Monday, January 4, 2016

EKSPEDISI DARUL WARDAH KE SELATAN THAILAND (PART 1)


Alhamdulillah, pada 4 hingga 6 Disember 2015 yang lalu, Team Darul Wardah telah menjalankan Ekspedisi Dakwah ke Selantan Thailand. Ekspedisi selama 3 hari 2 malam tersebut dipenuhi dengan pelbagai program di Kawasan Tak Bai, Narathiwat, Yala dan Pattani.


Team kami tiba seawal jam 9.00 pagi melalui kawasan Pengkalan Kubur. Di sana, kami ditunggu oleh Ayah Wan yang telah mengatur segala jadual kami sepanjang di selatan Thailand. Kami memasuki Selatan Thailand dengan menyeberangi sungai menggunakan perkhidmatan bot yang telah disediakan.

*Ayah Wan sedang sibuk menyiapkan dokumen yang diperlukan untuk ke sana


*Dengan menyeberangi sungai pun dah sampai Thailand J


*Di atas bot yang membawa kami ke Selatan Thailand


*Saat tiba ke Thailand, melepasi pemeriksaan Imegresen

Di Thailand, waktunya lewat sejam daripada waktu di Malaysia. Setelah sampai ke Thailand, destinasi pertama kami adalah ke Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Darul Aitam Pattani yang kini dikenali sebagai Darul Barakah, Pattani. Rumah Anak Yatim Darul Aitam telah beroperasi hampir 30  tahun di kawasan seluas 200 hektar. Sebelum tiba ke sana, kami melalui tapak pembinaan rumah anak yatim yang berada dalam proses pembinaan.


*Tapak rumah anak yatim yang sedang dibina




*Tiba di Rumah Anak Yatim Darul Aitam


*Anak-anak yang telah menunggu kehadiran rombongan kami


Taklimat ringkas berkaitan dengan Rumah Anak Yatim Darul Aitam Pattani telah disampaikan oleh Ustaz Muhyiddin, salah seorang pengajar di sana dan juga merupakan anak kepada Ustazah Maryam atau lebih dikenali oleh warga Pattani sebagai Kak Yam yang merupakan pengasas kepada rumah anak yatim tersebut. Namun, Kak Yam tidak dapat bersama-sama dengan kami kerana sedang berada di Kelantan.

*Taklimat daripada Ustaz Muhyiddin

Ustaz Muhyiddin menerangkan serba sedikit tentang sejarah penubuhan Rumah Anak Yatim Darul Aitam, bagaimana mereka beroperasi, sistem yang digunakan dan aktiviti-aktiviti para pelajar di situ. Kami dimaklumkan bahawa anak-anak yang tinggal di situ keseluruhannya adalah pelajar perempuan, merupakan anak yatim dan mesti juga miskin dari sudut harta. Namun di situ mereka diajar untuk menjadi seorang pelajar yang kaya dari sudut ilmu agama dan kemahiran-kemahiran untuk menjadi seorang perempuan yang sejati.

Di situ, selain dari mempelajari ilmu akademik dan ilmu agama, mereka perlu menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran menjahit, memasak, menanam pokok, membuat baja dan sebagainya. Mereka juga telah mempunyai kemahiran membuat baja, membuat sabun cuci dan menjual air mineral keluaran mereka sendiri.

Anak-anak yang berjaya dalam ilmu akademik akan dihantar belajar di sekolah berasrama penuh di Malaysia dan seteruskan melanjutkan pelajaran ke Yaman dan universiti-universiti yang lain. Mereka diajar untuk berdikari dan sentiasa membantu rakan-rakan yang lain apabila telah menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar.


*Perkongsian daripada Ustazah Hazlina


Setelah selesai perkongsian ringkas daripada Ustazah Hazlina, kami dihiburkan dengan persembahan-persembahan daripada Anak-anak Yatim Darul Aitam. Mereka memperdengarkan bacaan Al-Quran dari Surah Ar-Rahman, melakukan persembahan nasyid dan ceramah ringkas.


*Alunan ayat suci Al-Quran dari salah seorang pelajar di Darul Aitam


*Persembahan nasyid yang sangat merdu

Seterusnya, pihak Darul Wardah menyampaikan sedikit sumbangan dan cenderahati kepada Rumah Anak Yatim Darul Aitam. Kami amat berharap ramai lagi pihak-pihak tertentu yang akan datang dan menyokong usaha mereka melahirkan anak-anak yatim yang cemerlang di dunia dan di akhirat.


*Rombongan Darul Wardah bersama dengan Ustaz Muhyiddin


*Bergambar bersama anak-anak yang tinggal di Darul Aitam


*Bergambar bersama suami Kak Yam yang bersama mengasaskan Darul Aitam


*tempat mereka menjalankan aktiviti bertani dan bercucuk tanam


*Kelas jahitan yang luas dan selesa untuk keperluan pelajar

* Nota jahitan 


*Menghasilkan sabun cuci dengan bahan-bahan tertentu dan dipasarkan kepada orang ramai sebagai slaah satu sumber ekonomi dan latuhan kepada pelajar


*Antara kelas untuk sesi pembelajaran


*Laluan yang sangat kreatif dan unik 


*Taman permainan untuk pelajar sekolah rendah dan tadika


*Mereka juga menanam pokok bunga dan tanaman herba


Bersambung…. J

Sunday, January 3, 2016

BAHAGIA MENJADI GADIS (BMG) DI SURAU AL-FATEH, LORONG UNIVERSITI

3 Disember 2015

Slot Bahagia Menjadi Gadis(BMG) Edisi cuti sekolah telah selesai berlangsung. Kali ini, BMG telah berlangsung di Surau Al-Fateh, Lorong Universiti, Jalan Kebun.


Alhamdulillah, pada kali ini, kami menerima begitu banyak penyertaan bukan sahaja daripada para pelajar peringkat sekolah menengah, tetapi juga daripada pelajar sekolah rendah. Nampaknya, sudah ramai ibu bapa yang menyedari perlunya ilmu tentang pencegahan zina kepada anak-anak perempuan mereka di saat terlalu banyak kes-kes berkaitan gejala zina, masalah sosial, rogol, cabul, sumbang mahram dan sebagainya yang semakin meruncing di negara kita.


*Sesi pendaftaran yang mula dibuka pada jam 8.00 pagi 


Antara pengisian sepanjang program diadakan ialah: 

1)      Psikologi Remaja 
2)      Mengenal Baligh 
3)      Soft Skill – Asertif 
4)      Terapi Spiritual 
5)      Kisah benar daripada Penghuni Darul Wardah


*Tekun betul adik-adik ni.. semua aktif belake J


Para peserta yang menyertai program ini bukan sahaja didedahkan tentang bahaya zina malah mereka juga diberikan ayat hafalan untuk dihafal dan kajian kes yang perlu difikir bersama penyelesaiannya. Kemahiran Asertif untuk berani mengatakan tidak kepada sesuatu perkara negatif juga turut dipraktikkan bersama.


*Sesi bersama Ustazah Hidayah sebelum pembahagian kumpulan


*Ice breaking dalam kumpulan


*Sesi bersama Ustazah Hazlina


*Adik-adik yang sporting dan bersemangat.. J


*Perkongsian daripada peserta yang hadir


*Bergambar kenangan selepas program bersama Ustazah Hazlina


Semoga program yang diadakan ini mampu melahirkan generasi Rabbani yang bersama kami mampu berdakwah mengekang gejala zina dan kemungkaran sekaligus bersama membaiki akkhlak ummah yang semakin parah.

Moga Allah redha da nada sahamnya di akhirat sana, insyaAllah J

Friday, January 1, 2016

TAUSIYATUL KUBRA BERSAMA MEJAR (B) MOHAMMAD QAYYUM BIN A. BADARUDDIN


Pada 25 Oktober 2015 yang lalu, Darul Wardah telah menganjurkan program Tausiyatul Kubra yang menampilkan Mejar (B) Mohammad Qayyum bin A. Badaruddin sebagai penceramah jemputan. Beliau merupakan seorang pakar motivasi dan penulis buku terkenal. Banyak perkongsian dari beliau kepada warga Darul Wardah yang terkesan di hati kami.


*Kehadiran beliau atas permintaan beliau sendiri yang mahu berkongsi ilmu yang ada bersama para penghuni



Kata beliau, apabila ditimpa masalah, apakah yang perlu kita lakukan?

1)      Beristighfarlah sebanyak mungkin
2)      Bagitahu pada Allah, “Aku redha ya Allah”
3)      Minta pada Allah supaya diberikan yang terbaik untuk kita.

Allah amat suka mendengar seorang hambaNya, apabila Allah uji, Allah mahu menjadikan kita lebih kuat dan sentiasa bergantung hanya padaNya.



*Warga Darul Wardah tekun mendengar mutiara ilmu yang disampaikan oleh Mejar

Penghuni juga diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada Mejar. Antaranya ialah bagaimana untuk mendapatkan semula kepercayaan keluarga selepas berlaku perkara ini.

1)      Buang semua perkara negatif yang telah dilakukan atau masih ada pada diri. 

2)      Perlu kita ingat, keluarga kita juga manusia biasa, dan sifat manusia suka pada kebaikan. 
      Jangan sesekali mendesak keluarga untuk terima kita selepas berlaku perkara tersebut.

3)      Istiqamah iaitu berterusan melakukan kebaikan.

4)      Mujahadah, perlukan jalan yang sangat sukar dan perlu lakukan sesuatu yang luar biasa.


“Allah suka orang yang mendambakanNya”






Mejar (B) Qayyum juga berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menurunkan ego dalam diri seseorang.

1)      Kita perlu sentiasa melihat Allah itu besar, dan kena rasa diri kita kecil.
      Kita hanya hamba yang lemah. 

2)      Tidak ada satu pun di dunia ini milik kita, semuanya Allah yang punya. 
      Semuanya pinjaman dari Allah semata-mata.





*Antara buku yang ditulis oleh Mejar (B) Qayyum

*Sesi bergambar bersama penghuni Darul Wardah



Beberapa tips parenting juga diberikan oleh Mejar kepada para pelatih di Darul Wardah. Semoga segala perkongsian yang diberikan oleh Mejar bermanfaat untuk semua. J

Friday, October 30, 2015

KULIAH DHUHA MUSLIMAT MASJID AN-NAIM



Salam Ma’al Hijrah kepada semua pembaca setia blog Darul Wardah Selangor. J

Alhamdulillah, bersempena dengan Sambutan Ma’al Hijrah pada tahun ini, Muslimat Masjid An-Naim Jalan Kebun dengan kerjasama Darul Wardah dan Angkatan Masyarakat Insani (AMANI) telah menganjurkan Kuliah Dhuha yang bertajuk “Hijrah Satu Perjuangan”.

Kami telah menjemput Penceramah Motivasi hebat, Mejar (B) Mohammad Qayyum bin A. Badaruddin yang juga merupakan seorang penulis buku bestseller. Antara buku karya beliau yang ditulis dari hati ialah 'Keagungan Cinta Murabbi Tuan Guru Nik Abdul Aziz' , Misteri MH370 dan juga buku-buku berkaitan Pemuda Syahid yang Tertangguh, Allahyarham Ahmad Ammar.





Mejar (B) Mohammad Qayyum telah mengupas secara lebih lanjut berkaitan perjalanan hijrah Rasulullah S.A.W dan para sahabat untuk memartabatkan agama Islam. Sememangkan perkongsian daripada beliau sarat dengan kata-kata motivasi yang menyentuh jiwa dan sampai ke dalam hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.



*Sedikit kata-kata aluan dan pengenalan daripada Ustazah Hazlina



  *Cenderahati yang disampaikan oleh Ustazah Hazlina kepada Mejar Qayyum



*Antara hadirin yang hadir



*Buku-buku karya Mejar Qayyum turut dibawa untuk dijual pada program ini


Friday, October 9, 2015

MODUL PENGISIAN DARUL WARDAH



Petang tadi ke bahagian Al Riqab, Mais untuk mengambil stok buku Indahnya Hidup Bersyariat dan Mantap Mengaji Kaedah Al Matien untuk kegunaan pelatih di Darul Wardah. Buku-buku ini diberikan percuma kepada semua pelatih di rumah perlindungan kelolaan badan Al Riqab Majlis Agama Islam Selangor. 

Selain daripada buku Indahnya Hidup Bersyariat dan Mantap Mengaji Kaedah Al Matien, kami juga menggunakan beberapa buku lain untuk dijadikan modul pembelajaran dan pengisian di Darul Wardah. 


Buku Ajarku Solat Panduan Solat Perempuan antara buku yang dijadikan modul utama untuk pelatih kami. Semua pelatih di Darul Wardah akan diberikan buku Panduan Solat ini untuk mereka menyemak semula bacaan dalam solat dan bacaan mereka akan di tasmid oleh Ustazah Hidayah pada setiap hari Rabu dan Khamis.



Setiap pelatih Darul Wardah akan diberikan kad rekod semakan bacaan atau kad biru Tasmid. Bacaan solat, doa pilihan dan surah pilihan hafazan perlu disemak dan mesti mendapat kelulusan daripada guru tasmid sebelum mereka keluar daripada Darul Wardah. Bukan sekadar semakan bacaan sahaja, praktikal dan amali juga akan dilakukan bagi memastikan pelatih betul-betul faham dan dapat melakukan ibadah dengan lebih sempurna. Malah pada setiap bulan guru-guru Darul Wardah akan mengadakan ujian bulanan untuk melihat perkembangan pelatih dari segi akademik.



Karya Dr. Rokiah Ahmad ini juga kami jadikan modul pengisian di Darul Wardah. Buku ini mengupas mengenai betapa pentingnya seorang wanita menjaga aurat daripada pandangan bukan mahramnya, menyentuh bab hukum dan dalil selain daripada sebab wajib menutup aurat, jaminan Allah terhadap mereka yang menjaga auratnya dan janji Allah bagi mereka yang ingkar dan mendedahkan aurat kepada yang bukan berhak. Ulasan dan pengisian disampaikan sendiri oleh Ustazah Hazlina. 




Terapi Diri 30 Hari Mencari Cinta, hasil karya Ustazah Hazlina ini adalah modul khas untuk bulan Ramadan. Ia juga adalah buku senarai semak amalan pada setiap hari di bulan Ramadan untuk setiap pelatih, disertakan dengan doa amalan harian yang dipetik daripada kalam Allah al-Quran dan pelbagai tips untuk menjalani ibadah puasa dalam erti kata yang sebenar. Setiap pelatih akan menulis ibadah yang dilakukan pada setiap hari di buku ini dan akan disemak oleh Ustazah Hazlina. Di penghujung Ramadan pelatih akan melihat sendiri amalan dan usaha mereka dalam beribadat di sepanjang bulan. 



Bukan sekadar buku-buku dan kitab ilmiah sahaja yang akan diberikan kepada setiap pelatih, buku dan nota jahitan pun mereka akan dapat di Darul Wardah. Kelas jahitan, kraftangan malah kelas memasak yang diadakan adalah bertujuan untuk menyeimbangi keperluan untuk melahirkan muslimah yang sejati.  




Semoga anak-anak didik kami dapat mempraktikan ilmu dan amalan selama tinggal di Darul Wardah untuk dijadikan panduan apabila kembali kepada realiti kehidupan sebenar di luar sana nanti. Kami hanya mampu berusaha untuk memberikan yang terbaik buat mereka dan sebaik-baik pelindung itu adalah Allah yang Maha Esa. Amin Ya Rabb










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...