Tuesday, March 17, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan

17 Mac 2020 (Selasa)
Assalamualaikum,
Please "KEEP CALM & STAY CLEAN"
Berwudhuklah dan solatlah, insyaAllah Allah lindungi kita


Thursday, March 12, 2020

Bengkel Bahasa Badan

10 Mac 2020 (Selasa)
Alhamdulillahh syukur, kali ini staf darwa berkesempatan menimba ilmu dalam Program Bahasa Badan yg dikelola oleh Tuan Shahrom Hassan. Beliau merupakan kaunselor berdaftar yg Pakar dalam Ilmu Bahasa Badan.
Terima kasih kepada Rumah Puteri Arafiah kerana sudi menjemput kami. Moga Allah memberkahi kalian. Moga ilmu yg dipelajari dapat kami manfaatkan kepada anak2 darwa.
Terima kasih Allah.





Program Klinik Asas Tajwid dan Tahsin Al Fatihah

7 Mac 2020 (Sabtu)
Alhamdulillahh syukur, telah berlangsung nya Program "KLINIK ASAS TAJWID & TAHSIN AL-FATIHAH" dengan kerjasama KLINIK AL-QURAN FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH USIM & PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH USIM iaitu Cikgu Hajar, Cikgu Yunis dan Cikgu Gina yang sedang menjalankan latihan praktikal di Darul Wardah.


Program ini membuka peluang kepada anak2 darwa untuk belajar mengenal tajwid dan kesalahan-kesalahan yg sering dilakukan dalam bacaan Al-Fatihah. Moga dengan ada program sebegini, anak2 lebih mencintai ilmu Islam.
"Tidak (sah) solat bagi seseorang yang tidak membaca Fatihatul Kitab (surah al-Fatihah)"
— Riwayat Bukhari





Pemberian Sayur Segar dari Hamba Allah

4 Mac 2020 (Rabu)
Alhamdulillahh syukur , benarlah rezeki tidak salah alamat. Terima kasih kepada hamba Allah yg sudi memberikan sayur bayam dan kangkung freshhh dari ladang. Rezeki anak2 darwa..
Terima kasih Allah




Tarbiyyah Hati di Radio IKIM

6 Mac 2020 (Jumaat)

Salam Hari Jumaat , jangan lupa dengarkan perkongsian Ustazah Hazlina di radio IKiM frekuensi 91.5 utk Lembah Klang , HARI INII (6/3/2020) pada jam 10 PAGI.

Bagi mereka yang terlepas mendengarkan perkongsian tersebut, boleh tonton di :



Tadabbur Surah Al Fatihah

29 Feb 2020 (Sabtu)
Syukurr alhamdulillahh sekali lagi darwa dapat mengikuti kelas pengajian ilmu di Masjid Kota Raja, Klang. Program Tadabur ini dihuraikan oleh Ustazah Hazlina Abd Razak. Moga anak2 dapat manfaat dan membuka minda lebih luas. Terima kasih Allah.






Sambutan Persaraan Cikgu Ruslina

28 Feb 2020 (Jumaat)
Salah seorang staf/guru darwa telah menamatkan perkhidmatan nya. Terima kasih Puan Ruslina kerana telah menabur jasa dan budi sepanjang 2 tahun berkhidmat di sini. Moga Allah merahmatimu.
Telah tamat sudah perkhidmatanmu,

Kini tiba masa engkau berlalu,
Namun jika merindu,
Kami setia menantikanmu...







Tadabbur Al Quran surah Al - 'Asr

28 Feb 2020 (Jumaat)
Syukur alhamdulillahh darwa sekali lagi berkesempatan mengikuti kelas pengajian tadabbur. Kali ini surah yg telah dikupas oleh guru kita, Ustazah Hazlina adalah Surah Al-Asr. Moga Allah memberkahi ilmu yg diberikan.
InsyaAllah aaminn





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...