Sunday, September 20, 2015

LAWATAN PENYELIAAN PENSYARAH UKM KE DARUL WARDAH


 18 Ogos 2015, Darul Wardah telah dikunjungi oleh Pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyelia dua orang pelajar praktikal di tempat kami.


Kedua-dua orang pelajar praktikal ini telah menjalani praktikal di Darul Wardah selama 2 bulan. 


*Ustaz Zawawi yang hadir bagi meraikan kehadiran pensyarah dari UKM ke Darul Wardah

*Sesi bersama pelatih Darul Wardah. Banyak ilmu yang dikongsikan oleh ustazah. J


Terima-kasih atas kepercayaan dan perkongsian yang diberikan kepada para para pelatih di sini. Kami amat menghargai keprihatinan orang ramai kepada pelatih kami di sini.




Kami menerima pelajar praktikal untuk memberi ruang saling belajar antara masyarakat sebagai salah satu Social Therapy kepada pelatih.

You are not alone..

Para mahasiswa yang ingin mengadakan praktikal dan menyelami kehidupan para pelatih di sini amat dialu-alukan. Pelbagai peluang, pengalaman dan perkara baru insyaAllah akan diperoleh sepanjang berada di Darul Wardah.
Gunakan segala ilmu yang ada untuk  dimanfaatkan buat ummah..

Moga Allah Redha J



ZIARAH TEAM DARUL WARDAH SELANGOR KE DARUL WARDAH JOHOR


Pada bulan Ramadhan yang lalu, Team Darul Wardah HQ melakukan kunjungan ziarah ke Darul Wardah Johor. Kami sempat iftar bersama dan bertukar-tukar pengalaman serta berbual silaturahim.


*Sinergi, DARWA Selangor + DARWA Johor

*Ustazah Hazlina bersama tenaga pengajar DARWA Johor yang juga merupakan sahabat lama yang telah lama tidak bertemu


Team Darul Wardah Selangor juga membawa barang-barang kering hasil sumbangan yang diterima di Darul Wardah Selangor untuk dikongsi bersama Darul Wardah Johor. Diharapkan semoga sumbangan tersebut mampu meringankan sedikit beban Darul Wardah Johor yang masih kekurangan dana dan masih belum menerima sebarang bantuan dari pihak tertentu.

*Penyerahan sumbangan yang diberikan oleh Ustazah Hazlina kepada Darul Wardah Johor



Alhamdulillah, selepas solat Isyak dan solat tarawih berjemaah, kami terus bertolak pulang ke Darul Wardah Selangor. Terima kasih diucapkan kepada team Darul Wardah Johor atas layanan mesra yang telah diberikan. J



Saturday, September 19, 2015

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI DARUL WARDAH 2015




Pada tahun ini, Darul Wardah berkesempatan mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri untuk warga Darul Wardah. Menariknya jamuan hari raya ini diuruskan sepenuhnya oleh pada penghuni dengan bantuan dua orang pelajar praktikal dari UKM.

Mereka amat bertukus-lumus menyediakan segala persiapan demi menjayakan jamuan hari raya ini. Semua guru, warga kerja dan semua pihak yang terlibat secara langsung dijemput ke majlis ini.


*Penghuni Darul Wardah yang dipertanggungjawabkan sebagai unit protokol sangat mesra melayan tetamu yang hadir J

*Ustaz Zulhusni dari bahagian Ar-Riqab, MAIS turut hadir

*Cik Alin bergambar kenangan bersama Cik Ummi (tukang urut khas kami)

*Pn. Atikah, nurse dari Klinik Jalan Kebun turut hadir memeriahkan majlis

*Ustaz Zul dan kak Huda bersama dengan pengurus Darul Wardah, Cik Ashikin


Majlis Jamuan Aidilfitri ini diserikan lagi dengan persembahan khas daripada para penghuni Darul Wardah. Mereka menyanyikan lagu Darul Wardah dan lagu-lagu nostalgia hari raya untuk menghiburkan hadirin yang hadir.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang sudi hadir. insyaAllah, tahun depan kita berhari raya lagi.. J







PROGRAM BERSAMA PARA PELAJAR DARI SMA HIRA’ SHAH ALAM



Pada 29 Julai yang lalu, Darul Wardah telah menerima kunjungan ziarah daripada para pelajar SMA Al-Hira’, Shah Alam. Seramai 40 orang pelajar hadir bersama 8 orang guru pengiring.

*Taklimat dan penerangan berkaitan Darul Wardah daripada pengurus, Cik Ashikin

*Para pelajar dan mu’allimah dari SMA Al-Hira’

Selain daripada mengadakan kunjungan ziarah, mereka juga menyediakan beberapa aktiviti yang ingin dilakukan bersama para penghuni antaranya sesi ice breaking, permainan indoor dan sesi menanam pokok di dalam pasu.


*Sesi ice breaking para penghuni bersama pelajar

*Akak-akak dan adik-adik yang sporting J

*Sesi berkebun.. jom buat sama-sama J

Selain itu, pihak Darul Wardah juga mengadakan Bahagia Menjadi Gadis (BMG) secara ringkas kepada para pelajar al-Hira’. Pendedahan tentang perkara-perkara yang boleh menjadi penyebab kepada masalah zina, bahaya apabila seseorang mendekati zina dan kesannya turut diceritakan dalam slot ini. Dua orang penghuni juga dijemput untuk memberi perkongsian kepada para pelajar.


*Slot Bahagia Menjadi Gadis (BMG)


*Adik-adik dari SMA Al-Hira’ yang ceria.. J moga Allah sentiasa menjaga kalian. Doakan kami.


Persembahan penutup oleh sebahagian daripada penghuni Darul Wardah. Khas untuk adik-adik...


*Sesi bersalaman sebelum pulang, insyaAllah ada masa bertemu kembali. Kalau tidak di dunia, moga Allah temuakan kita di akhirat sana J











Thursday, September 17, 2015

MAJLIS AQIQAH DAN TAHNIK ANAK-ANAK PENGHUNI DARUL WARDAH


Alhamdulillah, bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, pada 11 Julai yang lalu diadakan satu majlis ringkas tahniq sempena majlis aqiqah salah seorang anak warga Darul Wardah yang baru seminggu dilahirkan. Turut ditahniq ialah 4 orang baby yang lain.


*Ustaz Zawawi antara yang mentahnik baby

Solat Isyak dan Solat Tarawih diimamkan oleh pelajar Tahfiz Al Fateh, Sdr Iman Daniel Khairudin dan Sdr Najmudin Najib.

*Pelajar dari Tahfiz Al-Fateh yang turut serta membantu kelancaran majlis.




TAUSIYATUL KUBRA BERSAMA IMAM MUDA FATTAH


Bersempena dengan bulan Ramadhan yang lalu, Darul Wardah telah menjemput Imam Muda Fattah untuk mengisi slot Tausiyatul Kubra yang diadakan pada setiap bulan.


Tausiyatul Kubra pada kali ini turut menjemput para pelajar Tahfiz al-Fateh yang seluruh warga Darul Wardah. Pengisian program bermula selepas iftar jama’ie dan solat maghrib berjamaah.





*Pengisian yang padat dan amat bermotivasi kepada seluruh warga Darul Wardah



*Amar makruf Nahi Munkar



Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang sudi hadir bersama-sama kami ke majlis ilmu ini. Moga Allah meredhai kita semua. J

Wednesday, September 16, 2015

JALINAN KASIH RAMADHAN BERSAMA PUSPANITA HTAR & SYARIKAT ANTARA TROPIKA SDN. BHD.



Alhamdulillah, kami telah menerima kunjungan ziarah dan pemberian sumbangan daripada PUSPANITA Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) dan Syarikat Antara Tropika Sdn. Bhd. pada bulan Ramadhan yang lalu.


Seramai 12 orang wakil dari PUSPANITA bersama dengan seorang doktor untuk slot kesihatan dan Dato’ Nasaruddin bersama isteri daripada Syarikat Antara Tropika telah hadir untuk program jalinan kasih ini.



 *Ucapan daripada Dato’ Nasaruddin daripada Antara Tropika Sdn. Bhd.


*Ucapan alu-aluan daripada Ustazah Hazlina

*Ceramah kesihatan daripada Dr. Anisah

Selain daripada datang membuat kunjungan ziarah dan penyerahan sumbangan, pihak PUSPANITA juga mengadakan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Dr. Anisah. Dr. Anisah telah menghuraikan dengan jelas tentang penjagaan diri dan persekitaran serta kaedah penjagaan bayi yang baik. Info tersebut amat berguna kepada semua warga Darul Wardah.

*Sumbangan kepada penghuni disampaikan oleh isteri Dato’ Nasaruddin yang juga merupakan ahli PUSPANITA HTAR

*Penyerahan sumbangan barang keperluan dapur oleh Dato’ Nasaruddin


*Cenderahati daripada pihak Darul Wardah.




Kami daripada Darul Wardah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan sumbangan kepada kami. Kami mendoakan agar Allah membalas segala kebaikan kelak.

Bersama mengejar mardhatillah J






KUNJUNGAN DAN PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA DARUL WARDAH DARIPADA MBSA



Alhamdulillah pada bulan Ramadhan yang lalu, Allah S.W.T telah melimpahkan rezekiNya yang tidak terhingga kepada Darul Wardah. Pelbagai pihak telah datang memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk wang ringgit, barang keperluan mahupun perkongsian ilmu.


Pada 9 Julai yang lalu, pihak MBSA telah datang menyerahkan sumbangan kepada para penghuni Darul Wardah. Mereka bukan sahaja datang ke Darul Wardah malah beberapa juga rumah kebajikan yang lain. 


*Perkongsian ringkas daripada Ustaz Zawawi dan Ustazah Hazlina mengenai latar belakang dan matlamat Darul Wardah


*Wakil daripada MBSA bersalaman dan berkenal-kenalan dengan penghuni Darul Wardah sekaligus memberikan sumbangan


*Alhamdulillah, semua penghuni menerima al-Quran dan kain sembahyang, moga-moga mereka lebih semangat untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T


Sesungguhnya, sumbangan daripada kalian amat bermakna kepada kami dan itu menjadi bukti serta kekuatan kepada para penghuni bahawa mereka masih diterima oleh masyarakat di luar sana. Masih juga ada pihak yang sudi memandang dan prihatin dengan mereka.

Terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan. Moga Allah membalas setiap kebaikan yang diberikan. J




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...