Thursday, December 8, 2011

ADUAN KES ANAK TAK SAF TARAF TERUS MENINGKAT

8.12.11 - Seorang ahli kariah yang berjiran dengan seorang wanita beranak tiga yang masih kecil mengadu, ia merasa simpati kerana suami wanita itu telah dipenjara kerana sebab yang tidak jelas. Dia tidak bekerja kerana ana-anaknya masih kecil dan tidak mampu untuk kos penjagaan.

Apabila ana minta dokumen anak untuk urusan persekolahan ternyata kedua-dua surat beranaknya tidak tercatat nama bapa. Jelas bapa tidak diketahui. Jadi, anak siapakah mereka? tetapi ada dokumen lain yang menyatakan mereka telah menikah diJawa Timur, Indonesia. Mungkin ia tak sempat nak daftarkan di pejabat agama kerana masalah yang kurang jelas.

Kami hanya mampu memberikan pandangan dan nasihat sahaja kerana keupayaan kami sangat terbatas terutama untuk kes-kes yang terlalu rumit.

Friday, December 2, 2011

100 Remaja Bergotong Royong di Darwa


27.11.11 , Ahad ; Seramai 100 orang Remaja lelaki dan perempuan telah datang berkunjung berbasikal dari Kuala Langat ke Darul Wardah. Mereka diketuai oleh Sdr Raden Imaduddin bin Raden Abdul Halim, YDP ABIM Kuala Langat.

Kami Di Selangorku Medicare



Darul Wardah Selangor dijemput untuk terlibat sama dalam Program Selangorku Medicare di Padang Rakyat, Jalan Kebun. Pihak DarWa akan berada disana dari 2-3 Disember 2011 di ruang pameran NGO. Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan khidmat kami, sila berhubung dengan petugas dan sukarelawan kami di sana.

Jom kita datang ke Program ni kerana banyak acara menarik diadakan.

Thursday, December 1, 2011

JUMLAH ANAK LUAR NIKAH TERUS NAIK MENCANAK

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masarakat mengumumkan bahawa jumlah anak luar nikah yang didaftarkan di Malaysia ialah 152,182 orang sejak 2008-2010!

Ini bermakna kenaikan mendadak yang luar biasa sekali kerana data ini pastinya tidak termasuk yang menggugurkan anak dan beranak di Indonesia dan Thailand.

Nampaknya Kementerian ini telah gagal dalam menangani masalah keruntuhan akhlak remaja kita. Program yang dijalankan bersifat sekular dan kurang penekanan kerohanian.

Bayangkan, kempen pencegahan HIV dan AIDS dengan mengedarkan kondom percuma kepada pelacur dan pelanggan dengan slogan : Sex selamat. bukan sex yang halal! ...Gil@...

Sudahnya yang buat duit dan kaya-raya ialah peniaga2 kapitalis yang materialis!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...