Monday, May 28, 2018

MAJLIS TADARUS PERDANA



26 Mei 2018 ( Sabtu)


Darul Wardah berpeluang menghadiri Majlis Tadarus Perdana anjuran Program Muslimat Masjid An-Naim Jalan Kebun. 
Sejurus selepas program, Helwa ABIM Shah Alam dengan kerjasama Muslimat Masjid An-Naim turut menyampaikan sumbangan berbentuk telekung kepada keluarga memerlukan sekitar Jalan Kebun Shah Alam. Tahniah diucapkan atas usaha murni ini. Semoga besar nilainya di akhirat kelak. InsyaAllah





Thursday, May 24, 2018

BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT



☘️BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT☘️

Jangan mulakan untuk berbohong kerana apabila kita melakukan pembohongan peratusan untuk mengulanginya adalah tinggi. Ikhlaslah menjadi diri sendiri dan katakanlah yang benar agar hidup dilimpahi ketenangan dan keamanan.


Wednesday, May 23, 2018

SENYUM DAN UCAPKAN ALHAMDULILLAH



SENYUM DAN UCAPKAN ALHAMDULILLAH


Jika kita mampu bersyukur dengan apa yang kita ada, kita tidak akan risau dengan apa yang bukan milik kita. Kebahagiaan tidak akan datang kepada mereka yang tidak menghargai apa yang dimiliki. Jangan tunggu bahagia baru bersyukur. Bersyukurlah. Anda pasti akan bahagia.


" Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya akan Kutambah nikmat-Ku kepadamu" 
( Surah Ibrahim ayat 7)


Alhamdulillah, masih diberi peluang menikmati Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah. Salam Ramadhan ke-7.


Monday, May 21, 2018

GURU DIPERLUKAN

Askm wrt wbt
PENTING & SEGERA
⏰⏰⏰⏰⏰⏰⏰⏰
GURU TUISYEN
~SEJARAH 
~PSI-Syariah Islamiyyah 
DIPERLUKAN SEGERA..

-masa mengajar :2 jam /kelas 
- Dua Kali sebulan 
- Masa : 8.00-10.00 Mlm

---LOKASI--------

Maahad Tahfiz Al fateh jalan kebun

* LORONG ABDULLAH, SEKSYEN 30 JALAN KEBUN,SHAH ALAM,SELANGOR*

Info lanjut :-
019 3339871 
013 2364175

Tarikh iklan :
20 Mei 2018

GURU TAHFIZ DIPERLUKAN

PENTING & SEGERA

Tarikh iklan :
20 Mei 2018

Askm wrt wbt
*GURU TAHFIZ DIPERLUKAN *
~~~~~
Kami sedang mencari seorang guru Tahfiz lelaki  

-Bujang 
- tahu aplikasi Komputer
-lesen memandu 
diutamakan
-rumah disediakan 
-kwsp dan socso 
----

Maahad Tahfiz Al fateh Jalan kebun Shah Alam

Admin  : 
Call /whatsapp
019 3339871

#tularkan

JAGALAH LISAN DAN BERILAH CONTOH TERBAIK



🌷JAGALAH LISAN DAN BERILAH CONTOH TERBAIK🌷


Jagalah lisanmu. Jangan sampai kepincangan memelihara lisan membuatmu menjadi manusia yang hina dihadapan Allah dan dihadapan manusia yang lainnya. Berfikirlah dahulu sebelum menggerakkan lisanmu. Jangan digunakan lisanmu untuk menyakiti, menghina, dan membuka aib orang lain.


" Orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat hendaknya berkata yang baik , atau diam. "
(HR Bukhari)


Salam Ramadhan ke-5. Moga lebih bermakna
😊

Thursday, May 17, 2018

MARHABAN YA RAMADHAN



1 Ramadhan 1439H

17 Mei 2018

RAMADHAN KAREEM

Marilah kita penuhi bulan ini dengan:


💗 Ibadah puasa

💗 Solat Tarawih

💗Zikrullah

💗Sedeqah

💗Ziarah

💗Qiamullail

💗Doa


Elakkan:

👎Pembaziran

👎Mengumpat

👎Penipuan

👎Pergaduhan


AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

BERSIHKAN HATI MENGHADAP ILAHI


Semoga Ramadhan kali ini memberi sinar baharu kepada semua

Ikhlas dari Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah






Tuesday, May 15, 2018

JAWATAN KOSONG

15 MEI 2018

🌷

Jawatan kosong @ Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Seksyen 30 Shah Alam Selangor🌷


1⃣ WARDEN SAMBILAN

✅Wanita bujang

✅Tarikh MULA kerja: 18 Mei 2018

✅Tarikh TAMAT kerja: 10 Jun 2018

✅Isnin-Jumaat 8mlm-8pagi

✅Sabtu-Ahad 24jam

✅Elaun harian bermula serendah rm20-rm50 (bergantung kepada pengalaman)

✅Penginapan disediakan

✅Peluang sambung jawatan jika prestasi bagus

✅Bonus jika ada latar belakang pendidikan agama dan lesen memandu

✅Terbuka juga kepada yang sedang cuti sem atau konvo




2⃣ WARDEN SEPENUH MASA

✅Tarikh mula kerja : 21 Jun 2018

✅KRITERIA :

1) Wanita bujang

2) Berdisiplin tinggi

3) Rasional & sabar

4) Boleh mengajar dalam bidang Pengajian Islam

5) Mempunyai lesen kereta dan boleh memandu

6) Boleh bekerja lebih masa

7) Bersedia untuk pertukaran shift pagi dan malam

(Pagi: 8.00pg - 8.00mlm)

(Malam:8.00mlm - 8.00pg)




FAEDAH YANG DITAWARKAN (sepenuh masa shj)

🔸Gaji RM1000 - RM1300 (termasuk kwsp dan socso)

🔸Tempat tinggal disediakan




====================

Berminat? Hantarkan resume ke email darulwardah@gmail.com


Pertanyaan;

Puan Hidayah

(0193636394)wassup shj

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...