Monday, May 11, 2009

Gadis Seperti Bunga




Usai sessi kuanseling kelompok dengan adik-adik yang terlanjur, Kak wardah catatkan beberapa faktor yang berkaitan dengan masalah zina:

1.Semua adik-adik tu tahu bahawa Zina tu satu DOSA BESAR !
2.Semuanya tahu apa hukuman Zina dalam Islam
Sebat Seratus kali !
3.faktor-faktor zina:

i. tengok gambar / video lucah. Semuanya melalui hand phone yang canggih tu.
ii. kawan-kawan sebaya kenalkan dengan benda-benda tak elok tu !
iii.Mak bapak bersikap terbuka, boleh pergi rumah boyfriend asal bagi tau mak.
iv. Ada juga mak bapak yang terlalu garang.
v. Naif sangat, tak pernah ada kawan lelaki, bila orang lelaki cakap sayang, terus ikut.

vi. Ini yang paling banyak, bukan slah ibu mengandung, bukan salah bapak mendidik, dunia akhir zaman, media makin canggih, memang anak -anak muda dah tak boleh tahan nafsu, Iman senipis kulit bawang, Godaan datang dari segenap penjuru!

Tunggu Sesi kaunseling lain, macam mana nak cari formula supaya adik-adik ni kembali ke pangkal jalan. !

Hilang Kelazatan



Bila sakit baru terasa lazatnya sihat, bila susah baru terasa lazatnya senang, bila sibuk baru terasa lazatnya lapang. begitulah manusia , kadang-kadang kurang menyedari apa yang ada didepan mata, bila tiada baru terasa.


Puan L mengalami simptom hilang kelazatan iman. baginya dunia bagaikan sudah tidak bererti.Allah murka padanya. Pintu taubat sudah tertutup baginya. sakit yang ditanggung sebagai laknat Allah untuknya.

Allah Yang bersifat ghafur dan rahim sudah tidak ada dalam dadanya. Minda puan L semuanya bersifat Su' Zon terhadap Allah. sakit fizikal nampak pada zahir. sakit iman perlukan rawatan yang betul-betul rapi.

marilah sama-sama berdoa agar Allah mencamppakkan kembali Nur dalam jiwanya.

AMIN!

Sunday, May 10, 2009

Darwa dan Tetamu Baru

salam muhibbah dan keimanan,


sejak kebelakangan ini pihak kami menerima ramai penghuni baru. Kebanyakannya melibatkan kes salahlaku seks remaja bawah umur. Ada juga yang masih dibangku sekolah lagi.

kebanyakan kes perzinaan begini, penzina lelaki tidak dikenakan apa-apa tindakan atau hukuman kerana kes tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana sebab-sebab tertentu.

Si perempuan yang mengandungkan anak akan menghadapi bebanan dan tekanan emosi dan spiritual kerana berbagai faktor luaran dan dalaman.

mereka harus sedar bahawa perbuatan ini adalah suatu kesalahan dan jenayah. Tujuan hukuman adalah sebagai pendinding dan pagar manusia dari melakukan kemungkaran.

Zina bukanlah satu aktiviti milik individu dan boleh dilakukan atas dasar reda dan suka sama suka.

Ingatlah bahawa hidup kita ini milik Allah. Hidup akhir kita nanti juga akan bertemu dengan Allah.Taubatlah.

Wak Juragan

Blog ini Dibangunkan Untuk Anda

Salam buat semua pengunjung blog,

1. Terima kasih kerana anda sudi melawati blog ini dan ramai yang telah menggunakan blog ini untuk mendapatkan informasi dan perkembangan terkini aktiviti kami.

2. Kami berharap pihak-phak yang tidak bertanggungjawab cuba 'mensabotaj' blog ini kerana ia tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

3. Kami berharap agar blog ini dapat hidup lebih lama dan terima kasih atas sokongan anda semua.

Syukran.

Admin

Tuesday, April 28, 2009

Laman Dapur dan Terapi Bunga




PIHAK DARUL WARDAH MEMERLUKAN SUMBANGAN POKOK BUNGA, HERBA DAN SAYUR-SAYURAN

tujuan : Membina lanskap di Darul Wardah untuk Terapi Minda, Rohani dan Emosi
Kaedah : Seorang sepasu bunga Ros/ pokok herba

Kerja menanam akan dilakukan secara gotong royong / penghuni DW.

PERHATIAN ; Sumbangan baja, peralatan berkebun juga dialu-alukan.


HARAP MAKLUM

Sunday, April 26, 2009

Mereka mengerti

Apakah ertinya ukhuwwah!
Berkasih sayang bermahabbah!
menyokong ketika rebah!
menopang ketika lelah !

yang tahu kerana dia merasa!
yang faham kerana dia bersama!
yang senang,santai gembira!
yang sukar duka nestapa!

bagaimana rasa manisnya iman?
kesusahan ditelan dengan sabar!
kejerihan dilunas dengan redha!
keperitan dibaluti dengan takwa!

Siapakah yang menilai?
Siapakah yang menghitung?
Siapakah yang membilang ?
"Wa ma Ajri illa ala Allah !

catatan ini dibuat, khas untuk adik-adikku yang bersusah payah, menguruskan DARWA dengan penuh kesabaran dan ketaatan. satu minggu yang sangat sibuk dan mencabar di DARWA. hanya Allah yang dapat menilai pengorbanan yang kalian lakukan !

Saturday, April 25, 2009

Bertemu doktor....terus sihat... :-)

sudah beberapa hari kak R sakit, minggu lepas kami membawanya ke klinik, malangnya sakitnya nampak semakin kurang baik dan ubatnya telah hilang dalam simpanan (hairan bin ajaib betul ).. pada petang sabtu,kami sekali lagi membawa kak R ke klinik berdekatan, malangnya macam ayam dengan itik, jenuh kami menerangkannya pada doktor..
Doktor pun turut sama ketawa sebab tak faham...

Diringkaskan cerita,selepas keluar saja dari bilik doktor, kak R terus je senyum dan ketawa.. katanya dah sihat... doktor pun cakap kak R sihat je.. akhirnya kami tahu apa ubatnya untuk kak R lagi... :-)

Sebaik sampai Darwa kak R tetiba je sakit balik... pelik betul... nampaknya kami kena bawa kak R jumpa doktor tiap-tiap minggu la.. hehe..

Friday, April 17, 2009

Jualan Amal DARWA


"Syyhh..Jangan cakap sahaja, Mai bantu saya"

Pihak MPP Zon 11 dan PUSPEM (Persatuan Peniaga Jalan Kebun ) akan mengadakan Karnival Usahawan Desa pada 30-31 Mei 2009 di Padang An Naim Jalan Kebun.

Pihak Darul Wardah ( DARWA ) akan menyertai program tersebut dengan mengadakan JUALAN AMAL .

Antara Barang Jualan yang akan dijual / lelong ialah ;

pakaian,
buku ( agama, novel, ilmiah, dll yang sesuai )
majalah terpakai.

Sekiranya ada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan barangan boleh berhubung dengan pihak DARWA .

Sukarelawan untuk menjayakan jualan amal tersebut sangat dialu-alukan.

Mohon Dipankjangkan undangan ini kepada semua

Mereka sedang Menunggu bantuan anda

Wak Juragan - Jangan hantar pakaian dalam sudahlah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...