku yang diterima Darul Wardah
Pelatihan Terapi Asmaul Husna ini adalah untuk penyembuhan dan penyucian jiwa anak-anak pelatih. Puan Rosmawati yang lebih mesra disapa sebagai "Ummi" menerapkan kepada anak-anak pelatih 99 nama-nama Allah beserta maksudnya dan bagaimana ia berfungsi untuk kita lebih mengenal Allah. Ummi juga mengajarkan zikir dan wirid selepas solat dengan nama-nama Allah yang indah, Asmaul-Husna.


Puan Rosmawati (Ummi) sedang memberi pengisian kepada anak pelatih



Ustazah Hazlina dan Ustaz Zawawi sedang menyampaikan ucapan aluan dan penghargaan kepada Puan Rosmawati
Semoga program ini memberi seribu manfaat kepada semua penghuni Darwa dan ilmu ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian kita. Jutaan terima kasih dikalungkan kepada pihak Puan Rosmawati atas sumbangan ilmu, tenaga, masa yang diberikan kepada Darul Wardah. Semoga Allah memberkahi. InsyaAllah.


Sedikit cenderamata dari pihak Darul Wardah kepada Puan Rosmawati










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...