Tuesday, September 29, 2015

KUNJUNGAN DARIPADA PELAJAR KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR (KTT) KE DARUL WARDAH



15 September 2015, Darul Wardah menerima kunjungan dari pelajar Kolej Teknologi Timur (KTT). Mereka merupakan pelajar yang mengambil program Diploma Pembangunan Manusia kerjasama antara KTT dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tujuan mereka datang ke Darul Wardah adalah untuk menjalankan kajian kerja sosial untuk badan bukan kerajaan/NGO. Fokus kajian mereka adalah menemubual pihak pengurusan Darul Wardah bagi mendapatkan beberapa maklumat berkaitan Darul Wardah.



*Pelajar KTT yang hadir menjalankan tugasan mereka


*Pengurus Darul Wardah, Cik Ashikin yang menjadi individu yang ditemuramah


*Bergambar kenangan setelah sesi temubual berakhir

Semoga mereka mendapat manfaat daripada perkongsian dan pertemuan ini dan kami di Darul Wardah mengalu-alukan sebarang kajian yang bertepatan dengan tempat kami. Namun terdapat beberapa syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh pengkaji atau para pelajar yang mahu melakukan kajian atau lawatan ke Darul Wardah.



Monday, September 28, 2015

EIDUL ADHA 2015 DI DARUL WARDAH




Assalamualaikum wbt

Kami kembali semula bertugas setelah bercuti Hari Raya Eidul Adha. Alhamdulillah thumma alhamdulillah... J

Eidul Adha pada tahun ini jatuh pada tanggal 24 September bertepatan dengan 10 Dzulhijjah 1436 H. Semoga Eidu Adha ini mampu menjadi penghubung dan mempereratkan tali silaturahim antara sesama muslim yang menjunjung tinggi nila-nilai persaudaraan.

Pada tahun ini, pelatih Darul Wardah merayakan Eidul Adha beramai-ramai di Darul Wardah. Solat sunat hari raya dan khutbah raya disampaikan sendiri oleh Ustazah Hazlina dan khutbah yang disampaikan bertajuk Erti Pengorbanan.

Sesungguhnya, sebagai seorang yang beragama Islam, sepatutnya kita mengambil ibrah daripada kisah pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s yang sanggup mengorbankan apa sahaja kerana Allah s.w.t. Belajarlah dari Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan anaknya dan jadilah seperti Ismail yang ikhlas menerima kehendak Allah. Pengorbanan dan keikhlasan adalah simbolik dari Eidul Adha.


*Khutbah raya yang disampaikan oleh Ustazah Hazlina

*Pelatih Darul Wardah khusyuk mendengar kutbah raya dari Ustazah Hazlina

*Bergambar kenangan di pagi raya


Selesai menunaikan Solat Sunat Hari Raya, pelatih berkesempatan untuk bersama-sama meraikan Aidil Adha di Surau al Fateh. Di sana, 5 ekor lembu dikorbankan untuk Eidul Adha pada hari ini. 


*Antara lembu yang telah selamat dikorbankan

*Orang ramai yang turut membantu melakukan ibadah korban 

*Ustazah Hazlina juga turun padang memasak daging korban



*Pembahagian daging korban... 

Ya Allah, jadikanlah setiap helaan nafas kami sebagai bukti cinta kepadaMu dan pengorbanan kami sebagai bukti kami mendekatiMu.

“Belajarlah dari masa lalu dan hiduplah untuk masa depan, jika masa lalu penuh dengan kesalahan maka perbaikilah dengan memaafkan sebelum ada yang meminta."

Selamat hari raya Eidul Adha..




Wednesday, September 23, 2015

SALAM EID AL ADHA




HUBUNGI KAMI



HARI DAN WAKTU URUSAN        

ISNIN HINGGA JUMAAT

8.30 pagi hingga 5.30 petang

Semua urusan hanyalah pada waktu pejabat sahaja. Kerjasama anda amatlah kami hargai.



HUBUNGI PEJABAT PENGURUSAN:

      
PN. NISHA
Pengurus Darul Wardah 
018-901 4074 
(Untuk proses kemasukan, pendaftaran, dan sumbangan)


PN. BAIZURA
Kaunselor Darul Wardah
013-679 2487 
(Untuk urusan program, kerja kursus & khidmat pertanyaan darul wardah)


EMAIL

darulwardah@gmail.com




PERHATIAN:-

Sila hubungi pihak kami dahulu untuk sebarang urusan dan temujanji. Anda dinasihatkan untuk tidak terus ke alamat Darul Wardah bagi mengelakkan sebarang kesulitan semua pihak. Kerjasama anda amat kami hargai.

Terima kasih


SYARAT KEMASUKAN PELATIH KE DARUL WARDAH

Bagi mereka yang ingin memohon untuk kemasukan atau mendaftarkan anak jagaan ke Darul Wardah, syarat-syarat dan perkara-perkara berikut perlu di ambil perhatian:-

1.      
Kes zina, masalah akhlak dan sosial serta mengandung tanpa nikah sahaja yang akan berada di Darul Wardah untuk proses pemulihan dan tarbiah. 

2.      
Darul Wardah BUKAN tempat untuk menyelesaikan masalah bagi mereka yang mengandung dan melahirkan anak tanpa nikah semata-mata. 

3.      
Tujuan utama adalah ikhlas bertaubat kerana Allah SWT, menyesal dan ingin berubah menjadi muslimah yang lebih baik, bersedia untuk belajar dengan bersungguh-sungguh, sanggup menerima teguran dan nasihat dan rela hati untuk berada di Darul Wardah tanpa paksaan daripada sesiapa. 

4.      
Tempoh pemulihan adalah selama SATU (1) TAHUN HINGGA DUA (2) TAHUN. (Tiada sebarang rundingan dan budi bicara untuk tempoh kurang daripada satu (1) tahun).

5.      
Pelatih, ibu bapa atau waris mesti menghormati dan mematuhi peraturan dan undang-undang Darul Wardah;

6.      
Ibu bapa dan waris boleh bekerjasama baik dan menyokong usaha dakwah Islamiyah Darul Wardah untuk mentarbiah pelatih.

7.      
Kami tidak membuat sebarang prosedur pengangkatan bayi di Darul Wardah. Bayi pelatih adalah hak mutlak pelatih dan ibu bapa atau waris pelatih. Tiada sebarang dokumen atau akuan pengangkatan yang perlu ditandatangani pelatih atau ibu bapa dan waris berkaitan dengan bayi yang bakal dilahirkan ketika pendaftaran masuk. Sekiranya pelatih, ibu bapa atau waris ingin membuat pengangkatan bayi, prosedur tersebut perlu diuruskan oleh ibu bapa atau waris pelatih sendiri tanpa penglibatan pihak Darul Wardah atau pengangkatan boleh dibuat selepas pelatih menamatkan tempoh pemulihan satu tahun.

8.      
Pelatih mesti di hantar oleh ibu bapa atau waris yang sah sahaja.

9.      
Pelatih boleh menguruskan diri sendiri dan boleh menerima arahan dengan baik.

10.             
Pengambilan pelatih adalah terhad mengikut kekosongan tempat.
11.             
Pihak pengurusan yang akan menentukan sepenuhnya kelayakan seseorang pelatih untuk berada di Darul Wardah.

12.             
Perlu menyediakan SEMUA dokumen seperti berikut:

o   Laporan polis atas nama pelatih (18 tahun ke atas) atau atas nama ibu bapa/waris (bawah 18 tahun) menyatakan “ingin mendaftar masuk ke Darul Wardah dengan rela hati tanpa paksaan daripada sesiapa”;
o   Keputusan ujian kehamilan daripada mana-mana klinik kesihatan atau buku kesihatan ibu mengandung daripada klinik kerajaan (bayi dalam kandungan mesti berusia kurang daripada enam bulan);  
o   Keputusan “scan ultra sound” bayi;
o   Keputusan saringan HIV (ujian darah);
o   Satu (1) salinan kad pengenalan pelatih;
o   Satu (1) salinan kad pengenalan ibu bapa atau waris;
o   Dua (2) keping gambar berukuran pasport pelatih; dan
o   Yuran Pendaftaran dan bulanan


 **Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan.


SENARAI SEMAK BARANG KEPERLUAN PELATIH KETIKA KEBERADAAN DI DARUL WARDAH


          1.            Bantal
          2.            Cadar
          3.            Selimut
          4.            Baldi & penyangkut baju
          5.            Barang keperluan mandi dan membasuh pakaian
          6.            Baju muslimah untuk riadah/santai
          7.            Tudung (labuh melebihi paras dada)
          8.            Baju kurung atau jubah untuk menghadiri kelas
          9.            Telekung solat
     10.            Al-Quran Tafsir 
     11.            Stokin atau sarung kaki
     12.            Kasut bersarung warna hitam
     13.            Jam loceng
     14.            Buku nota dan alat tulis
     15.            Makanan tambahan untuk keperluan peribadi (cth: biskut/milo/nestum/susu/roti) (makanan ringan tidak dibenarkan sama sekali)
     16.            Dan barang-barang keperluan lain sepertimana masuk asrama










Tuesday, September 22, 2015

RAKAMAN PROGRAM SALAM BAITULLAH RTM


18 September 2015, pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengadakan rakaman untuk program Salam Baitullah di Darul Wardah. Program ini akan disiarkan pada 23 September 2015 (Rabu) antara pukul 6.00 petang hingga 8.00 malam. Tiga orang kru telah berkunjung ke Darul Wardah untuk rakaman program ini.

*Salah seorang pelatih ditemuramah


Tujuan mereka adalah untuk menyelami kehidupan pelatih di Darul Wardah disamping mengetahui serba sedikit penyebab hingga mereka terjerumus kepada masalah ini untuk dijadikan pengajaran kepada masyarakat di luar sana. Rakaman di Darul Wardah ini akan diselitkan di dalam slot pengajaran program Salam Baitullah. 

Beberapa orang pelatih juga telah ditemuramah untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang aktiviti yang dilakukan di Darul Wardah.


*Rakaman di dalam Kelas Terapi Tadabbur Qurani yang dikendalikan oleh Ustaz Zawawi.


*Sesi menemuramah Ustaz Zawawi oleh pengacara dan penerbit program Salam Baitullah


*Aktiviti tazkirah kultim yang menjadi kebiasaan pelatih di Darul Wardah


Jangan lupa siarannya 23 September 2015 (RABU), jam 6.00 petang di TV RTMSemoga bermanfaat buat yang akan menonton..










Monday, September 21, 2015

AYUH BERKEBUN! BERSAMA BERBAKTI KEPADA TANAH...


Aktiviti terkini pelatih Darul Wardah.. berkebun di petang hari.. J

Selain dari bersenam dan menyihatkan badan, persekitaran Darul Wardah juga makin cantik dan bersih dari hari ke hari. Bila dilakukan aktiviti ini, ramai rupanya pelatih yang suka menanam pokok. Tidak sia-sia cik pengurus membeli banyak pokok bunga untuk mencantikkan Darul Wardah.

*Bertukus-lumus mereka menanam pokok

Aktiviti menanam pokok atau berkebun mampu menghilangkan tekanan kepada para pelatih. Suasana yang terapeutik juga akan wujud dengan adanya persekitaran yang bersih, nyaman dan menyenangkan. Pasti para pelatih akan bertambah selesa untuk melakukan aktiviti seharian di sini.

*Makin berseri-seri Darul Wardah.. melahirkan suasana yang nyaman

*Sesi belajar menanam pokok.. Tak tahu kan boleh belajar.. J Asal jangan segan..

*Diharap aktiviti berkebun ini mampu menjadi antara terapi kepada para pelatih di sini








KELAS NASYID DAN ALAT MUZIK



Bermula bulan ini, September Darul Wardah telah mengadakan kelas nasyid dan alat muzik yang dilatih oleh Ustaz Arifuddin untuk pelatih Darul Wardah. Kelas ini diadakan sekali pada setiap minggu.

Kelas ini diadakan untuk mencungkil bakat di antara pelatih dan sedikit sebanyak mereka berasa seronok dan relaks apabila menghadiri kelas ini. Mereka tidak hanya mempelajari ilmu-ilmu agama, tetapi mereka juga didedahkan dengan kelas-kelas kemahiran seperti kelas nasyid ini.


*Ustaz Arifuddin memilih peserta yang mampu bermain alat muzik dengan baik.


Di dalam kelas ini, mereka diajar cara bermain alat muzik dan melagukan lirik dengan baik. Mereka didedahkan dengan teknik-teknik baru dalam mengendalikan alat muzik yang disediakan. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai persiapan sekiranya perlu menyertai pertandingan nasyid atau membuat persembahan kepada tetamu yang bertandang ke Darul Wardah.


*Para pelatih turut menunjukkan bakat terpendam masing-masing.


Semoga aktiviti seperti ini mampu mengisi masa lapang mereka selain dari kelas-kelas yang perlu dihadiri setiap hari. Kami di Darul Wardah amat menekankan kelas-kelas agama tetapi dalam masa yang sama kami juga mahu para pelatih didedahkan dengan kemahiran-kemahiran lain untuk mengasah potensi diri masing-masing.

Moga bermanfaat buat semua..

Bersama mengejar mardhatillah J


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...