Wednesday, October 2, 2013

SINAR RAMADAN - KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS

MAJLIS BERBUKA PUASA DARUL WARDAH
KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS ABIM SELANGOR & DARUL WARDAH
3 RAMADAN 1434H / 12 JULAI 2013

Pemberian sumbangan melalui kempen "Seorang Sekampit Beras" antara ABIM Selangor dan Darul Wardah merupakan antara aktiviti tahunan Darul Wardah. Selain dapat membantu mereka yang memerlukan  ia juga dapat mengeratkan ukhwah di kalangan jemaah. Semoga kempen ini berterusan di masa depan dan kami amat menggalakkan mereka yang ingin menyumbang untuk kempen-kempen akan datang. 

Semoga amal mendapat berkat. Amin

Tazkirah sebelum berbuka puasa

Antara tetamu yang meraikan majlis

Ucapan daripada YDP ABIM 

Ucapan Uztazah Hazlina 

Antara tetamu dan orang-orang yang menjayakan majlis 


Sumbangan kepada muallaf Darulwardah

Antara keluarga yang layak menerima sumbangan

Pemberian sumbangan sekampit beras dan barang keperluan makanan yang lain 



Monday, August 5, 2013


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku undurkan waktu
Akan ku tebus segala salah silapku
Padamu ayah dan ibu ku

Alangkah indahnya hidup ini
Bila dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengharungi hidupku

Wahai ayah ku wahai ibu ku
Ku rindu menatap wajahmu
Wahai ayah ku wahai ibu ku
Kami rindu padamu

Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim

Alangkah indahnya hidup ini
Bila dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ungkapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu.

Wahai ayah ku wahai ibu ku
Ku rindu menatap wajahmu
Wahai ayah ku wahai ibu ku
Kami sayang padamu

Ku tahu cintamu kepada kami
Selalu kasihi kami
Ku tahu bimbangnya engkau tentang kami
Doakanlah kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kau redha diriku
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran keredhaanmu

Wahai ayah ku wahai ibu ku
Ku rindu menatap wajahmu
Wahai ayah ku wahai ibu ku
Kami kasih padamu

Wahai ayah ku wahai ibu ku
Terimalah kami sebagai anakmu
Wahai ayah ku wahai ibu ku
Ampunilah dosa-dosa ku

Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim 

Tuesday, July 30, 2013

TAKLIMAT KHAS IBU BAPA


29 JUN 2013 

DARUL WARDAH buat pertama kalinya telah mengadakan taklimat khas untuk ibu bapa kepada penghuni berikutan beberapa perubahan dan pembaharuan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan DARUL WARDAH bagi penambahbaikkan dari segi pentadbiran dan pengurusan.

Taklimat juga diadakan untuk menerangkan kepada ibu bapa beberapa prosedur baharu pihak Hospital dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) serta maklumat terkini daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Di samping itu juga Ustazah Hazlina selaku Pengerusi Darul Wardah telah memberi penerangan semula tentang misi dan matlamat penubuhan Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah (DARWA) kepada semua yang hadir dan memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendapat maklumat dan penjelasan bagi sebarang persoalan mengenai DARUL WARDAH.

Kami amat mengharapkan kerjasama dan sokongan penuh daripada pihak ibu bapa untuk mencapai sasaran kami terhadap setiap penghuni. Alhamdulillah, pertemuan pada hari tersebut telah memberi  hasil yang sangat baik kepada kedua-dua belah pihak. Keterbukaan kedua-dua belah pihak memberi kelapangan untuk semua perkara. Semoga kerjasama dan doa daripada semua pihak dapat mencentuskan semangat bukan hanya kepada kami di DARUL WARDAH malahan kepada ibu bapa serta penghuni sendiri untuk berubah menjadi insan yang lebih baik untuk masa akan datang.

InshaAllah, pertemuaan seperti ini akan diadakan secara berkala untuk mengukuhkan ukhwah di kalangan ibu bapa, penghuni dan pihak pengurusan DARUL WARDAH selain untuk mempertingkatkan pentadbiran DARUL WARDAH sendiri. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua hadirin sekalian.




KASIH DIPAUT, MAHABBAH DIPUPUK



Monday, July 29, 2013

SUMBANGAN NGO INSAF KE DARUL WARDAH

9 JUN 2013

Sebuah NGO INSAF bertamu ke DARUL WARDAH untuk silaturahim dan serah sumbangan pakaian dan makanan. Terima kasih atas keprihatinan kalian dan kehadiran dan pemberian sangat dihargai.


Penerangan Saudara Aminuddin, Eksekutif INSAF mengenai  pek makanan  yang dibekalkan .


INSAF telah hadir ke Darul Wardah untuk program berbuka puasa pada 5 Ramadan 1434 Hijrah bersamaan 14 Julai 2013. Juadah berbuka puasa juga disediakan oleh INSAF untuk semua penghuni DARWA dan sukarelawan DARWA. Alhamdulillah.



5 Ramadan 1434 Hjrah - Kunjungan INSAF 






KUNJUNGAN UKHWAH STAFF & JURURAWAT KPJ KLANG

ERAT SILATURAHIM 
15 OGOS 2013

DARUL WARDAH TELAH MENERIMA KUNJUNGAN UKHWAH DARIPADA HAMPIR 20 ORANG STAFF DAN JURURAWAT KPJ KLANG SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT SEDUNIA 2013 .

KEHADIRAN SANGAT DIALU-ALUKAN DAN BANYAK YANG DAPAT DIKONGSIKAN BERSAMA. APA YANG LEBIH PENTING MATLAMAT KEDUA-DUA PIHAK TERCAPAI DAN INSHAALLAH SEMOGA DIPERTEMUKAN LAGI DI LAIN MASA.



Antara staff dan jururawat yang datang bertandang ke Darul Wardah



Maklumat dan perkongsian yang diberikan kepada penghuni Darul Wardah




Aktiviti yang dijalankan bersama-sama penghuni Darul Wardah




Penyampaian hadiah dan cederahati daripada ketua jururawat KPJ Klang, Puan Siti. 


TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA DAN SEMOGA PERKONGSIAN MENDAPAT MANFAAT BERSAMA. 

ISTIA'NAH KUBRA



AKTIVITI DARUL WARDAH
24 FEB 2013 
ISTIA'NAH KUBRA 






Solat hajat khusus untuk memohon pertolongan Allah menjayakan pembangunan Kompleks Dakwah Darul Ummah.




Untuk maklumat lanjut mengenai Kompleks Dakwah Darul Ummah boleh layari:
&





Sunday, November 25, 2012

Mukhaiyyam ar-riqab

Alhamdulillah, pada 12 hingga 14 november 2012, satu pengalaman berharga melibatkan 5orang adik penghuni mewakili Darul Wardah yang  telah menyertai program Mukhaiyyam bertemakan MEMBENTUK UKHUWAH UMMAH. Program yang mengambil masa 3 hari telah di anjurkan oleh pihak MAIS bertempat di Kalumpang Resort and Training Centre. Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik di lalui selama 3 hari ini.







Friday, November 23, 2012

ERTI PENGORBANAN

Erti pengorbanan bagi penghuni Darul Wardah , sewajarnya dilihat dari perspektif yang berbeza,
Bukan kambig, lembu yang diorbankan. Tiada rendang, nasi impit dan lontong untuk juadah di pagi raya.


Pelatih berjauhan dari keluarga. Rasa rindu ingin bertemu sanak saudara. Terasa kecur liur untuk mencicipi juadah lazat dan enak. Namun semuanya itu dipendam.

Itulah harga pengorbanan yang perlu dibayar atas kesilapan. kealpaan dan kelekaan sesaat dua, rupa-rupanya ,harus dibayar dengan harga yang cukup mahal.

Terpisah, terasing, ketika orang lain bergembira.

Moral:jangan sesekali melakukan kesilapan(sama ada melakukan zina dan sebagainya) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...