Friday, August 10, 2012

Anak yatim~gembirakan lah mereka.

http://www.youtube.com/watch?v=seyrQaeckPY


Hati ini sangat-sangat tersentuh apabila menonton video ini. Menangis sambil mengenangkan Lokman [11 tahun], si anak muallaf yang yatim; tiada bapa cuma ada ibu yang kurang upaya. Hidupnya sejak beberapa tahun ini, hanya di Institut Taufiq Islami [sekolah anak2 muallaf dan yatim miskin]. Pada hujung minggu, kawan-kawannya akan pulang ke pangkuan keluarga, tapi dia hanya di asrama.


2 malam lepas, selepas habis iftar di DARWA dan sebelum dihantar pulang ke asrama, dia berkata kepada saya; "Ustazah, sabtu ahad ni saya datang sini [DARWA] boleh?", dia bertanya dengan mata yang penuh harapan. Ini permintaannya yang entah ke berapa kali. Diri ini amat serba salah kerana saya tahu, dia rindukan suasana keluarga, dan mahu seperti kawan-kawannya yang lain; ada RUMAH UNTUK PULANG."Lokman, minta maaf.. tak boleh, kat sini semuanya perempuan.. takde lelaki."


Saya hampakan permintaan dia sekali lagi. ALLAHU.. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa remuk rendamnya hati ini kerana tidak dapat menunaikan permintaannya.







* Untuk tebus kecewanya yang ini, inshallah, saya sudah rancang dengan staf lain, selepas raya nanti kami akan bawa dia dan kawan-kawannya berjalan-jalan di mana-mana tempat. Inshallah, inshallah... moga-moga ALLAH Taala kurniakan kami ruang waktu yang sebaiknya.




*Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam itu anak yatim dan memuliakan anak yatim.



azmiza
DARWA




"Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya." (Adh-Dhuha: 9-11)



Tabung Dana Pembangunan DARUL WARDAH [DARWA]; Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita.




TUJUAN TABUNG


Untuk makluman, DARWA hanya menyewa di Rumah 8 dan Rumah 101 yg ada sekarang, di Jalan Kebun, Shah Alam. 

Justeru, kutipan dana amat-amat diperlukan bagi menampung kos barangan dapur, bil elektik, bil air, sewa rumah, kelas pengajian, program dan membaik pulih infrastruktur kediaman darul wardah untuk keselesaan penghuni darul wardah. 

2 buah rumah yg disewa sekarang boleh memuatkan, maksimum 23 orang.


APA KES-KES YANG DITANGANI DI DARWA?


3 kategori kes yg diterima dan diuruskan oleh DARWA,
 1- Kes Mengandung Luar Nikah [Zina, sumbang mahram, rogol]
 2- Kes Masalah Sosial (Akhlak dan zina)


BAGAIMANA MAHU MENYUMBANG?

Akaun Bank Rakyat ; PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH SELANGOR


[No. akaun; 110 244 2441]



sila emailkan; 
- nama, 
- jumlah, 
- masa bank in, 
- alamat, 
- no telefon
- tujuan: Tabung Dana Pembangunan DARWA.

ke: darulwardah@gmail.com
untuk dapatkan resit pengecualian cukai.

Jazakumullahukhairan kathira

ALLAH Taala lah sebaik-baik Pemberi Ganjaran~





Nur Khairul Nisha Bt Roslan 
Pengurus 
Darul Wardah [DARWA]



[sila war-warkan]

*DARWA berdaftar dengan unit Arriqab, Majlis Agama Islam Selangor.
*juga merupakan agensi di bawah ROS dan JKM.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...