Monday, August 17, 2020

CSR Puspanita

11 Ogos 2020

 *CSR BERSAMA PUSPANITA*

Ya Allah, sungguh banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami. Tetapi mungkin kita yang tidak menyedarinya. Kita yang tidak mensyukurinya. Kita yang tidak pernah berpuas hati dengan nikmat itu.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat"
(Ibrahim:7)

Terima kasih diucapkan atas kehadiran para tetamu pada hari ini dari puspanita dengan satu tujuan untuk menyampaikan sumbangan dalam pelbagai bentuk seperti barangan bayi, keperluan dapur, barangan elektrik, keperluan pelatih dan wang tunai..semoga usaha murni ini berterusan dan semoga dibalas dengan kebaikan.🤲











Kunjungan Ustazah Asni

 3 Ogos 2020

*Kunjungan sukarela dari Ustazah Asni Mansor*

Alhamdulilah syukur, Ustazah Asni meluangkan masa untuk berjumpa dengan pelatih darwa dengan memberikan sedikit tazkirah ringkas serta memberi kata-kata motivasi untuk membangkitkan semangat untuk terus kuat dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup. Dengan kata-kata nasihat dan bimbingan yang diberikan oleh beliau itu diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelatih darwa. Syukran Jazilan..👍




Salam AidilAdha dari Perantauan

31 Julai 2020

*Salam Aidiladha dari warga darwa*

Daging dan darah binatang qurban atau hadiah itu tidak sekali2 akan sampai kepada Allah swt, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang2 itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuknya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik2nya) kapda orang2 yang berusaha supaya baik amalnya. (Surah alhajj ayat 37)












Surat Cinta

29 JULAI 2020

*PROGRAM SURAT CINTA UNTUK DARWA (USIM)*

Program ini memberi pendedahan dari aspek teori bacaan al fatihah dan surah-surah pilihan mengikut bacaan Imam Hafs mengikut tariq syatibi. Selain itu, program ini juga mentaddabur serta menghayati tafsiran surah al fatihah dari aspek ketuhanan, kerohanian dan sahsiah diri.




Program Gotong Royong Perdana Keceriaan Darwa

24 Julai

*PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA KECERIAAN DARWA*🌹🌹🌹

Alhamdulilah  selesai aktiviti keceriaan yang dilakukan oleh semua staf darwa dan guru-guru praktikal bersama pelatih. Keceriaan darwa tidak diabaikan untuk menjadikan darwa yang ceria, indah, bersih dan persekitaran yang kondusif. Tujuan program ini dijalankan bagi memastikan setiap warga darwa bekerjasama membersihkan persekitaran darul wardah serta dapat mengeratkan ukhwah antara satu sama lain. Secara tidak langsung dapat memberikan ketenangan dan keindahan serta terapi buat semua pelatih dan staf bertugas. Aktiviti ini dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap ahli kumpulan perlu berganding bahu untuk menceriakan kawasan masing-masing..Terima kasih diucapkan kepada semua staf darwa dan para pelatih yang disayangi..Hanya Allah swt yang mampu membalas segala kebaikan mereka semua.







Ciptaan Kreatif

17 Julai 2020 

Pelatih darwa diberi tugasan untuk mereka cipta satu gubahan coklat mengikut kreativiti ahli kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan dibekalkan dengan pelbagai coklat dan barangan yang terpakai. Ternyata semua pelatih dapat memberi kerjasama yang baik dalam kumpulan serta menunjukkan bakat masing-masing. Kreativiti adalah kemampuan mencipta yang berkaitan mencuba dan didorong oleh motivasi,idea, kesungguhan serta latihan berterusan melalui latihan minda dan pengasahan bakat.

Sesungguhnya Allah swt adalah pencipta yang maha kreatif dalam menciptakan segalanya. Sepertimana manusia juga kreatif menghasilkan sesuatu karya, ia hanyalah penciptaan terhadap unsur-unsur yang telah sedia ada daripada penciptaan Allah swt.






Explorace Game Darwa

11 Julai 2020 

🎊EXPLORACE GAMES DARWA🎊

Kali ini Darwa membuat kelainan dengan memilih aktiviti explorace untuk dijadikan aktiviti riadah bagi pelatih dan bertanding mengikut kumpulan rumah pasukan masing-masing. Aktiviti explorace ini lebih kepada membina team building sesama ahli, menguji kesabaran dan kekuatan mental serta fizikal ahli, membuktikan keazaman dan fokus peserta bahawa, nothing is impossible. Objektif lainnya juga ialah melihat kreativiti, inovasi dan pemikiran kritis pada setiap ahli dan kumpulan. Tugasan yang diberikan oleh fasilitator merupakan gabungan aktiviti yang dipadukan bagi menguji ketahanan dan kreativiti para peserta. Aktiviti explorace ini memerlukan para pemainnya bergerak ke sana dan ke mari bagi menyiapkan aktiviti atau tugasan di setiap check point. Terdapat 8 check point yang diberikan dan perlu diselesaikan oleh semua ahli rumah sukan dengan jayanya.

JUARA bertahan adalah pasukan;

BIRU!!👍🎊
HIJAU
MERAH
KUNING





Pengajian Kitab

10 Julai 2020

Alhamdulilah..terima kasih Ustazah Hazlina meluangkan masa bersama pelatih untuk solat sunat tasbih dan menyampaikan tazkirah ringkas..moga mendapat manfaat untuk mereka semua.

Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“ ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )

Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.




Sumbangan Ehsan Orang Ramai kepada Darwa

Rasulullah SAW menyebutkan bahwa bersedekah adalah bukti kejujuran dan keikhlasan akhlak seorang muslim, seperti di sebutkan dalam hadits di bawah ini :

Abu Malik Al-Harits bin ‘Ashim Al-Asy’ari RA berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Kesucian itu sebagian dari iman, dan kalimat alhamdulillah memenuhi timbangan. Kalimat subhanallah dan alhamdulillah memenuhi ruang yang ada di antara langit dan bumi. Shalat itu cahaya, sedekah itu bukti, sabar itu cerminan, Al-Qur’an itu hujjah yang akan membela atau menuntutmu. Setiap manusia bekerja. Ada yang menjual dirinya, ada yang membebaskan dirinya, dan ada pula yang menghancurkan dirinya.” (HR. Muslim)

Terima kasih kepada semua penyumbang. Moga dimurahkan rezeki.🤲










Bayi-bayi Darwa

Anak-anak sebenarnya dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibarat sehelai kain putih yang suci lagi bersih dari sebarang kekotoran samada zahir ataupun batin, maka menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkan samada untuk membentuknya menjadi insan berjaya ataupun tidak. Anak juga adalah anugerah Allah swt yang terindah, jadi jangan persiakan amanah yang boleh menjadi asbab untuk kamu ke syurga Nya.

Anak yang soleh akan memberi manafaat yang amat besar kepada kedua ibu bapa. Sabda Rasulullah SAW:

Bermaksud:“Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedakah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak yang soleh yang mendoakan.” (Riwayat Imam Muslim)

💗SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2020 DARI BABY DARWA💗


Sumbangan Jariah

15 Mei 2020 

Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).

Alhamdulilah..darul wardah telah menerima sumbangan ikan talapia dari terengganu dan juga juadah berbuka puasa..Terima kasih kepada penyumbang dan moga dimurahkan rezeki..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...