Friday, January 26, 2018

CAKNA SISWA



PROGRAM CAKNA SISWA

4.11.2017 :- Sekumpulan pelajar dari TAYLOR UNIVERSITY, datang untuk bergotong royong dengan pelatih2 Darwa.

Mereka juga membuat sumbangan rak buku untuk melengkapkan mini perpustakaan yang sedia ada.


Kami sangat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dan wakaf buku yang sesuai untuk projek ini

Program yg dianjurkan oleh persatuan Sekrteriat Rukun Negara, Taylor University sangat bermakna kepada kami dan moga menjadi contoh ikutan kepada warga muda yang lain.


































































































































































































































PARA PENCARI TUHAN



HARIAN METRO , SINAR HARIAN



Kisah penuh keinsafan dan kesedaran dari para pencari Tuhan di Darul Wardah Selangor dikongsikan di dalam akhbar Harian Metro.Terima-kasih juga kepada Sinar Harian yang terus menyokong usaha Darul Wardah memberi peluang kedua kepada Para Pencari Tuhan.



Tiada hamba soleh yang tidak punyai masa silam dan tiada pendosa yang tidak punyai masa hadapan. Untuk kita pendosa, harapan selalu ada. Sesunggguhnya keampunan Allah lebih besar dari kemurkaannya.

Para Pencari Tuhan di Sinar Harian

Para Pencari Tuhan di Harian Metro

Tuesday, January 23, 2018

SUMBANGAN ANDA FOOD BANK



Berbaktilah kita selagi ada hayat. Hidup di dunia ini hanyalah sementara.

Hari ini kita di atas, esok mungkin kita ke bawah.

Berkongsilah dan berbagi nikmat Allah kepada insan lain yang kurang bernasib baik dan memerlukan


Kecil bagi anda, besar maknanya bagi kami...

#sebarluaskan








Friday, January 19, 2018

KEMPEN BAHAYA ZINA



Darul Wardah dijemput ke Program Kempen Bahaya Zina anjuran Unit Pembangunan Keluarga JAIS di Sekolah Menengah SS 17 Subang Jaya.

Pendedahan awal perlu diberi agar para pelajar mengetahui akan bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina.
 
Berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus.




TERIMA KASIH ABANG BOMBA



24.11.2017: Latihan memadam kebakaran

Darul Wardah dan Maahad Tahfiz al Fateh bergabung mempelajari cara-cara memadamkan kebakaran.

Program latihan ini dikendalikan oleh En Kamarul dan En Saiful dari Jabatan bomba Negeri Selangor


Mereka berlatih memadamkan kebakaran tong gas dapur menggunakan tong pemadam ABCD.


Ingat!!


“Masa kecil jadi kawan bila besar jadi lawan “- api





Thursday, January 18, 2018

TRIGONA @ KELULUT



Projek terbaru Darwa, Trigona @kelulut.

Banyak bunga yang berkembang mekar akhirnya layu dan gugur.

Alangkah bagusnya kalau ia dapat dihisap oleh sang trigona untuk mereka menghasilkan madu.

Begitulah sunnatullah dalam kitaran alam.

Setiap makhluk punya tugas dan peranan.


Mudah-mudahan berhasil dan bermanfaat.









KUNJUNGAN MAHABBAH



Selamat Datang ke Darul Wardah 
Bertanya khabar menjalin ukhuwwah 
Mendengar cerita dan berbagai kisah 
Nasib manusia dilanda musibah


Terima-kasih sudi bertamu 
Semoga ikatan menjadi padu 
Doa dipohon mengharap restu 
Moga diakhirat kita bertemu




Terima-kasih kpd muslimat dari TTDI yang sudi melapangkan masa menjenguk kami disini..ッ










Monday, January 15, 2018

TEMUBUAL BERSAMA MAJALAH KARANGKRAF



4 Mei 2017 : Temubual majalah terbitan Karangkraf dengan pengerusi Darul Wardah berkaitan dengan isu-isu sosial terutama yang melibatkan generasi wanita muda.

Akhbar ataupun majalah memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat sejagat. Muncul golongan wartawan yang komited juga membantu dalam menyalurkan kesedaran mengenai masalah yang menular dalam kehidupan seharian hari ini. Di zaman kecanggihan ilmu sains dan teknologi masa kini, menyampaikan sesuatu melalui media adalah dianggap sangat relevan kerana ia mampu menerjah setiap pelusuk hidupnya masyarakat
.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...