Friday, August 3, 2018

JALINAN KOLOBRASI BERSAMA KOLEJ KOMUNITI KLANG

3 Ogos 2018


Hari ini Darul Wardah dikunjungi pihak Kolej Komuniti Klang untuk menjalinkan kolobrasi strategik di antara kedua-dua belah pihak. Kolej Komuniti Klang telah memberikan kursus pendek secara percuma kepada pelatih Darul Wardah. Semua bahan-bahan disediakan oleh pihak Kolej Komuniti Klang. Disamping itu, para pelatih juga diberikan sijil setelah setelah selesai kursus pendek ini. Pengarah Kolej Komuniti Klang iaitu Tuan Rahizam bin Karim turut turun padang ke Darul Wardah. Beliau sempat memberikan kata-kata semangat kepada para pelatih disini. Turut hadir rakan sekerja beliau Puan Zailah, Puan Nik, dan juga Puan Aina. Hari ini kursus yang diadakan adalah Jahitan Kraf Felt. Pelatih tekun mengambil ilmu dari tenaga pengajar dan sangat berminat dgn kursus yang diadakan. Program yang sangat berfaedah untuk pelatih kerana dapat membuka peluang kerjaya untuk mereka setelah keluar nanti. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Kolej Komuniti Klang atas jalinan kolobrasi ini. Moga Allah membalas jasa kalian.









Monday, July 30, 2018

PROGRAM KELUARGA INSAN WANITA



28 dan 29 Julai yang baru berlalu, Pelatih dan staf DARWA berkampung di Hotel Carlton Shah Alam bagi menghadiri Program Keluarga Insan Wanita anjuran PUSBA. Pelbagai pengisian modul diterapkan kepada pelatih untuk membina jati diri dan mengenal potensi dalam diri masing-masing. 2 hari 1 malam yang penuh pengisian. Semoga pulang semula ke Darul Wardah dengan semangat jati diri yang tinggi. Moga Allah mudahkan setiap usaha untuk berubah. InsyaAllah. 


























Friday, July 27, 2018

KEKAL SUCI JAUHI ZINA

Rabu yang lepas, Darul Wardah berpeluang berprogram di Sabak Bernam. Forum Keluarga Sakinah bertemakan "Kekal Suci Jauhi Zina ini" diadakan di SMK Ungku Aziz Sabak Bernam. Turut hadir sebagai panel ialah Kaunselor Pusat Perlindungan Wanita Sabak Bernam,Noor Huda bt Tajudin dan juga Ustazah Suzana Gazali Kaunselor PAID & Penulis Sabak Bernam. Forum berakhir dengan harapan anak-anak yang mendengar dan juga di luar sana memelihara diri sebaiknya sekaligus menghindari kancah zina. Anda Bijak Jauhi Zina. Doa dari kami sentiasa mengiringi.






DARUL WARDAH DI BULETIN UTAMA TV3

Tuesday, July 24, 2018

SECANGKIR TEH @ DARUL WARDAH



💐SECANGKIR TEH @ DARUL WARDAH, SHAH ALAM 💐

📌21 Julai 2018, Sabtu

📌2.30 petang - 4.20 petang


📌Bersama Ustazah Hasanah , Biro Tarbiyah HELWA ABIM Shah Alam

📌Topik : Seronoknya membaca
-Bincang tafsir Surah al-Alaq






Wednesday, July 18, 2018

PROJEK MINI GARDEN

Projek Kolam Ikan dan Mini Garden dari Pelajar Universiti Tenaga Nasional sudah di fasa ke 3. Laman DARWA semakin berseri dengan projek mereka. Satu terapi yang baik untuk pemulihan spiritual anak-anak DARWA. InsyaAllah. Nantikan hasil projek ini tidak lama lagi. Semoga semuanya berjalan lancar.








Monday, July 16, 2018

PERSIDANGAN NGO-I MAIS




14 Julai 2018 Shah Alam.

Persidangan meja bulat telah diadakan bersama-sama 45 NGO-I bagi membincangkan mengenai menangani isu ancaman akidah dan sosial negeri Selangor.
.


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAD Dato’ Haji Emran Bin Haji Kadir, Timbalan Pengerusi MAIS. Turut hadir bersama Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, En. Md. Md Arifin Jaafar Pengurus Operasi YIDE dan Dr Yusri Mohamad, YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia - Yadim.
.
Alhamdulillah Darul Wardah terlibat sama dalam persidangan ini. Banyak info dan maklumat yang diperolehi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Majlis Agama Islam Selangor.











Thursday, July 12, 2018

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA

Baru sahaja selesai menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Rumah Puteri Arafiah. Terima kasih tuan rumah atas jemputan dan hidangan yang menyelerakan. Moga diperluaskan rezeki. 🌹








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...