Wednesday, April 22, 2020

Alunan Nasyid oleh Puteri-puteri Darwa

KELAS NASYID MUSIM PKP 2k2k 🤩
Sebenarnya hati ini cinta kepada-Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada-Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan berbunga
Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada-Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada-Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu
Moga kutahu
Syukurku adalah milik-Mu

Alunan Selawat Tafrijiyah oleh Puteri-puteri Darwa

Selawat Tafrijiyah
~~~~~~~~~~~~~
Selawat Tafrijiyah disebut juga Selawat Kamilah atau Selawat Nariyah yang ertinya sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang.

1. Kelebihan selawat ini antaranya adalah :-
2. Melapangkan hati
3. Menghilangkan kesempitan hidup
4. Kehidupan berjalan lancar
5. Memperbaiki hubungan suami isteri
6. Merapatkan hubungan keluarga
7. Memudahkan urusan kehidupan
8. Jauh dari gangguan dan persaingan tidak sihat.
9. Kesudahan mati dalam iman

Pemberian Sumbangan Barangan Keperluan Asas oleh Hamba Allah

15 April 2020 (Rabu)
Alhamdulilah..hari ini tidak putus2 lagi menerima pelbagai sumbangan dalam berbagai bentuk..Terima kasih hamba Allah yang baik hati memberi sarapan pagi untuk darwa. Terima kasih juga pada bos..(ustazah Hazlina) masak makanan tengah hari untuk petugas darwa. Terima kasih pula pada hajah..yang memberi sumbangan makanan kering pada darwa..Semoga semua penyumbang dimurahkan rezeki melimpah ruah..🤲🤲






Alunan Selawat Badar oleh Puteri-puteri Darwa

KEUTAMAAN DAN FADHILAT SELAWAT BADAR
1. Mendapat keselamatan dunia akhirat
2. Mendapat keselamatan dari bala / kecelakaan
3. Mendapat keselamatan dari gangguan manusia, jin, dan sebagai pembenteng diri beserta keluarga dan masyarakat
4. Dapat menghilangkan kesusahan, kesempitan kesedihan dan lainnya. Akan selamat dari usaha jahat manusia dan musuhnya yang akan berbuat jahat padanya
5. Mendapat keselamatan dari bencana alam dan sejenisnya
6. Mendapat ampunan dari Allah swt
Dengan selawat Badar, Insya Allah akan dilapangkan hatinya, rezekinya, dimudahkan segala urusannya serta mendapat keberkatan hidup dengan berkat selawat ahli badar. Dan berdampingan dengan Nabi Muhammad saw di akhirat kelak.

Alunan Selawat Syifa oleh Puteri-puteri Darwa

14 April 2020 (Selasa)
Selawat Syifa
Selawat Syifa biasanya digunakan dalam pengubatan dan kesembuhan penyakit.
Maksudnya:
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang merupakan ubat kepada hati-hati manusia dan penawarnya, kesembuhan bagi badan-badan dan penyembuhnya, cahaya segala penglihatan dan sinarannya, begitu juga selawat ini dilimpahkan ke atas ahli keluarga baginda, para sahabatnya, serta limpahkanlah kesejahteraan ke atas mereka.

Pemberian Sumbangan Nasi Ambeng

13 April 2020 (Isnin)
Syukur Alhamdulilah..semua pelatih dan kakitangan darwa menerima sumbangan nasi "Ambeng" dijadikan juadah berbuka puasa untuk hari ini. Terima kasih diucapkan kepada En. Shahnor atas sumbangan yang diberi.. Semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah seluas lautan, rezeki yang tak pernah berhenti mengalir seperti air zam zam yang tak pernah berhenti mengalir ke seluruh pelusuk dunia.
AMIN YA RABBALALAMIN..🤲🤲

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ “جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا” فَقَدْ أَبْلَغَ فِى الثَّنَاءِ
Maknanya: “Barangsiapa yang diperbuatkan kepadanya kebaikan, lalu ia mengatakan kepada pelakunya: “JazakAllahu khairan” semoga kamu dibalasi ALLAH dengan kebaikan, maka sungguh ia telah benar-benar menyampaikan pujian terima kasih.”

(HR at-Tirmidzi, disahihkan oleh al-Albani)



Pemberian Sumbangan Buah-buahan & Sayur-sayuran

13 April 2020 (Isnin)

Apa-apa sahaja rezeki yang telah dikurniakan Allah kepada kita, keluarkan. Keluarkan di sini bermaksud kongsikan bersama orang lain agar ada berkat di situ. Sebagai contoh, jika rezeki dalam bentuk wang ringgit, amalkan untuk tidak lokek menderma, sedekah, zakat atau infakkan ia ke jalan kebaikan. Berkhidmat untuk komuniti juga amalan baik untuk dapat keberkatan dalam rezeki. Terima kasih diucapkan kepada Yb Zawawi (Adun Sg.Kandis) yang tidak pernah lupa pada pelatih darul wardah dan tidak pernah putus memberi sumbangan kepada darul wardah..JazakAllahu khairan..



Pemberian Sumbangan Barangan Keperluan Asas oleh PECCA GROUP SDN BHD

12 April 2020 (Ahad)

Syukur Alhamdulilah, Darul Wardah dan juga muslimat masjid serta orang awam yang memerlukan telah menerima sumbangan berupa barangan kering seperti beras, sardin, gula dan sebagainya. Terima kasih diucapkan kepada Yb Zawawi dan Ustazah Hazlina mewakili PECCA GROUP SDN BHD memberi sumbangan kepada semua penerima. Semoga Allah swt melimpahkan rezeki seluas langit, rezeki yang berkat, rezeki yang tidak pernah putus seperti air zam zam dan rezeki yang membawa kebaikan.
Amin Ya Rabbalalamin..🤲🤲

Pemberian Sumbangan Face Mask & Hand Sanatizer

10 April 2020 (Jumaat)


Alhamdulilah..pelatih Darul Wardah juga tidak terkecuali menerima sumbangan "mask" dan "hand sanitizer"untuk kegunaan pada musim PKP Covid-19 ini. Sama-samalah kita semua menjaga kebersihan diri dan menggunakan hand sanitizer dengan cara yang betul. Kami semua doakan semoga virus ini cepat berlalu dan memberi kehidupan yang baru kepada kita semua dalam menjalani rutin seharian..Terima kasih kepada pemberi dan semoga dibalas dengan kebaikan.

Tarbiyyah Hati

10 April 2020 (Jumaat)

TARBIYYAH HATI!!

Nantikan live bersama Ustazah Hazlina Abd Razak pada 10 April 2020 (Jumaat) di page darul wardah dengan tajuk "Revolusi Jiwa Tauhid"..Sama-sama kita dengarkan dan semoga memberi manfaat kepada semua yang mendengar..

Pemberian Makanan / Lauk oleh Hamba Allah

9 April 2020 (Khamis)

Antara nama Allah SWT yang mesti kita beriman dengannya ialah Ar-Razzaq. Nama itu merujuk kepada Allah SWT yang banyak memberi rezeki kepada hamba-Nya. Makna dan kelebihan Ar-Razzaq tidak dapat ditandingi setiap daripada makhluk-Nya. Dialah berkuasa mengurniakan rezeki kepada setiap makhluk-Nya.

Terima kasih diucapkan kepada Yb Zawawi, Ustazah Hazlina dan Pn.Aziana. Semoga dimurahkan rezeki untuk semua.





Pemberian Sumbangan Lauk Buka Puasa


9 April 2020. (Khamis)

Alhamdulilah syukur..rezeki untuk pelatih tidak pernah putus..selalu ada insan yang mengingati anak-anak darul wardah. Terima kasih diucapkan pd Pn.Y..waris kepada salah seorang pelatih yang memberi sumbangan lauk untuk berbuka puasa pada hari ini. Semoga Allah swt membalas dengan kebaikan..Aamin.



Alunan 20 Sifat Wajib Allah oleh Puteri-puteri Darwa

9 April 2020 (Khamis)

20 sifat wajib Allah yang wajib kita ketahui.
1) Wujud artinya Ada
2) Qidam artinya Dahulu
3) Baqa’ artinya Kekal

4) Mukhallafatu lil Hawaditsi artinya Berbeza dari Semua Makhluk
5) Qiyamuhu Binafsihi artinya Berdiri Sendiri
6) Wahdaniyah artinya Esa
7) Qudrat artinya Maha Kuasa
8) Iradat artinya Berkehendak
9) Ilmu Maha Mengetahui
10) Hayat artinya Hidup
11) Sama’ artinya Mendengar
12) Bashar artinya Melihat
13) Kalam artinya Berfirman
14) Qadiran artinya Mahakuasa
15) Muridan artinya Maha Berkehendak
16) ‘Aliman artinya Maha Mengetahui
17) Hayyan artinya Maha Hidup
18) Sami’an artinya Maha Mendengar
19) Bashiran artinya Maha Melihat
20) Mutakalliman artinya Maha Berkata-kata


2. Sifat Mustahil Bagi Allah
Sifat mustahil bagi Allah adalah sifat yang tidak layak dan tidak mungkin ada pada Allah Sifat-sifat mustahil ini merupakan kebalikan dari sifat wajib bagi Allah sehingga jumlahnya sama. Sifat-sifat mustahil bagi Allah adalah sebagai berikut.

1) ‘Adam artinya tidak ada
2) Huduts artinya baru atau permulaan
3) Fana artinya binasa atau rosak
4) Mumatsalatu lil Hawaditsi artinya menyerupai yang baru
5) Ihtiyaju li ghairihi artinya membutuhkan sesuatu selain dirinya
6) Ta’adud artinya berbilang lebih dari satu
7) ‘Ajzun artinya lemah
8) Karahah artinya terpaksa
9) Jahlun artinya bodoh
10) Mautun artinya mati
11) Shamamun artinya tuli
12) ‘Umyun artinya buta
13) Bukmun artinya bisu
14) ‘Ajizan artinya Mahalemah
15) Mukrahan artinya Maha terpaksa
16) Jahilan artinya Mahabodoh
17) Mayyitan artinya Mahamati
18) Ashamma artinya Mahatuli
19) A’ma artinya Mahabuta
20) Abkama artinya Mahabisu

Allahuma sholi 'ala sayidina Muhammad nabiyil umiyi wa 'alihi wa shohbihi wa salim

Pemberian Sumbangan oleh Alumni Darwa


7 April 2020 (Rabu)

Alhamdulilah syukur..terima kasih diucapkan pada alumni darwa cik N dan cik S kerana sudi menyumbang makan tengah hari untuk semua pelatih darwa. Semoga saudari berdua dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dalam rahmatNya.




Kelas Pembuatan Roti dan Nasi Beriani



3 April 2020 (Jumaat)

Alhamdulilah..semua pelatih DARWA diberi peluang untuk belajar membuat roti dan nasi beriani dengan hasil air tangan sendiri.Terima kasih cikgu fiza & cikgu shila berkongsi ilmu cara membuat roti yang sedap dan gebu..Ilmu yang diberikan ini akan kami manfaatkan sebaik mungkin.




Perkongsian Resepi oleh Ustazah Hazlina


2 April 2020 (Khamis)

REZEKI akan melimpah jika dibahagi, ILMU akan bertambah jika dikongsi, KASIH SAYANG akan bercambah jika diberi..Syukran Jazilan Ustazah Hazlina. Semoga dimurahkan REZEKI..

Alunan Asmaul Husna daripada Puteri-puteri Darwa

2 April 2020 (Khamis)

Alunan Asmaul Husna daripada pelatih DARWA dijadikan rutin harian kelas mereka....
Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.
Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil.” – Sahih Bukhari

Pemberian Sumbangan Ubi Kayu, Pisang Tanduk & Roti

31 Mac 2020 (Selasa)

Alhamdulilah rezeki Allah itu luas, kita sebagai hamba Allah nikmatilah dengan kesyukuran..hari ni dapat ubi kayu, pisang tanduk dan roti..kepada pemberi, semoga Allah membalas dengan kebaikan.Aamin..



Pengedaran Makanan Percuma

27 Mac 2020 (Jumaat)


Hari ke-2, KAMI PRIHATIN!!..Darwa bantu mengedarkan makanan PERCUMA secara drive thru kepada golongan yang memerlukan. Kali ini bagi Lrg Haji Yusof dan Lrg Haji Kasim Jalan Kebun..Terima kasih kepada para penyumbang iaitu INSAF, PEJABAT DUN SG KANDIS DAN YAYASAN FOODBANK MALAYSIA..






Penerimaan Sumbangan Roti Gadenia

26 Mac 2020 (Khamis)

Tatkala semua orang sibuk mencari roti gardenia..hari ini 26 Mac 2020..Pn. Zarina telah memberi sumbangan roti ini kepada semua pelatih darul wardah..Alhamdulilah syukur selalu..Jazakallahu khairan..semoga Allah swt membalas dengan kebaikan.



Rezeki Sayur Bayam dari Hamba Allah untuk Semua Masyarakat

26 Mac 2020 (Khamis)

Alhamdulilah rezeki lagi untuk anak2 DARWA menerima sayur bayam dari hamba Allah dan kami berkongsi rezeki ini dengan orang-orang yang memerlukan..Semoga dimurahkan rezeki.




Sumbangan Makanan Percuma oleh INSAF untuk rakyat Jalan Kebun

26 Mac 2020 (Khamis)

Darul Wardah bantu mengedarkan makanan tengah hari secara PERCUMA yang disumbangkan oleh pihak INSAF kepada penduduk Lorong Hj Taib dan lorong Hj Mughni jalan kebun secara drive thru..




Sumbangan Makanan Tengah Hari daripada Hamba Allah

26 Mac 2020 (Khamis)

Alhamdulilah syukur kepada Allah swt ada pihak yang memberi sumbangan makanan tengah hari kepada semua pelatih darul wardah sepanjang tempoh PKP COVID-19 ini..semoga Allah swt membalas dengan kebaikan dan semoga Allah swt akan memberi ganjaran dengan balasan yang terbaik.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...