Tuesday, February 15, 2022

PROGRAM CSR ZURIAT CARE

 15 Januari 2022 (Sabtu)

Terima kasih diucapkan kepada team zuriat care atas sumbangan yang diberikan. Semoga dibalas dengan kebaikan dunia akhirat.





KEM JATI DIRI DARUL WARDAH DI YEOB VILLAGE ULU LANGAT

 12 - 13 Januari 2022 (Rabu & Khamis)

Program jati diri ini diadakan bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan pelatih disamping dapat merehatkan minda mereka dengan alam sekitar. Aktiviti luar ini juga membantu pelatih untuk membuka minda dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta memberi sedikit sebanyak pengalaman terhadap diri setiap individu.

Selain itu, program ini juga diadakan bagi membentuk sahsiah dalam diri pelatih agar lebih berdisiplin, cemerlang, bersemangat dan mempunyai daya tahan mental serta emosi yang kuat. Secara tidak langsung ia dapat membina kewibawaan pelatih sebagai pemimpin yang akan memimpin bangsa dan negara pada masa akan datang.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan urusetia Darul Wardah serta jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang menaja program ini. Semoga dibalas dengan kebaikan. :)







PROGRAM KEROHANIAN DARI KOLEJ DARUL HIKMAH, BANGI

 10 Januari 2022

Darul wardah menerima kunjungan ramah mesra dari pelajar Kolej Darul Hikmah. Program kerohanian ini membuka pemikiran dan memberi kesedaran dalam kalangan remaja tanpa mengira jantina. Sedikit sebanyak diskusi ini membantu remaja di luar sana dan pelatih darwa untuk memikirkan cara terbaik bagi menangani gejala sosial yang kian meruncing.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama pelatih Darwa.







MAJLIS JAMUAN MAKAN AKHIR TAHUN DARWA 2021

 29 Disember 2021 (Rabu)

Alhamdulillah dapat berkumpul semua pelatih dan staf bagi meraikan majlis makan akhir tahun penutup 2021 bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kami

Terima kasih darwa atas kenangan bermakna ini :)





Tuesday, January 4, 2022

PERTANDINGAN MEMANAH

 12 Disember 2021 (Ahad)

Beberapa orang pelatih darwa dijemput untuk menyertai perlawanan memanah anjuran MPP ZON 11. Sebelum perlawanan, coach melatih dahulu cara-cara memanah. Alhamdulillah, dua pasukan wakil dari darul wardah mendapat kedudukan di tempat ke - 2 dan ke - 3 dalam pertandingan tersebut.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta.







PERTANDINGAN SENI KREATIF KOLAJ FABRIK

 10 Disember 2021 (Jumaat)

Pelatih diberikan tugasan untuk mereka cipta kolaj fabrik menggunakan kain perca. Tema pemilihan mengikut kreativiti ahli pasukan masing-masing. Mereka menggunakan kain-kain perca yang ada dan menjahit menggunakan jahitan tangan. Ternyata kerjasama setiap ahli pasukan amat memuaskan dan sangat kreatif. Kelas kraftangan dan kemahiran menjahit ini juga merupakan salah satu pengisian yang dijalankan di darwa. 

Tahniah diucapkan kepada semua pelatih.








PERKHIDMATAN SANITASI DAN SUMBANGAN DARI TCR COMPANY

 8 Disember 2021 (Rabu)

Alhamdulillah syukur dan ribuan terima kasih kepada team TCR atas tajaan sanitasi 3 buah rumah darul wardah dan sumbangan barangan keperluan hygiene untuk kegunaan penghuni darul wardah. Semoga diperluaskan rezeki dan terus maju jaya.





Thursday, December 2, 2021

MAJLIS SANTUNI RUMAH PERLINDUNGAN DAN PEMULIHAN SELANGOR

23 November 2021 (Selasa)

Syukur alhamdulillah dan ucapan setinggi terima kasih kepada pihak kerajaan negeri Selangor atas sumbangan yang diberikan kepada rumah-rumah ar Riqab MAIS.

Terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor kerana telah mengambil inisiatif untuk membantu golongan asnaf arRiqab. Semoga sumbangan yang diberikan menjadi suntikan semangat kepada semua pengusaha dan pengurus rumah pemulihan dan perlindungan untuk meneruskan bakti serta keringat dalam memastikan golongan asnaf arRiqab terus terpelihara.




 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...