Monday, November 4, 2019

HARI SUKAN DARWA



22 Oktober 2019
Hari Sukan DARWA

Alhamdulillah. Syukur Acara Sukan DARWA yang dirangka telah berjalan dengan lancar. Pelbagai acara diadakan seperti perbarisan rumah sukan, lari berpasangan, isi air dalam botol, bawa bola pingpong dalam sudu, belon kasih sayang, cari gula dalam tepung dan pelbagai lagi acara lain yang melibatkan semua pelatih dan staf.


Persediaan untuk perhiasan rumah sukan masing-masing dilakukan secara bekerjasama antara staf dan pelatih, dimana ia dapat membentuk satu idea yang kreatif dan sekaligus menghasilkan hubungan yang baik.

Acara sukan ini bukan sahaja dapat menyihat dan menyegarkan badan bahkan juga merupakan salah satu terapi pemulihan pelatih yang melibatkan perkembangan psikomotor,emosi,sahsiah dan juga fizikal mereka.

Syukur alhamdulillah, warga DARWA merafakkan setingi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana melimpahkan kepada kami nikmat kesihatan yang tidak berbelah bahagi. Moga dijauhkan dari golongan yang kufur nikmat.

Mohon didoakan kelangsungan kesejahteraan dan kebaikan kami disini. InsyaAllah.

























Wednesday, October 23, 2019

KELAS TADABBUR SURAH AL-KAFIRUN

17 Oktober 2019

Kelas Tadabbur Al Quran Surah Al-Kafirun oleh Ustazah Hazlina. Alhamdulillah banyak ilmu dipelajari untuk diamalkan dan moga Al-Quran dekat di hati kita semua. InsyaAllah.




JELAJAH BICARA CINTA DI KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL

14 Oktober 2019

Jelajah Bicara Cinta di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur.
Seramai lebih kurang 150 pelajar dapat mengikuti JBC kali ini. Penekanan dan penghayatan yang sama diberikan kepada peserta dengan hanya satu tujuan supaya mereka menghindari zina,arak dan dadah sekaligus mendekatkan diri kepada Pencipta. InsyaAllah. Teruskan menyokong usaha pencegahan dari kami.














Thursday, October 17, 2019

JELAJAH BICARA CINTA DI SMK(P) KAPAR

10 Oktober 2019

Telah berjalannya Jelajah Bicara Cinta di SMK(P) Kapar. Program kali ini lebih berfokus dengan menyelitkan lebih banyak unsur kerohanian seperti mandi taubat,solat taubat dan terapi Asmaul Husna. Alhamdulillah,perjalanan program berjalan lancar hingga ke akhir. Dititipkan doa moga kita semua dalam perlindungan Allah. InsyaAllah.










Friday, October 11, 2019

JELAJAH BICARA CINTA DI SMK(P) METHODIST

9 Oktober 2019

Jelajah Bicara Cinta di SMK(P) Methodist melibatkan pelajar tingkatan 1 dan 2. Seperti kebiasaanya, pelajar akan didedahkan dengan bahayanya gejala zina, arak dan dadah sebagai salah satu usaha pencegahan daripada kami. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubati. Teruskan menyokong usaha pencegahan dari kami. InsyaAllah.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...