Monday, January 15, 2018

TEMUBUAL BERSAMA MAJALAH KARANGKRAF



4 Mei 2017 : Temubual majalah terbitan Karangkraf dengan pengerusi Darul Wardah berkaitan dengan isu-isu sosial terutama yang melibatkan generasi wanita muda.

Akhbar ataupun majalah memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat sejagat. Muncul golongan wartawan yang komited juga membantu dalam menyalurkan kesedaran mengenai masalah yang menular dalam kehidupan seharian hari ini. Di zaman kecanggihan ilmu sains dan teknologi masa kini, menyampaikan sesuatu melalui media adalah dianggap sangat relevan kerana ia mampu menerjah setiap pelusuk hidupnya masyarakat
.


Friday, January 12, 2018

PERTANDINGAN MEMASAK CITA RASA 4 NEGERI



Pertandingan memasak cita rasa 4 negeri PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH SELANGOR...
pada tarikh 27 Oktober 2017

Semoga usaha murni Ustazah Hazlina Razak mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat


IN SYAA ALLAH

Kerjasama dari pihak pengurusan :
* Nisha Roslan
* Aizadina Rohaizad
* Zumrotus
* Wasiatul

Dan juga tidak lupa kepada pelatih pelatih kami yang turut sama menjayakan pertandingan cita rasa 4 negeri ini..

Semoga jalinan ukhuwah kita berkekalan sehingga ke jannah..




Aamiin...












OPENDAY : PERJUMPAAN IBU BAPA DENGAN PIHAK PENGURUSAN DARWA

OPENDAY : Perjumpaan ibubapa dengan pihak pengurusan Darwa sangat penting untuk membina komunikasi dan penyampaian maklumat yang lebih berkesan.
Seringkali terjadi cerita ular lidi menjadi naga..cerita sepuluh sen jadi seringgit..
Dalam mengurus situasi yang mencabar seperti ini, semua pihak mesti bekerjasama dan saling bantu-membantu supaya kekusutan dapat dirungkaikan.



HARI MINGGU DARWA

Hari Minggu Darwa.
Pelatih DARWA bukan sahaja dibimbing dengan ilmu agama, malahan turut dilengkapi dengan ilmu-ilmu kemahiran yang berguna untuk kelangsungan hidup mereka selepas keluar dari Darul Wardah kelak. 

Aktiviti hari minggu kali ini ialah membuat poskad dan popia bersama seorang sukarelawan, Cik Rahah Ramlan. Beliau datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menyantuni adik-adik Darwa dengan aktiviti2 kemahiran utk memantapkan semula jatidiri dan harga diri insan bergelar wanita.

Terima-kasih daun keladi, semoga berjumpa lagi.



CURAHAN ILMU DARI KETUA SALWA WADAH SELANGOR

Kunjungan Ketua Salwa WADAH Selangor, Puan Hajah Rosma Tazilah ke Darwa untuk berkongsi ilmu dan beramah mesra dgn warga Darwa.
Semoga lebih ramai masyarakat yang peduli dengan anak-anak Darwa yang perlukan curahan ilmu dan kasih-sayang anda.

*Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk mencurahkan ilmu atau apa jua perkongsian untuk kebaikan bersama..


anak-anak WARDA tekun mendengar penyampaian dari Puan Hajah Rosma

Visit from The Star Reporter

6 Feb 2017,
Ms Claire & Ms Wen
Reporter from The Star
Thanks for coming and highlighting the issues
Hope our society aware about this issues since this is not a small problem.



Wednesday, August 16, 2017

SIARAN LANGSUNG RANCANGAN WANITA HARI INI DI SRI PENTAS (TV3)..

Pada 13 Julai 2017 (khamis), Ustazah Hazlina Abd Razak dijemput untuk menjadi salah seorang ahli panel dalam Rancangan Wanita Hari Ini (WHI TV3). Tajuk perbincangan adalah "PASTI ADA CAHAYA".

Terima-kasih WHI - Wanita Hari Ini yang memberikan laluan kepada Darul Wardah Selangor untuk tampil ke permukaaan untuk berkongsi pandangan & pengalaman kepada penonton.
Banyak maklum balas positif diterima dari para penonton yang mengikuti perkembangan Darwa. Terima-kasih daun keladi..






Wednesday, May 18, 2016

GOTONG ROYONG MEMASAK IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK DAN PERKONGSIAN DARI TUAN BAHAROM BIN ABU BAKAR@PAK OM

Pada 14 Februari yang lalu, pihak Darul Wardah telah menganjurkan gotong royong memasak ikan patin masak tempoyak yang dikendalikan oleh Puan Zaizi yang datang dari Kuala Tembeling Pahang.


Aktiviti memasak secara beramai-ramai ini diadakan dua minggu sekali bagi memastikan para pelatih di Darul Wardah dibiasakan dengan aktiviti rewang sesama masyarakat apabila keluar dari Darul Wardah nanti. Selain itu, aktiviti seperti ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama pelatih dan mengisi masa lapang mereka dengan perkara-perkara yang berfaedah.

*tu diaa.. ikan patin berenang ke Jalan Kebun. :)

*sambal hitam Pahang... J

*Alhamdulillah.. siap untuk dihidangkan

* Para pelatih masing-masih dah tak sabar nak merasa ikan patin masak tempoyak..

*Chef yang dijemput khas dari Pahang, Kak Zaizi dan Kak Azizah

Ustaz Zawawi dan Ustazah Hazlina turut makan tengahari bersama para pelatih.. Diam ta terkata menikmati hidangan tengahari yang disediakan J

*Pak Om dan Mak Om juga turut hadir ke Darul Wardah

Alhamdulillah, selesai menjamu selera dan solat Zuhur berjemaah, satu program perkongsian diadakan yang disampaikan oleh Tuan Baharom bin Abu Bakar@Pak Om. Pak Om merupakan bekas pensyarah Jabatan Psikologi Universiti Malaya (UM) dan sering memberi ceramah motovasi di kaca tv serta sering memberi perkongsian di dada-dada akhbar. Beliau kini hadir ke Darul Wardah untuk memberi perkongsian kepada para pelatih di sini.


*Ucapan aluan dari Ustaz Zawawi untuk mengalu-alukan kehadiran tetamu ke Darul Wardah

*Perkongsian daripada Pak Om umpama pesanan dan peringatan dari seorang bapa kepada anak-anak

Pak Om yang merupakan seorang kaunselor berdaftar juga telah mengadakan aktiviti bersama pelatih dengan bertanyakan beberapa perkara yang perlu dijawab oleh para pelatih. Para pelatih juga berpeluang untuk bertanya soalan-soalan atau tips-tips yang diperlukan apabila keluar dari Darul Wardah dan berhadapan dengan masyarakat suatu hari nanti. Pak Om yang berpengalaman dalam menangani kes-kes berprofil tinggi amat berminat untuk terus membantu para pelatih di Darul Wardah pada masa akan datang dengan lebih kerap lagi.


  
*Cik pengurus Darul Wardah turut membantu para pelatih memahami kehendak soalan

*Cik penolong pengurus Darul Wardah juga sibuk melayan soalan-soalan pelatih


*Pak Om dan Mak Om bersama salah seorang anak pelatih di Darul Wardah

*Pak Om yang sangat suka dengan anak-anak syurga 

*Atuk mithali.. bersama si kembar di Darul Wardah

*Acah-acah manja J

*Para pelatih bergambar kenangan bersama Pak Om dan Mak Om..


Alhamdulillah, perkongsian yang padat daripada Pak Om. Banyak tips-tips kehidupan yang dikongsikan bersama para pelatih kami. Moga ilmu yang disampaikan bermanfaat buat semua.

InsyaAllah, moga ketemu lagi di lain masa. J

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...