Thursday, January 28, 2021

PROJEK WAQAF TANGKI AIR

 28 Januari 2021

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNYA dihadirkan insan-insan yang sanggup memberi sumbangan waqaf dalam menyediakan kemudahan atau kelengkapan bagi memenuhi keperluan harian para pelatih di darwa. Tangki air ini berfungsi sebagai tempat simpanan air untuk memudahkan mereka menggunakannnya semasa ketiadaan air.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seseorang manusia (ISLAM) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan doa anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya" (HADIS RIWAYAT MUSLIM)

Semoga Allah membalas jasa tuan & puan yang menjayakan projek waqaf ini dengan memberikan pahala yang akan sentiasa mengalir selama seluruh pelatih menggunakan tangki tersebut untuk kegunaan harian dan beribadah. INSYAALLAH. 







SUMBANGAN MAKANAN DARI TEAM DAPUR PANAS

 27 Januari 2020

Allah menciptakan makhluNYA di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk. Allah sesekali tidak membiarkan makhlukNYA hidup tanpa kurniaan rezeki.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada TEAM DAPUR PANAS yang tidak jemu berkongsi rezeki dan memberi sumbangan dalam bentuk makanan kepada pelatih. Hampir setiap bulan ada sahaja makanan yang diberikan kepada semua pelatih. Hanya doa dan ucapan terima kasih mampu kami titipkan. Semoga dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak.






Friday, January 15, 2021

SOLAT SUNAT TAUBAT & MANDI TAUBAT

 22 Disember 2020

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH pelatih diberi peluang untuk sertai program ini yang dikendalikan oleh USTAZAH HAZLINA. Alunan zikrullah memenuhi ruang Darul Wardah. Moga program ini diredhai ALLAH.






PROGRAM MOTIVASI DAKWAH DAN KEPIMPINAN

 13 Disember 2020

Terima kasih diucapkan kepada EN NABIL dan TEAM CIKGU NAZIHAH, CIKGU ALIYA, dan CIKGU ANIS berkongsi tentang perancangan masa hadapan. EN NABIL berkongsi tentang peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh pelatih selepas menamatkan pemulihan. Semoga mendapat pencerahan dan manfaat daripada perkongsian tersebut.





KUNJUNGAN CSR SAHABAT HOSPITAL

 9 Disember 2020

Terima kasih diucapkan kepada TEAM SAHABAT HOSPITAL yang telah memberi sumbangan dan penyampaian ceramah agama oleh USTAZ IBRAHIM. Moga dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pelatih. Tajuk yang disampaikan adalah tentang akal dan nafsu. Akal memainkan peranan penting dalam membatasi dan mengendalikan hawa nafsu manusia.






CERAMAH SAIDATINA KHADIJAH KHUWAILID

 4 Disember 2020

Ceramah yang disampaikan oleh USTAZAH HAZLINA berkaitan kisah isteri pertama NABI MUHAMMAD SAW yang digelar KHADIJAH AL-KUBRA (YANG AGUNG). Kisah beliau boleh dijadikan tauladan untuk kita muslimah sejati. Semoga akhlak beliau menjadi ikutan kita semua terutamanya para muslimah sekalian. Juga ada hamba ALLAH yang sudi sedekah makanan untuk semua peserta. Terima kasih SEMUA.







JERAYAWARA: PERANGKAP CINTA DUSTA

 1 Disember 2020

Jaringan laman sesawang merupakan alat yang penting dalam jenayah cinta siber yang tidak mengira bangsa, agama dan budaya. Malah perhubungan ini boleh berlaku tanpa mengira sempadan geografi, politik dan masa. Membimbangkan lagi adalah penggunaan telefon pintar dan internet yang cukup canggih boleh tembus ke dalam rumah tanpa sempadan melalui gadget. Maka isu yang dikupas adalam LOVE SCAM. isu ini bukan sahaja berlaku kepada remaja, bahkan berlaku pada orang dewasa.

Terima kasih semua yang terlibat. Panel yang hebat antaranya TUAN KAMAL AFFANDI HASHIM (PENGANALISIS JENAYAH MALAYSIA) dan PUAN ROSMAWATI ZAINAL (CEO RAUDATUSS SAKINAH) serta moderator kita USTAZAH HAZLINA






SUMBANGAN DARI DERMAWAN

 22 November 2020

Terima kasih kepada semua pemberi sumbangan. Syukur alhamdulillah. Semoga kalian dimurahkan rezeki dan memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Maka, Nikmat Tuhan yang mana kau dustakan.






PROGRAM TAUTAN HATI

 21 November 2020

Program kajian lapangan daripada AKADEMI KEPIMPINAN WANITA (AKW) tentang isu kehamilan luar nikah. Kenalpasti punca penyakit hati dalam diri UMMAH agar ubat yang diberikan berkesan.




SESI TERAPI EMOSI & MINDA

 15 November 2020

Sesi ini dikendalikan oleh TUAN HAJI ZAILAN dan DR HAKIM. Kedua-duanya adalah pakar terapi yang mengendalikan klinik rawatan kesihatan mental. Program ini bertujuan mengukuhkan semangat berpasukan dan meningkatkan motivasi serta secara tidak langsung membantu mengurangkan tekanan dalam kesejahteraan diri dalam memantapkan personaliti dalam pencapaian individu.





AKTIVITI MEMBUAT KUIH MANISAN "ONDE-ONDE"

 14 November 2020

Santai petang, pelatih membuat kuih manisan untuk minum petang. Antaranya PUDING TRIFFLE dan BUAH MELAKA (ONDE-ONDE). Resepi yang sama tetapi air tangan berbeza. Pelatih diagihkan kepada 5 kumpulan. Tahniah SEMUA.






KURSUS URUTAN TRADISIONAL SELEPAS BERSALIN

 31 Oktober 2020

Selesai kursus urutan tradisional selepas bersalin. Kursus ini dikendalikan oleh CIK RAI bersama bidan yang pakar dalam kaedah urutan selepas bersalin. Pelatih diberi peluang untuk belajar cara urutan yang sebenar dan dipraktikkan dengan kawan masing-masing. Acara penutup dirasmikan oleh YB ZAWAWI dan USTAZAH HAZLINA dengan penyerahan sijil penyertaan kepada para peserta.






SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2020/1442H

 28 Oktober 2020

Salam selawat keatas junjungan nabi Muhammad s.a.w. Pelbagai aktivit yang dijalankan bagi mengimarahkan sambutan kelahiran Rasulullah. Ternyata semua pelatih dan guru pembimbing kreatif. Lukisan dilukis sendiri. Nasyid alunan sendiri. Tahniah semua! Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah:

1) Perarakan selawat
2) Peragaan pakaian
3) Pertandingan sepanduk
4) Pertandingan sepanduk
5) Hafazan AlQuran
6) Gubahan Selawat









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...