Monday, January 28, 2019

KUNJUNGAN DARI MASJID UBUDIYYAH SEKSYEN 19



24 Januari 2019 (Khamis). 
Hari ini Darul Wardah dikunjungi oleh Biro Wanita Masjid Ubudiyyah Seksyen 19 diketuai oleh Puan Norlaila. Mereka turut memberi ceramah kesihatan dan juga sumbangan berupa wang ringgit. Moga keprihatinan yang diberi menjadi inspirasi untuk pelatih terus kekal di jalanNYA.

Mereka turut membawa pulang cenderahati yang dibuat sendiri oleh pelatih-pelatih Darul Wardah.


Alf syukran dari kami.















Cenderahati yang dibuat sendiri oleh pelatih-pelatih DARWA





Wednesday, January 23, 2019

KULIAH KHAS DARI LOMBOK




22 Januari 2019 Selasa.

Darul Wardah di Masjid An-Naim Jalan Kebun untuk mendengar Kuliah Khas bersama Kiyai Dr. H. Najmul Akhyar Bupati Lombok Utara. Moga setiap hati yang mendengar Mr mendapat kebaikannya. InsyaAllah.







Tuesday, January 22, 2019

MAJLIS KHATAM AL-QURAN



20 Januari 2019 Sabtu
Darul Wardah menghadiri Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Johan Setia. Alhamdulillah, kearah pemuda pemudi cinta masjid. Moga sama-sama menjadikan Al-Quran panduan hidup. InsyaAllah

#SayNOtoZina
#JauhiZina
#BahagiaMenjadiGadis
#لاتقربواالزنا











PROGRAM JALINAN UKHUWAH




12 Januari 2019 (Sabtu)
Selawat Nur Iman dengan kerjasama Biro Wanita dibawah naungan Persatuan Penduduk Bandar Putera 2 menganjurkan "Program Jalinan Ukhwah dan Selawat Bersama Kejiranan Pinggiran Bandar Putera 2"

#Alhamdulillah
#لاتقربواالزنا
#SayNOtoZina
#JauhiZina
#BahagiamenjadiGadis






Monday, December 17, 2018

SIRI 3 LAWATAN FMS




13 Disember 2018


Siri 3: Lawatan FMS ke Darul Wardah. Kali ini dengan tajuk proses kelahiran, teknik penyusuan bayi (breastfeeding) dan obstetric psychiatry. Disampaikan oleh pegawai-pegawai perubatan dan jururawat daerah Klang. Alhamdulillah perkongsian dan tips yang sangat diperlukan oleh pelatih-pelatih kami disini. Terima kasih diucapkan di atas ruang dan masa yang diluangkan untuk kami disini. Moga peroleh kebaikan.










Friday, November 30, 2018

RABIUL AWAL BULAN KELAHIRAN NABI


Darul Wardah mengisi bulan Rabiul Awal ini dengan aktiviti yang dapat memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Diadakan juga pertandingan membina poster, bercerita kisah nabi, sajak kisah nabi, hafazan ayat al -Quran dan juga pertandingan nasyid. Semoga dapat terus mencintai dan meneladani Rasulullah SAW.


Pertandingan membina poster






Pertandingan Hafazan

Pertandingan Bercerita




Pertandingan Nasyid



AL- FATIHAH BERSANAD




26.11.2018 ( Isnin)

🕌 Program Al-Fatihah Bersanad
Sheikh Jahaf Al Yamani, 
Keluarga Ribat Al Quran di Masjid Al - Muhsinin Kg Sg Kandis.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan tazkirah dari Sheikh Jahaf Al Yamani.
Kemudian bermulanya Pengijazahan /Sanad dari keluarga Ribat Al Quran. Pada akhirnya ditutupi dengan penyampaian sijil Sanad dan cenderahati kepada semua peserta. Alhamdulillah pelatih-pelatih Darul Wardah kesemuanya dapat menghadiri program ini. Moga menjadi bekalan sehingga akhirnya.









Wednesday, November 21, 2018

SALAM MAULIDUR RASUL 1440H

Darul Wardah menyertai perarakan Maulidur Rasul di Masjid An-Naim Jalan Kebun anjuran Lajnah Muslimat Masjid An-Naim. Alhamdulillah mendapat naib johan pertandingan perarakan dan sepanduk.

Salam Maulidur Rasul 1440H. Menyantuni Ummah Membawa Rahmat.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...