Friday, May 9, 2014
Monday, February 24, 2014
Perasmian Cawangan Baru Darwa Johor
Alhamdulillah pada hari Sabtu, 8 Februari
2014 bersamaan 8 Rabiulakhir 1435H, Darul Wardah secara rasminya telah membuka
cawangan di Johor bertempat di Pontian. Perasmian di mulakan dengan bacaan doa,
ucapan wakil penduduk dan juga ucapan Perasmian oleh Ustazah Hazlina Abd Razak
selaku pengasas Darwa. Majlis perasmian ini dihadiri oleh wakil Darwa Selangor
dan juga Ahli jawatankuasa baru Darwa Johor.
Rumah perlindungan yang bertempat di Pontian
ini boleh memuatkan 15 orang penghuni. Kemudahan rumah seperti bilik air dan tandas,
dapur, ruang tamu, ruang pejabat, bilik solat dan beberapa kemudahan asas
disediakan bagi memberi keselesaan kepada pnghuni.
Dengan adanya cawangan ini diharapkan dapat memberi
perlindungan sementara dan sokongan moral kepada saudara baru (mualaf) dan
wanita teraniaya. Memberi perlindungan dan pemulihan kepada wanita mengandung
tanpa nikah, membantu dan membimbing remaja perempuan yang tersasar daripada cara
hidup Islam untuk kembali kepada Islam yang syumul.
![]() |
Antara tetamu yang hadir |
Ahli Jawatankuasa Darul Wardah Johor
PENGERUSI :
MISKIAH BINTI JURI
TIMBALAN PENGERUSI : NUR
HANIS BINTI MOHAMMAD RADZI
SETIAUSAHA : RASHIDAH
BINTI ADON @ MOHD DON
TIMB SETIAUSAHA : RAFIDAH BINTI HUSIN
BENDAHARI : NOOR
AMIRA DIANA BINTI JALANI
AJK EX-OFFICIO : YDP ABIM BATU PAHAT
KETUA
HELWA ABIM BATU PAHAT
FAIZUL
AMIN BIN ANUAR
ZOOLHILMI AHMED
ROSMIYATI
BINTI BILLAK
SITI
KHADIJAH TAMAM
JAMALUDIN
SONGIP
SANIF
BIN BASAR
Friday, December 6, 2013
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DARUL WARDAH
28 RAMADAN 1434H / 6 OGOS 2013
KENANGAN KEKAL SEPANJANG HAYAT...
Majlis dimulakan dengan nasyid Asma' al Husna oleh penghuni Darul Wardah dan ibu bapa yang hadir
Doa dibacakan oleh salah seorang penghuni Darul Wardah
Antara penghuni Darul Wardah yang mengambil bahagian
Sedikit ucapan dan tazkirah daripada Ustazah Hazlina sempena Aidil Fitri
Alangkah
indahnya hidup ini
Andai
dapat ku undurkan waktu
Akan
ku tebus segala salah silapku
Padamu
ayah dan ibu ku
Alangkah
indahnya hidup ini
Bila
dapat kukucup tanganmu
Moga
mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk
mengharungi hidupku
Wahai
ayah ku wahai ibu ku
Ku
rindu menatap wajahmu
Wahai
ayah ku wahai ibu ku
Kami
rindu padamu
Allahumma
solli 'ala Muhammad
Ya
Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma
solli 'ala Muhammad
Ya
Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Alangkah
indahnya hidup ini
Bila
dapat kudakap dirimu
Tiada
kata yang dapat aku ungkapkan
Hanya
Tuhan saja yang tahu.
Wahai
ayah ku wahai ibu ku
Ku
rindu menatap wajahmu
Wahai
ayah ku wahai ibu ku
Kami
sayang padamu
Ku
tahu cintamu kepada kami
Selalu
kasihi kami
Ku
tahu bimbangnya engkau tentang kami
Doakanlah
kami
Alangkah
indahnya hidup ini
Andai
dapat kau redha diriku
Kan
pasti mengalir airmataku
Kerna
pancaran keredhaanmu
Wahai
ayah ku wahai ibu ku
Ku
rindu menatap wajahmu
Wahai
ayah ku wahai ibu ku
Kami
kasih padamu
Wahai
ayah ku wahai ibu ku
Terimalah
kami sebagai anakmu
Wahai
ayah ku wahai ibu ku
Ampunilah
dosa-dosa ku
Allahumma
solli 'ala Muhammad
Ya
Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma
solli 'ala Muhammad
Ya
Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma
solli 'ala Muhammad
Ya
Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma
solli 'ala Muhammad
Ya
Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Saturday, October 5, 2013
MALAM SINAR SYAWAL
26 RAMADAN 1434H / 4 OGOS 2013
PEMBERIAN SUMBANGAN SYAWAL KEPADA GOLONGAN ASNAF DARULWARDAH
PEMBERIAN SUMBANGAN SYAWAL KEPADA GOLONGAN ASNAF DARULWARDAH
![]() |
Berbuka puasa |
![]() |
Tazkirah Maghrib |
![]() |
Antara mereka yang hadir |
![]() |
Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih bersama |
Sumbangan untuk mereka yang berkelayakan termasuk beberapa orang bekas penghuni Darulwardah.
Semoga pemberian yang tidak seberapa ini dapat memberi sinar bahagia menyambut Syawal.
Friday, October 4, 2013
SUMBANGAN RAMADAN SUKARELAWAN SHAH ALAM
19 RAMADAN 1434H / 28 JULAI 2013
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Fida Viantymala Sakrin, Puan Fanty Sakrin sekeluarga dan sahabat yang telah memberi sumbangan besar dan bermakna untuk kami di Darulwardah dan sepuluh keluarga muallaf kami. Semoga puan sekeluarga mendapat keberkatan daripada Allah dan semoga pemberian ini mendapat ganjaran pahala yang dijanjikan Allah.
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)
“Orang yang memberikan hidangan
berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang
tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi no 807, ia
berkata: “Hasan shahih”)
Tangan yang di atas lebih baik
dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan
yang dibawah adalah orang yang meminta.” (HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)
“Dunia itu untuk 4 jenis hamba:
Yang pertama, hamba yang diberikan rezeqi oleh Allah serta kefahaman terhadap
ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk
menyambung silaturahim. Dan ia menyedari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka
inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata:
“Hasan shahih”)
“Harta tidak akan berkurang
dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan
kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)”
Allah Ta’ala
berfirman:“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun
perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan
dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.”
(Surah Al-Hadid: ayat 18)
“Orang yang menyumbangkan dua
harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga:
“Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan”. Jika ia berasal dari
golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, ia akan dipanggil dari pintu
solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu
jihad, jika ia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari
pintu sedekah.” (HR. Bukhari no.3666, Muslim no. 1027)
MAJLIS KHATAM AL-QURAN MASJID AN-NAIM
19 RAMADAN 1434H / 28 JULAI 2013
![]() |
Muslimah yang menyertai Program Tadarus Masjid An-Naim |
![]() |
Penyampaian saguhati oleh Ustazah Hazlina untuk semua muslimah yang terlibat |
Program Tadarus Muslimah Masjid An-Naim telah bermula pada 5 Ramadan 1434 dan berakhir pada 19 Ramadan 1434H. Warga Darulwardah juga terlibat dalam program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)