Monday, June 4, 2018

SUMBANGAN UNTUK DARWA




2 Jun 2018 
Sabtu
Alhamdulilah..tidak putus-putus Pelatih DARWA menerima sumbangan di bulan mulia ini. Hari ini pelatih menerima sumbangan dalam bentuk keperluan asas makanan,barangan bayi,alatan pembelajaran, pakaian dan juga perubatan daripada team Cik Fatihah dan artis Arja Lee. Jutaan terima kasih diucapkan di atas segala sumbangan yang telah diberikan. Akan dimanfaatkan sepenuhnya disini. Syukur alhamdulillah.








Wednesday, May 30, 2018

SINGGAH SAHUR




29 April 2018
4.00 a.m


Darul Wardah dikunjungi oleh Rumah Puteri Arafiah untuk Program Singgah Sahur dari mereka. Menyantuni pelatih dan kakitangan Darul Wardah dengan membawa menu nasi dan sup ayam untuk bersahur bersama-sama. Bersesuaian dengan objektif program mereka iaitu memupuk rasa kasih sayang di antara umat islam, disamping bersyukur di atas nikmat yang dimiliki. Alf syukran diucapkan kepada pihak Rumah Puteri Arafiah di atas kunjungan ini. Moga sama-sama terus diberkati. 🌹







Monday, May 28, 2018

MAJLIS IFTAR BERSAMA ABLEACE



26 Mei 2018

Alhamdulillah. Sabtu yang lepas, selesainya Majlis Iftar bersama Ableace diwakili oleh Puan Hanim, Encik Mizi dan Encik Haikal. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Ableace atas sumbangan hidangan berbuka puasa yang menyelerakan serta sumbangan hamper untuk pelatih. Semoga Syarikat Ableace terus maju dan dimewahkan rezeki, InsyaAllah. 😊



Ustaz Zawawi membacakan doa sebelum berbuka

Puan Hanim, wakil Ableace memberikan sedikit ucapan

Penyerahan hamper kepada Ustaz Zawawi

Penyerahan hamper kepada wakil Ableace

Penyerahan hamper kepada wakil Ableace

Buah tangan dari Darul Wardah kepada Ableace

Penyerahan hamper dari Ableace kepada Ustazah Hazlina


Puan Hanim wakil Ableace bersama Ustazah Hazlina, Staff Pengurusan Darul Wardah, Puan Hazlina & Puan Zulhazlina serta pelatih DARWA

MAJLIS TADARUS PERDANA



26 Mei 2018 ( Sabtu)


Darul Wardah berpeluang menghadiri Majlis Tadarus Perdana anjuran Program Muslimat Masjid An-Naim Jalan Kebun. 
Sejurus selepas program, Helwa ABIM Shah Alam dengan kerjasama Muslimat Masjid An-Naim turut menyampaikan sumbangan berbentuk telekung kepada keluarga memerlukan sekitar Jalan Kebun Shah Alam. Tahniah diucapkan atas usaha murni ini. Semoga besar nilainya di akhirat kelak. InsyaAllah





Thursday, May 24, 2018

BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT



☘️BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT☘️

Jangan mulakan untuk berbohong kerana apabila kita melakukan pembohongan peratusan untuk mengulanginya adalah tinggi. Ikhlaslah menjadi diri sendiri dan katakanlah yang benar agar hidup dilimpahi ketenangan dan keamanan.


Wednesday, May 23, 2018

SENYUM DAN UCAPKAN ALHAMDULILLAH



SENYUM DAN UCAPKAN ALHAMDULILLAH


Jika kita mampu bersyukur dengan apa yang kita ada, kita tidak akan risau dengan apa yang bukan milik kita. Kebahagiaan tidak akan datang kepada mereka yang tidak menghargai apa yang dimiliki. Jangan tunggu bahagia baru bersyukur. Bersyukurlah. Anda pasti akan bahagia.


" Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya akan Kutambah nikmat-Ku kepadamu" 
( Surah Ibrahim ayat 7)


Alhamdulillah, masih diberi peluang menikmati Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah. Salam Ramadhan ke-7.


Monday, May 21, 2018

GURU DIPERLUKAN

Askm wrt wbt
PENTING & SEGERA
⏰⏰⏰⏰⏰⏰⏰⏰
GURU TUISYEN
~SEJARAH 
~PSI-Syariah Islamiyyah 
DIPERLUKAN SEGERA..

-masa mengajar :2 jam /kelas 
- Dua Kali sebulan 
- Masa : 8.00-10.00 Mlm

---LOKASI--------

Maahad Tahfiz Al fateh jalan kebun

* LORONG ABDULLAH, SEKSYEN 30 JALAN KEBUN,SHAH ALAM,SELANGOR*

Info lanjut :-
019 3339871 
013 2364175

Tarikh iklan :
20 Mei 2018

GURU TAHFIZ DIPERLUKAN

PENTING & SEGERA

Tarikh iklan :
20 Mei 2018

Askm wrt wbt
*GURU TAHFIZ DIPERLUKAN *
~~~~~
Kami sedang mencari seorang guru Tahfiz lelaki  

-Bujang 
- tahu aplikasi Komputer
-lesen memandu 
diutamakan
-rumah disediakan 
-kwsp dan socso 
----

Maahad Tahfiz Al fateh Jalan kebun Shah Alam

Admin  : 
Call /whatsapp
019 3339871

#tularkan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...