Monday, January 11, 2010

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Selamat datang ke Darul Wardah.

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban kepada Pengurus Darul Wardah yang baru.
Seluruh kerabat dan warga penghuni mengalu-alukan kehadiran 'Mija' ke Rumah ini.

Sekurang-kurangnya dapatlah membantu kami melancarkan lagi program di sini.

Saudari Fiza telah menjadi seorang cikgu. Teruskan perjuanganmu di medan yang baru.

Kalau ada kelapangan, jenguk-jenguklah kami di sini. Kenang kami dalam doa mu.

Saturday, December 12, 2009

Jubah Azazil


Tengok tak gambar dalam posting ana aseef ! Gambar tu dirakamkan pada jam 3.00 pagi. Lokasinya ditepi kedai di TAR. Ketika ingin pulang dari meninjau lapangan wanita-wanita tunasusila di sekitar chow kit, terserempak dengan wanita ini.

Matanya merah, rambut tidak terurus, pakaiannya usang, kak Wardah berhenti untuk berbual.
Katanya dia berusia sebaya dengan kak Wardah. Dulu pernah berkerja sebagai pengawal keselamatan di sekitar lokasi yang berhampiran. dulu ada suami, sudah berpisah, anak tunggalnya dijaga oleh bekas suami, sudah lapan tahun tak melihatnya.

Dia berpisah dengan suami kerana dia menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya . Suaminya tidak dapat menerima kecurangannya. setelah bertahun menjalinkan hubungan terlarang dan terkutuk, teman lelaki meninggalkannya. Setelah mewah menikmati wang ringgit yang dibelanjakannya untuk hotel, pakaian dan makanan, wang simpannanya turut lebur dan lesap!

Tragis bukan ! kini dia keseorangan, tiada tempat tinggal, tiada anak, tiada suami.Kak wardah menawarkan bantuan, katanya dia tidak perlu.hanya doa yang mampu Kak Wardah titipkan. sinis dia menjawab, urusan itu dia dengan Tuhan, dia tidak perlukan semua itu!

Angkuh ! Dia telah memakai jubah Azazil !

Friday, December 11, 2009

Ana aseef!


Ana Aseef! mungkin itulah kata-kata terbaik yang harus kak Wardah lontarkan.Maaf kepada semua kerana sudah lama tidak mencoretkan perjalanan DARWA.

Kesibukan bergelumang dengan pelbagai kes, training bersilih ganti, bergulir dengan permata hati yang menghadapi imtihan, akhirnya kelenguhan menjengah diri.

Ditambahi isu-isu semasa yang memerlukan jawapan dan gerak kerja yang segera membataskan waktu. masa menjadi terlalu mahal.

Tidak berjanji, insyaAllah akan muncul coretan baru liku kehidupan penghuni DARWA.
Doakanlah !

Tuesday, November 17, 2009

Selamat Pengantin Baru

Dua orang warga Darwa akan melangsungkan perkahwinannya selepas Hari Raya Aidil Adha ini. Tahniah dan syabas kepada mereka berdua.

Kami mendoakan semoga kehidupan rumahtangga mereka akan bahagia dan kekal selamanya. beruntunglah masih ada yang sayang dan sudi menjadi payung untuk menumpang kasih.

Usahlah diulangi lagi kesilapan lalu. Kalau ada masalah rumahtangga, banyakkan istighfar dan memohon petunjuk dan inayah Allah SWT. Jangan bosan dan putus asa untuk berdoa kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar.

Ketika Saloma melontarkan kata-kata manisnya kepada Abang Ramle.." Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri" lalu dijawab oleh Abang Ramle : " Buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi"..

Selamat Pengantin Baru

Selamat Datang Pengurus

Pihak Darwa telah menerima seorang pengurus baru. Seorang Ustazah yang baru tamat pengajian di sebuah U tempatan. Syukur al hamdulillah, ada juga orang yang sudi untuk mewakafkan sedikit masa,tenaga dan ilmu yang ada untuk membangun ummah.

Walaupun upah yang diberi mungkin tidak sepadan, namun pengalaman yang ditimba bersama adik-adik warga Darwa dapat mematangkan lagi ilmu yang ada.

Diharap semua adik-adik yang baru masuk ke Darwa dapat memberikan kerjasama dan patuh dengan peraturan dan disiplin di Darwa. Jangan nakal-nakal lagi ya..

Thursday, November 5, 2009

URGENT & WANTED!

Pengurus lama Darwa, telah menerima tawaran untuk mendidik anak bangsa, nun jauh di kampung halamannya di Pahang.Selamat Bertugas !

DARWA betul-betul memerlukan pengurus yang komited, tegar mendengar rintihan dan luahan penghuni, iltizam dalam beragama, dan sanggup belajar untuk memperbaiki diri.kalau ada lesen memandu sangat-sangat diutamakan.

sesiapa yang berminat , adik-kakak, makcik, sepupu, member yang berminat boleh hubungi kami!

segera YA!!!!!!

Tuesday, October 27, 2009

PROGRAM JALINAN KASIH

Sabtu lepas, warga kerja Skali Web Services (SWS) membuat lawatan gotong-royong ke Darwa. Kesemuanya berjumlah lebih kurang 35 orang. Antara aktiviti yang diadakan ialah sesi taklimat, sesi gotong-royong mencantikkan Darwa, sesi kongsi pengalaman dari penghuni, sesi tazkirah dari pengasas Darwa-Ustazah Hazlina, sesi sumbangan dari Skali Web Services dan diakhiri dengan sesi bergambar.

En Faiz (ketua jabatan sumber manusia) dan staff SWS sedang berkerah tenaga menanam pokok daun limau purut.

' Jom farid, kita tanam pokok ni..' agaknya itulah yang diucapkan oleh Tuan Haji Razif kepada Ustaz Farid Wajdi.
Kakak-kakak SWS sedang melayan adik-adik DARWA bermain barang sumbangan mainan dengan asyiknya.
Akhir kalam, pihak DARWA mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga kerja SWS yang bertungkus lumus menjayakan Program Jalinan Kasih. Terima kasih juga kepada sahabat ABIM yang sama-sama turun padang memeriahkan program ini : Tuan Haji Razif (wadah), Ustaz Farid Wajdi (ydp ABIM shah alam),Puan Anum(abim shah alam), Dr Nor(exco kesihatan), Puan Hasanah (abim klang) & Cik Haryati (ketua helwa selangor)



Thursday, October 22, 2009

RAYA @ KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD

13 Oktober 09, Hotel Quality Shah Alam : Darul Wardah telah menerima jemputan jamuan hari raya dari Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan mengucapkan ribuan terima kasih atas layanan mesra dari warga KDEB. Group konvoi bermula dari rumah pengasas Darul Wardah dan kemudian bertolak mengambil semua warga Darwa.


Kami tiba di lokasi dan disambut mesra oleh En Azlan (exco kebajikan abim selangor) dan warga kerja KDEB. Terima kasih juga kepada isteri Dato' Haji Abd Karim yang telah memberi sumbangan kepada semua warga Darwa.

Sekali lagi, kami warga Darwa mengucpkan ribuan terima kasih dan semoga warga kerja KDEB dilimpahi rahmat Allah swt sentiasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...