Friday, July 2, 2021

Perkongsian Atas Talian Ustazah Hazlina

 19 Jun 2021 (Sabtu)

Ustazah Hazlina mengajak ibu bapa pelajar sekolah bagi mendengar perkongsian bermanfaat tentang ilmu keibubapaan. Cabaran anak muda yang terlibat dalam pembelajaran pdpr sangat menguji gaya didikan dan asuhan ibu bapa dirumah. 



Rezeki dari Allah Taala

 15 Jun 2021 (Selasa)

Alhamdulillah rezeki selalu ada untuk para pelatih. Terima kasih kepada semua penyumbang dan semoga Allah membalas jasa baik kalian dengan kebaikan:

1) Tuan Hj Khairi atas sumbangan beras,
2) Semboyan Malaysia atas sumbangan keperluan dapur dan bayi serta tidak lupa
3) Pn Rohaidah atas Sumbangan telekung dan beg bayi









BACAAN YASIN & TADABUR QURAN JUZ AMMA

 12 Jun 2021 (Sabtu)

Muslimat masjid AnNaim Jalan Kebun telah menjayakan Program Usrah bersama Ustazah Hazlina melalui aplikasi Google Meet. Antara tentatif program adalah:

- 7.20 am : Kehadiran ahli

- 7.30 am : Mulai bacaan Yasin dan Tadabur Juz Amma

- 9.00 am : Tamat



Friday, May 21, 2021

MAJLIS KHATAM ALQURAN DARWA 2021

 5 Mei 2021 (Rabu)

Alhamdulillah syukur pada Allah semua pelatih dapat menghabiskan 30 juzuk alQuran dalam masa sebulan di bulan Ramadhan ini. Membaca AlQuran merupakan satu ibadah yang sangat besar ganjarannya disisi Allah.

AlQuran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW yang diikuti dan dipatuhi. Tanpa alQuran manusia akan hilang pedoman dan berlakulah kerosakan yang amat dahsyat di atas muka bumi.









REZEKI RAMADHAN

 5 Mei 2021 (Rabu)

Rezeki kerana bersyukur. Kita hendaklah bersyukur dengan apa yang dilimpah oleh Allah sebelum kehilangan kesemuanya. Firman Allah dalam AlQuran bermaksud: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah nikmat kepadamu" (Surah Ibrahim ayat 7)

Terima kasih kami ucapkan,
Kerana Tuan Puan selalu membantu,
Jasa dan baktu menjadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.















PHOTOSHOOT & RAKAMAN SINAR SYAWAL 2021

 3 Mei 2021 (Isnin)

Wakil wartawan dari Bernama TV dan Media Selangor telah berkunjung ke darwa untuk tujuan penggambaran dan rakaman anak-anak darwa sepanjang bulan ramadhan sempena hari Nuzul Quran dan persiapan yang dibuat untuk sambutan Aidilfitri. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan izin Allah










TADARUS ALQURAN DI MASJID ANNAIM JALAN KEBUN

 29 April 2021 (Khamis)

Alhamdulillah syukur pelatih darwa berpeluang tadarus bersama dengan muslimat masjid AnNaim. Setiap kumpulan terdapat seorang penyemak yang boleh menegur bacaan tajwid pelatih kami. Pada sebelah pagi, pelatih mengikuti tadarus AlQuran di masjid AnNaim manakala sebelah petang pula mengikuti majlis tadarus dan khatam AlQuran yang dianjurkan oleh pihak MAIS. Semoga semua mendapat keberkahan di bulan Ramadhan ini.













Friday, April 30, 2021

SANTUN RAMADHAN YTL CONSTRUCTION

 27 April 2021 (Selasa)

Alhamdulillah terima kasih kepada YTL Construction atas kesudian hadir ke darwa. Program ini merupakan satu usaha kebajikan bagi menyantuni wanita yang kurang bernasib baik, perkongsian tentang pengalaman hidup dan peluang kedua. 

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada pihak YTL Construction yang diwakili oleh Pn Natasha Zulkifli (Pengarah Pihak Berkepentingan & Komunikasi Strategi), Pn Roslita Aida Rahim (Ketua Bahagian Latihan & Pembangunan Pekerja YTL Construstion), Pn Nina Jamil (Pengurus Komunikasi) dan Pn Iylia Izani (Pegawai Komunikasi)

Jazakallah Khairan

















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...