29 JUN 2013
DARUL
WARDAH buat pertama kalinya telah mengadakan taklimat khas untuk ibu bapa
kepada penghuni berikutan beberapa perubahan dan pembaharuan yang telah dibuat
oleh pihak pengurusan DARUL WARDAH bagi penambahbaikkan dari segi pentadbiran
dan pengurusan.
Taklimat
juga diadakan untuk menerangkan kepada ibu bapa beberapa prosedur baharu pihak
Hospital dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) serta maklumat terkini
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Di samping
itu juga Ustazah Hazlina selaku Pengerusi Darul Wardah telah memberi penerangan
semula tentang misi dan matlamat penubuhan Rumah Perlindungan dan Pemulihan
Wanita Darul Wardah (DARWA) kepada semua yang hadir dan memberi peluang kepada
ibu bapa untuk mendapat maklumat dan penjelasan bagi sebarang persoalan
mengenai DARUL WARDAH.
Kami amat
mengharapkan kerjasama dan sokongan penuh daripada pihak ibu bapa untuk
mencapai sasaran kami terhadap setiap penghuni. Alhamdulillah, pertemuan pada
hari tersebut telah memberi hasil yang
sangat baik kepada kedua-dua belah pihak. Keterbukaan kedua-dua belah pihak
memberi kelapangan untuk semua perkara. Semoga kerjasama dan doa daripada semua
pihak dapat mencentuskan semangat bukan hanya kepada kami di DARUL WARDAH
malahan kepada ibu bapa serta penghuni sendiri untuk berubah menjadi insan yang
lebih baik untuk masa akan datang.
InshaAllah,
pertemuaan seperti ini akan diadakan secara berkala untuk mengukuhkan ukhwah di
kalangan ibu bapa, penghuni dan pihak pengurusan DARUL WARDAH selain untuk
mempertingkatkan pentadbiran DARUL WARDAH sendiri. Ucapan ribuan terima kasih
kepada semua hadirin sekalian.
KASIH
DIPAUT, MAHABBAH DIPUPUK