Monday, December 30, 2019

KURSUS PEMBUATAN SABUN DAN KELAS PENGURUSAN STRESS


10 Disember 2019

Alhamdulillah selesai sudah Kursus Pembuatan Sabun dan Kelas Pengurusan Stress untuk warga kerja Darul Wardah dan Rakan Dakwah DARWA di Institut Biosains Universiti Putra Malaysia.

Sangat bersyukur diberikan peluang menjalani kursus ini sekaligus menambah skil dan kemahiran untuk kebaikan dan kemajuan Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah.

Sekalung penghargaan diberikan kepada team Projek Komuniti CSR UPM terutama Dr Sharida selaku Pengarah Projek, Puan Musliana dan Puan Rafidah selaku tenaga pengajar Pembuatan Sabun dan Kelas Pengurusan Stress, juga puan Sophiah tenaga pengajar kelas jahitan yang telah pon berlangsung sebelum ini. Akan kami manfaatkan ilmu yang telah dipelajari sebaiknya. Terima kasih atas tunjuk ajar tulus ikhlas yang telah diberikan. Semoga Allah memberkahi kalian. TERBAIK. Alhamdulillah.





















Monday, December 9, 2019

WE LOVE WE CARE


7 Disember 2019

Program We Love We Care daripada pelajar Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam.

Diadakan aktiviti terapi seni bersama pelatih juga pensyarah mereka memberikan ceramah motivasi kepada para pelatih Darul Wardah. Mereka turut memberi sumbangan berupa barangan kering untuk kegunaan harian pelatih disini.


Alhamdulillah, berjalan lancar hingga ke akhir program. Semoga usaha dari semua pihak dalam menjayakan program ini diganjari kebaikan. Alf syukran atas sokongan sosial dari banyak pihak. Syukur.










Friday, November 29, 2019

SEINDAH RABIATUL ADAWIYAH


26 November 2019

Nasional FM Ambil Tahu Siri 7 di Darul Wardah.

Telah diadakan Rakaman Raudhah "Seindah Rabiatul Adawiyah" bersama dengan YBhg Ustazah Isfadiah anjuran Nasional FM melibatkan keseluruhan pelatih dan warga kerja Darul Wardah.

Alhamdulillah pengisian ilmu yang sangat padat dan tajuk yang relevan dari Ustazah Isfadiah untuk dijadikan pedoman dan pengajaran kepada semua yang mendengar khususnya anak-anak pelatih Darul Wardah.

Keseluruhan pelatih dan warga kerja Darul Wardah juga menerima bingkisan istimewa pemberian dari Nasional FM. Alhamdulillah. Pemberian yang sangat bernilai untuk kami disini.

Jutaan terima kasih dari team DARWA untuk keseluruhan warga kerja Nasional FM yang telah memberikan sepenuh tenaga dan hati untuk program ini. Terima kasih kerana memilih rumah kami dalam Siri Nasional FM Ambil Tahu ini. Syukur Alhamdulillah. Moga diberkati setiap usaha yang dicurahkan. InsyaAllah bertemu lagi di masa akan datang. 😊😊















LAWATAN KERJA DAR ASSAADAH


21 November 2019

Lawatan Kerja dari Dar Assaadah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Dar Assaadah juga merupakan Sebuah institusi milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang memberi perkhidmatan Perlindungan Dan Pemulihan akhlak kepada Wanita Islam yang bermasalah sosial dan hamil tanpa nikah.


Mempunya matlamat dan objektif yang sama dengan Darul Wardah. Moga kunjungan ini dapat memberi manfaat yang banyak kepada kedua-dua buah rumah. Bertukar-tukar buah fikiran dan idea. InsyaAllah menghasilkan impak yang besar.







TOGETHER WE STAND


11 November 2019



Program Together We Stand dari pelajar Kelab Inspirasi UITM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu.

Mengadakan LDK dan gotong royong bersama pelatih. Terima kasih atas kesudian menjalankan aktiviti bersama warga DARWA. Tahniah dan syabas.
















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...