Monday, December 17, 2018

SIRI 3 LAWATAN FMS




13 Disember 2018


Siri 3: Lawatan FMS ke Darul Wardah. Kali ini dengan tajuk proses kelahiran, teknik penyusuan bayi (breastfeeding) dan obstetric psychiatry. Disampaikan oleh pegawai-pegawai perubatan dan jururawat daerah Klang. Alhamdulillah perkongsian dan tips yang sangat diperlukan oleh pelatih-pelatih kami disini. Terima kasih diucapkan di atas ruang dan masa yang diluangkan untuk kami disini. Moga peroleh kebaikan.










Friday, November 30, 2018

RABIUL AWAL BULAN KELAHIRAN NABI


Darul Wardah mengisi bulan Rabiul Awal ini dengan aktiviti yang dapat memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Diadakan juga pertandingan membina poster, bercerita kisah nabi, sajak kisah nabi, hafazan ayat al -Quran dan juga pertandingan nasyid. Semoga dapat terus mencintai dan meneladani Rasulullah SAW.


Pertandingan membina poster






Pertandingan Hafazan

Pertandingan Bercerita




Pertandingan Nasyid



AL- FATIHAH BERSANAD




26.11.2018 ( Isnin)

🕌 Program Al-Fatihah Bersanad
Sheikh Jahaf Al Yamani, 
Keluarga Ribat Al Quran di Masjid Al - Muhsinin Kg Sg Kandis.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan tazkirah dari Sheikh Jahaf Al Yamani.
Kemudian bermulanya Pengijazahan /Sanad dari keluarga Ribat Al Quran. Pada akhirnya ditutupi dengan penyampaian sijil Sanad dan cenderahati kepada semua peserta. Alhamdulillah pelatih-pelatih Darul Wardah kesemuanya dapat menghadiri program ini. Moga menjadi bekalan sehingga akhirnya.









Wednesday, November 21, 2018

SALAM MAULIDUR RASUL 1440H

Darul Wardah menyertai perarakan Maulidur Rasul di Masjid An-Naim Jalan Kebun anjuran Lajnah Muslimat Masjid An-Naim. Alhamdulillah mendapat naib johan pertandingan perarakan dan sepanduk.

Salam Maulidur Rasul 1440H. Menyantuni Ummah Membawa Rahmat.







Monday, November 12, 2018

LAWATAN DARI PUTRAJAYA

10 Oktober 2018

Menerima lawatan daripada Perkhidmatan Kesihatan Remaja Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18, Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18 dan juga Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Putrajaya. Mereka turut melakukan aktiviti gotong royong bersama warga DARWA dan memberi sumbangan berupa makanan mentah. Berkesempatan juga mereka memeriksa kesihatan pelatih dan bayi disini. Alf syukran kami ucapkan atas sumbangan dan kesudian bersama kami disini. Moga ukhuwah berkekalan.










Friday, November 9, 2018

PROGRAM PEMBENTUKAN & PEMANTAPAN KONSEP KENDIRI REMAJA



5-6 November 2018
Darul Wardah menghadiri Program Pembentukan dan Pemantapan Konsep Kendiri Remaja di Hotel De Palma Shah Alam. Program 2 hari 1 malam ini melibatkan 6 buah Rumah Pemulihan Ar-Riqab Negeri Selangor. Program diisi sepenuhnya dengan pelbagai perkongsian dan terapi yang bermanfaat untuk proses pemulihan para pelatih. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar hinga ke akhirnya. Moga pulang dengan semangat baru. InsyaAllah.



Thursday, November 8, 2018

DI BAWAH LANGIT YANG SAMA

3 November 2018


Program Khidmat Masyarakat "Di Bawah Langit Yang Sama" daripada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris bersama pelatih Darul Wardah. Tahniah, syabas dan terima kasih diucapkan atas usaha murni ini.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...