Tuesday, March 9, 2021

Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat

8 Mac 2021

Kita tidak perlu memelihara sifat dengki terhadap nikmat yang ada ditangan orang lain kerana walau bagaimana cara pun usaha kita untuk merebut itu darinya hanya sia-sia sahaja. Allah tidak pernah salah alamat dalam memberi rezeki kepada hambaNya. Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang, terutamanya kepada Team Dapur Panas yang selalu mengirimkan makanan pada hari Jumaat kepada pelatih Darwa. Kali ini manta Chef Hotel Concorde yang masak. Alhamdulillah syukur selalu..

"Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan ingatlah Allah jualah yang menyempit dan meluaskan pemberian rezeki dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan"(AlBaqarah 2:245)

Terima kasih kepada Semua Penyumbang :)














Kelas Bakeri dan Dekorasi Kek

 7 Mac

Bukan semua orang ada bakat semulajadi buat kek, mesti jadi cantik..yang berpengalaman pun boleh buat silap adakalanya. Membakar kek suatu kerja yang dikira mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila ia dikeluarkan dari ketuhar? Stress kan sebab asyik tak jadi huhu

Apa yang diperlukan adalah ilmu kemahiran. Dengan pengalaman dan kemahiran yang dipelajari oleh pelatih di sini, insyaAllah akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan boleh menjadikan sumber pencarian rezeki apabila mereka keluar nanti. 

Selesai sudah sesi 2 dan sesi 3 kelas bakeri dan dekorasi kek di Darul Wardah. Alhamdulillah hasil dekorasi yang sangat memuaskan daripada hasil air tangan jari-jemari pelatih-pelatih Darul Wardah. Terima kasih kepada Guru, Puan Ina











Rezeki melimpah ruah dari Hamba-hamba Allah

 2 Mac

Orang yang berjaya dalam hidup sebenarnya mereka yang banyak memberi. Hakikat itu bukan sahaja dilihat dari sudut material semata-mata, malah turut terpakai dari sudut ilmu, iman dan takwa. Islam adalah agama yang sinonim dengan amalan memberi.

Lihat sahaja kepada sejarah hidup Rasulullah SAW yang sanggup mengorbankan tenaga dan harta Baginda untuk umatnya. Sifat memberi Rasulullah SAW itu bukan setakat ketika Baginda dalam keadaan ketika memiliki sahaja malah ketika susah Baginda tetap memberi dengan penuh kesyukuran. Baginda akan memberi tanpa berasa sedikit pun kekurangan.

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Tidak berlalu hari-hari tatkala manusia berpagi-pagi melainkan turun dua malaikat dan satu malaikat berdoa:"Ya Allah, berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (iaitu mendema atau menyedekahkan ) hartanya. Kemudian malaikat yang kedua berdoa:" Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil."(Riwayat Bukhori)

Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga Tuan/Puan dibalas dengan kebaikan dunia akhirat. Aaminn ya Allah

















Thursday, February 11, 2021

KELAS KEMAHIRAN BAKERY DAN DEKORASI KEK

 7 Februari 2021

Selain daripada mempelajari bidang ilmiah spiritual di darwa, pihak darwa juga menyediakan kelas kemahiran untuk pelatih. Dengan itu, program ini direka untuk melengkapkan pelatih dengan kemahiran yang diperlukan untuk membuat kek, pencuci mulut, kuih muih dan pelbagai lagi juadah lain.

pelatih dibahagikan kepada 3 kumpulan. Terdapat tiga jenis bentuk kek yang dihasilkan antaranya, kek bentuk segi empat, bentuk bulat, dan bentuk hati. Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan kerana kek nya ada rasa hehe. Semoga semua pelatih gembira dengan hasil kerja mereka.












THE WAKAF BUKU

4 Februari 2021

Terima kasih kepada penyumbang buku-buku ilmiah untuk bacaan para pelatih dan simpanan perpustakaan Darul Wardah. InsyaAllah kesemua ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi impak yang positif kepada para pelatih. Tidak kira apa sahaja bacaan yang kita peroleh, InsyaAllah jika dihadamkan dengan baik akan menjurus kepada kebaikan dunia akhirat. 





DIY KRAFTANGAN PELATIH

 4 Februari 2021

Alhamdulillah, selesai tugasan kraftangan pelatih dengan jayanya setiap pelatih diberi tugasan untuk mencipta apa sahaja bentuk kraftangan menggunakan barangan terpakai seperti kain perca. Pelbagai hasil yang telah ditunjukkan antaranya, baju anak, tilam bayi, bekas pensel, frame gambar, baju melayu dan lain-lain lagi. Ternyata mereka semua sangat kreatif dan boleh menghasilkan pelbagai kraftangan. 






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...