Askm wrt wbt
Apa khabar pengunjung semua? Kami doakan semoga anda semua berada dalam situasi yang baik, sejahtera dan aman bahagia.
Tahun 2012 baru sahaja menjelang tiba dan berbagai perancangan dan aktiviti sedang diatur untuk memenuhi diari kehidupan supaya hidup lebih bermakna.
Kepada semua alumni darul Wardah dimana jua anda berada, kami tetap mendoakan semoga anda semua sukses dalam kehidupan. Jadikanlah pengalaman menimba ilmu dan membaiki diri di Darul Wardah ini sebagai pedoman. Ingatlah Allah sentiasa bersama kita. Allah sentiasa memantau kita. Jangan lupa untuk berdoa dan bermunajat kepadaNya ketika anda diuji. Yakinlah bahawa setia kesukaran pasti ada kesenangan.Berusaha dan bertawakkal kepada Allah.
Semoga anda dan kami semua beroleh kejayaan yang penuh barakah dan redha Allah SWT.
Aminnnn
Admin
Tuesday, January 3, 2012
Monday, December 12, 2011
Thursday, December 8, 2011
ADUAN KES ANAK TAK SAF TARAF TERUS MENINGKAT
8.12.11 - Seorang ahli kariah yang berjiran dengan seorang wanita beranak tiga yang masih kecil mengadu, ia merasa simpati kerana suami wanita itu telah dipenjara kerana sebab yang tidak jelas. Dia tidak bekerja kerana ana-anaknya masih kecil dan tidak mampu untuk kos penjagaan.
Apabila ana minta dokumen anak untuk urusan persekolahan ternyata kedua-dua surat beranaknya tidak tercatat nama bapa. Jelas bapa tidak diketahui. Jadi, anak siapakah mereka? tetapi ada dokumen lain yang menyatakan mereka telah menikah diJawa Timur, Indonesia. Mungkin ia tak sempat nak daftarkan di pejabat agama kerana masalah yang kurang jelas.
Kami hanya mampu memberikan pandangan dan nasihat sahaja kerana keupayaan kami sangat terbatas terutama untuk kes-kes yang terlalu rumit.
Apabila ana minta dokumen anak untuk urusan persekolahan ternyata kedua-dua surat beranaknya tidak tercatat nama bapa. Jelas bapa tidak diketahui. Jadi, anak siapakah mereka? tetapi ada dokumen lain yang menyatakan mereka telah menikah diJawa Timur, Indonesia. Mungkin ia tak sempat nak daftarkan di pejabat agama kerana masalah yang kurang jelas.
Kami hanya mampu memberikan pandangan dan nasihat sahaja kerana keupayaan kami sangat terbatas terutama untuk kes-kes yang terlalu rumit.
Friday, December 2, 2011
100 Remaja Bergotong Royong di Darwa
Kami Di Selangorku Medicare


Darul Wardah Selangor dijemput untuk terlibat sama dalam Program Selangorku Medicare di Padang Rakyat, Jalan Kebun. Pihak DarWa akan berada disana dari 2-3 Disember 2011 di ruang pameran NGO. Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan khidmat kami, sila berhubung dengan petugas dan sukarelawan kami di sana.
Jom kita datang ke Program ni kerana banyak acara menarik diadakan.
Thursday, December 1, 2011
JUMLAH ANAK LUAR NIKAH TERUS NAIK MENCANAK
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masarakat mengumumkan bahawa jumlah anak luar nikah yang didaftarkan di Malaysia ialah 152,182 orang sejak 2008-2010!Ini bermakna kenaikan mendadak yang luar biasa sekali kerana data ini pastinya tidak termasuk yang menggugurkan anak dan beranak di Indonesia dan Thailand.
Nampaknya Kementerian ini telah gagal dalam menangani masalah keruntuhan akhlak remaja kita. Program yang dijalankan bersifat sekular dan kurang penekanan kerohanian.
Bayangkan, kempen pencegahan HIV dan AIDS dengan mengedarkan kondom percuma kepada pelacur dan pelanggan dengan slogan : Sex selamat. bukan sex yang halal! ...Gil@...
Sudahnya yang buat duit dan kaya-raya ialah peniaga2 kapitalis yang materialis!
Saturday, November 26, 2011
Seorang Lagi Bayi DiBotakkan
Pihak Darwa telah mengadakan satu majlis ringkas Cukur Rambut anak salah seorang penghuni DarWa sempena Majlis Ibadah Korban yang lalu.Kami mendoakan semoga anak yang suci bersih ini akan menjadi seorang yang saleh dan beriman kepada Allah SWT.
Sdr. YDP ABIM Kuala Langat, Mohamad Raden Imaduddin sedang menggayakan aksi menggunting rambut seorang bayi yang sedang didokong oleh Sdr YDP ABIM Serdang, Khairul Hamzani Abd Hamid.
Operasi membotak dan melicinkan kepala bayi tersebut akhirnya telah disempurnakan oleh Sdr Raden dan isterinya . Nampaknya, Seorang lagi bayi telah dibotakkan oleh seorang guru dengan disaksikan oleh seorang pensyarah Robotik dengan restu ibunya di DarWa..he..he..
Korban@Darwa Ringkas Tapi Signifikan

11 Zuljijjah yang lalu, DarWa telah menerima sumbangan seekor kambing untuk dikorbankan sempena ketibaan Hari Raya Korban. Kambing jantan berwarna hitam itu telah disembeliah dibelakang rumah oleh Us Zawawi, Mantan YDP ABIM Selangor dan kemudian digantung di Bawah Pohon Ceri.
Ramai pimpina
n dan sukarelawan yang hadir membantu mengerjakan operasi kambing tersebut sekaligus memeriahkan suasana Majlis Ibadah Korban@DarWa. Menurut YDP ABIM Selangor, Sdr.Kahirudin Abas, Kehadiran ramai sahabat dalam majlis ini dapat merapatkan ukhuwwah antara aktivis dan pimpinan, sekaligus dapat memberikan suntikan rangsangan motivasi kepada penghuni DarWa .Pihak pengurusan DarWa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua penghuni dan keluarga di DarWa, Alumni-alumni diserata tempat dan juga kepada semua yang hadir dalam Majlis Ibadah Korban 2 di DarWa.Walaupun majlis ini ringkas tapi tetap signifikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)